basmalah Pictures, Images and Photos


Saksi









Hari ini setelah tamat urusan universiti (ujian praktikal Histology & TB test) berehat-rehat sebelum mula belajar semula setelah 3 hari tak sentuh buku.Saja dengar-dengar lagu untuk ketenangan.Saja untuk berkongsi lirik lagu yang mudah difahami.Bukan berhibur mendengar lagu kosong-kosong tapi lirik lagu ni mungkin sedikit sebanyak dapat ingatkan diri sendiri yang selalu leka dan lalai dengan dunia.Nah ini liriknya

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya


Bukan apa,sejak jauh daripada pangkuan keluarga,mungkin jaranglah dengar leteran dan nasihat daripada ibu bapa tercinta.Mesej yang ada pada lagu ni bukanlah kerana takutkan ibu bapatapi takutkan azab ALLAH s.w.tyang sangat pedih.Kita seronok dengan dunia kita sendiri yang siangnya sibuk dengan kuliah-kuliah dan malam sibuk mengulang kaji pelajaran.Dan ini lah putaran hidup sebagai seorang pelajar(mahasiswa).Dan dalam kesibukan dengan program-program sendiri,kita tentu tak terlepas daripada melakukan dosa samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.Dulu-dulu ketika di berada di tadika ataupun sekolah rendah.kita sangat takut untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kerana kita tahu setiap angkota ini akan menjadi saksi bila tibanya hari perhitungan.Dan kita takut juga kalau-kalau malaikat di sisi mencatat perlakuan buruk kita.Dan kita tersangatlah takut untuk masuk ke neraka.Itu dulu.Sekarang macam mana?Sudah akil baligh.Sudah memikul dosa sendiri.Tapi takutnya sudah hilang.Mungkin kita lupa dengan peringatan-peringatan ALLAH atau mungkin kita boleh kata tak dapat hidayah lagi.Tapi kita lupa.Tanyakan pada diri sendiri,ada tak kita cuba mencari hidayah dengan merapatkan diri kepada ALLAH.Suruhan-suruhan ALLAH kita turuti dengan patuh atau tidak?Taat kita pada ALLAH macam mana?Imam Ghazali dalam kitabnya berkata permulaan hidayah itu adalah melakukan kebaikan.Mudah saja perinsipnya lakukan apa yang disuruh.Dan lama kelamaan yang mungkar itu akan hilang secara sendirinya.Fikirkan,seorang muslim yang sering solat berjemaah di masjid dan melakukan banyak amalan sunat kerana ALLAH berpontensi besar merubah keadaan sekelilingnya menjadi suatu biah solehah yang sangat diimpikan.Sudah dalam biah solehah,masakan ada muslim yang dengan sengaja melakukan kemungkaran melainkan terlupa.











Kepada insan-insan yang membaca post ni,harapnya dapatlah menjaga diri,menunaikan segala yang diwajibkan ke atas kita.Janganlah kerana urusan dunia,kita terlalai untuk melakukan kefardhuan kepada ALLAH.Dan untuk bab solat,sangatlah sedih bila waktu solat subuh.Lena terlalu panjang dan dikejut untuk menunaikan kefardhuan agak berat.Dan bila dikejut untuk ke kuliah,tiada beban yang berat untuk bangun.AKU SANGAT SEDIH DAN KECEWA!!!!!.Maruah sebagai muslim itu lebih berat untuk dijaga daripada maruah sebagai seorang pelajar.Apa guna pergi menghadiri majlis ilmu yang hukumnya fardhu kifayah tanapa melakukan fardhu 'ain yang lebih berat di sisi ALLAH.Sedarlah kita muslim.Bukan saja waktu subuh tapi waktu0waktu lain diambil sambil lewa pelaksanaannya.AKU SENGAT KECEWA.Sedarlah kita punyai kewajipan untuk dikerjakan.Sedarlah kita akan dihisab.Sedarlah kita dunia ni sekejap je.Sedarlah azab ALLAH sangat berat.Sedarlah kita ni sangat lemah.Sedarlah nikmat ALLAH di dunia itu bukan kekal abadi.

Jangan sampai nikmat ALLAH itu diturunkan kepada kita untuk menyesatkan kita seperti Firaun.


Memanglah ALLAH berfirman dalam al-Quran,rezekinya diturunkan bukan mengikut perhitungan,DIA memberi kepada sesiapa saja hatta kepada kuffar dan kepada muslim yang melangkar suruhanNYA.Dan lirik ini ditinggalkan juga untuk rennungan.

Ikhlas Dariku-Akil Hay
Aku buka seperti engkau sangkakan

Pura pura didalam berjuang..

Aku tidak pandai menyulam rahsia

Juga tak pandai ku bermadah pujangga


Jika ada benci dihati

Oh katakanlah padaku..

Relaku terima walau kutukan

Asalkan aqidah terjaga..

Kerana tidak sanggup lagi

Mempermainkan dustur ilahi

hakikat hati tak terluka

walau zahirnya ada yang terluka..



Tuhan ku mohon keampunan

Ketelanjuran yang berulang kali

Teman kita paterikan disini

Berakhir sebuah lamunan duniawi

Terima syukur taufik ilahi..

Tuhan ku mohon keampunan

Ketelanjuran yang berulang kali..


p/s:Peringatan untuk diri sendiri dan kepada seluruh muslim.

PALESTINE










aku sayang pada ALLAH
aku sayang pada RASULULLAH S.A.W
aku sayang pada agama ini
aku saynag pada umat ini


SEDAR PADA KEKUATAN KITA DAN APA YANG KITA HARAPKAN UNTUK PALESTINE
******

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu

******


Palestine kami hayati perjuangan muslim di sana.Saya sayang pada umat ini(ISLAM),tapi kenapa tak ramai yang bersama-sama menjaga diri untuk ALLAH dan agama ini.Umat ini ramai,tapi kenapa lemah?Kenapa umat ini suka lalai?Kenapa umat ini kurang menjaga suruhan daripada ALLAH.Kenapa biah solehah kurang dirasai?Boleh ke kita menang untuk lawan kuffar?Kita kalah perang saraf daripada kuffar.Senang mereka perdayakan kita.Quran kita dah jauh dan amal kita nampak beza sikit je daripada kuffar.Kita bersemangat cakap tentang Palestine, tapi selepas kempen ke program ke kita lupa untuk penghayatannya untuk beramal.Kita berjiwa pemuda yang punyai segala kekuatan tapi, kurang nak menjaga agama kita.Rakan-rakan,nak tak kita wujudkan biah solehah di mesir ni?Senang je,solat awal waktu berjemaah,tak mencarut,tak cakap kotor,jaga mata dan lain2 yang kita rasa apa yang kita buat membawa kepada pahala.Niatkan kerana ALLAH,senang bukan?Dan kita wujudkan perasaan yang ALLAH melihat kita sepanjang masa,INSYA ALLAH tak de la kita tak dapat kawal diri.Satu lagi kita saling memperingati.Bukan susah rasanya,sebab masa di bawah penjagaan ibu bapa,senang kita buat kebaikan dan susah buat perbuatan mungkar.Ini kita bercakap tentang taqwa yang dinilai ALLAH setaip insan.Kita kemaskan diri kita dengan ALLAH dan sesama manusia dan barulah kita boleh lahirkan umat yang boleh melawan kuffar.Dan bila hati kita betul2 sudah sedia mengambakan diri kepada ALLAH,barulah senang kita bersatu lakukan segala pengorbanan untuk agama ini.INSYA ALLAH.

******


Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri


Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan


Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran

Ibadah dan umur seusia






Kata orang hidup ini hanya sekali jadi, mungkin ada yang akan merasakan perlu enjoy dan rasakan nikmat dunia sesedap rasa. Lagi-lagi pada usia muda.Merasai kehiduapan remaja juga hanya sekali dan mempunyai tenaga dan kekuatan diri juga akan terbatas pada usia remaja menjadi faktor penolak kepada remaja untuk merasai segala 'kemanisan' hidup ini.Minda kian berkembang dan mungkin menjadikan kebanyakan orang mencuba cara 'terbaik' bagi diri sendiri untuk menukar serta mempelbagai cara untuk mencapai keseronokan nikmat dunia.Alangkah banyaknya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Kata orang umat nabi akhir zaman ini mempunyai umur yang pendek iaitu kire 63 tahun adapun yang lebih daripada itu adalah bonus daripada ALLAH untuk menambah amalan.Pada zaman nabi Muhammad s.a.w telah datang seorang sahabat bertanyakan tentang amal soleh yang dikerjakan oleh umat akhir zaman ini tidak akan sesekali mampu menandingi amal soleh umat terdahulu kerana umur yang pendek.Dan menjadi asbab nuzul surah al-qadr.Alhamdulillah atas nama ALLAH Ar-Rohim, kita juga akan mampu menandingi amal soleh umat terdahulu.

Mari kita hitung umur kita dan tolak campurkan dengan amalan.Ambil kira mudah iaitu waktu tidur,5 jam sehari.Kini, kita ambil kira umur kita 20 tahun dan bila didarabkan dengan bilangan hari dalam setahun dan bilangan jam dalam hari kira-kira 4 tahun sudah kita habiskan masa untuk tidur sahaja.Cuba kita bayangkan,itu baru 20 tahun usia hamba ALLAH tersebut dan jika kita sudah berumur 30,40 hatta 99 tahun bilangan tahun kita tidur makin bertambah.Itu baru dikira waktu tidur yang kita jadualkan belum lagi dikira waktu2 tidur lain yang 'tidak dijadualkan' seperti dalam kenderaan,ketika khutbah jumaat,kitika kuliah,selepas subuh,selepas asar dan banyak lagi waktu lain selalu digunakan peluang untuk tidur(nasihat:tidur yang berlebihan memendekan umur).Ini baru kita ambil satu aspek dalam kehidupan belum lagi diambil aspek-aspek lain seperti waktu berriadhah,waktu membuang air,waktu bersembang kosong dan lain-lain.

Bayangkan keidupan kita solat sehari 5 waktu dan setiap waktu hanya 5 minit kita ingat pada ALLAH dan selepas solat entah apa-apa amal yang dikerjakan.Paling lama kita berada dalam keadaan ingat pada ALLAH hanya 25 minit jika kita ambil kira hanya 5 minit setiap waktu.Lihat waktu tidur,beriadhah dan waktu-waktu lain lebih lama tempohnya berbanding waktu kita bersama ALLAH.Akan tetapi jangan risau,yang membezakan itu amal ma yan fak=ma yan fash(tidak bermakna) hanya NIAT.Haa,niatkan semuanya kerana ALLAH dapat ganjaran di situ,mudah bukan??

***********************


Kini kita pergi kepada 'skill' beribadah.Kata orang jika meningkat umur maka bertambahlah pengalamannya dan bertambahlah mahir dalam satu2 bidang yang diusahakan selalu.Sebagai contoh,anda peminat bola dan pandai bermain bola.Adakah sama teknik anda bermain ketika darjah satu dengan teknik sekarang.Cuba kita semak balik hidup kita.Dalam satu2 bidang tu,mesti meningkat pretasi kita,majoritinya.Jadi penambah usia telah membantu mematangkan pemikiran dan bertambah mahir dalam satu2 bidang.Kembali kepada ibadah.Hari umur kita bertmabah dari tahun lepas.Tanya pada diri kita berkembangkah ibadah kita?

Umut 5 tahun diajar di tadika untuk solat.Setelah mengetahui cara-cara ,syarat soh dan rukun-rukun solat kitapun bersolatlah.Pada mulanya kita banyak solat di suarau atau masjid kerana diajar oleh walid kita sendiri.Setelah walid melihat kita mampu membezakan baik dan jahat(mumayyiz),dilepaskan kita dari suruhan tersebut.Bukan membiarkan,walid ingin melihat kita membiasakan diri berjemaah di masjid.

Peningkatan dalam solat:

1.Solat bersendirian di rumah
2.Solat bersendirian di awal waktu
3.Solat berjemaah di rumah
4.Solat berjemaah di awal di rumah
3.Solat berjemaah di masjid

Bukankah peningkatan yang ditunjukan dalam tabaqat ini menunjukkan 'skill' dalam ibadah solat kita bertambah secara kontektualnya.Lihat,anda mahukan cara bermain bola hari ini lebih baik dari semalam,anda mahu masakan anda sedap daripada masakan pertama anda masak,anda ingin cara berpakaian hari ini lebih kemas dan bergaya daripada pakaian anda ketika darjah 1,anda mahukan skill bermain gitar meningkat,anda mahukan peningkatan dalam hafalan qurna meningkat(mudah menghafal),anda mahukan ini dan itu semuanya meningkat 'kemahirannya' tetapi mengapa ibadah tidak bertambah 'kemahirannya'?

Hari ini kita bincangkan dari sudut aspek kehidupan ibadah lebih khusus lagi SOLAT kerana SOLAT adalah tiang agama.Hari ini kita baca peringatan tentang pertembungan skill ibadah dan usia.Bukan perihal bilangan kita diperingatkan yang kita ceritakan dan kita coretkan untuk mengingati ALLAH tapi perbincangan yang membuahkan amal yang kita mahukan.

Jadilah hamba sebelum pemimpin





I. HAKIKAT HARI INI
Senario politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, untitled-1diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan umat Islam yang mengamati dari luar, apatah lagi umat yang secara langsung berhempas pulas memerah keringat ketika Pilihanraya bagi memastikan pilihan mereka menang atau yang bermatian berjihad di medan perang. Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah kemelut kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata namun hakikatnya kepincangan dan penyakit yang berlaku di jasad umat ini adalah jauh lebih parah dari yang disangka. Kanser dijasad umat ini telah berlarutan ratusan tahun sejak dicengkam Penjajahan Barat dan Peperangan Ideologi (Ghazwah Fikri). Ia bukan terhad kepada sekadar runtuhnya Khilafah Islam dan hilangnya kesatuan umat. Ia bukan sekadar Penjajahan Barat dan Timur ke atas bumi umat Islam. Ia bukan sekadar umat ini ketinggalan dalam teknologi dalam hampir kesemua bidang ilmu dan kehidupan . Hakikatnya umat Islam hari ini telah sampai ke tahap mundur, hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keIslaman yang melayakkannya berada diposisi Kekuatan dan Kepimpinan, hingga ketahap lenyapnya asas dan tiangseri bagi tertegaknya sebuah masyarakat dan negara !





Kes penguguran bayi oleh gadis-gadis sunti Melayu di Malaysia sedang mencapai tahap kronik. Ini bukan sekadar isu gadis semata-mata, bahkan ia adalah isu negara dan kepimpinan, isu umat dan identiti, isu kesedaran awam dan sikap, isu jiwa dan keperibadian, isu aqidah dan tarbiyah. Perubahan yang diusahakan oleh Dakwah bukan sekadar perubahan pentadbiran, kepimpinan dan akta akan tetapi perubahan kepada asas dalam sesebuah masyarakat dan negara iaitu aqidah, kefahaman, ibadah, jiwa dan akhlak yang panggil identiti Islam. Allah tidak merubah satu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada dalam jiwa mereka sendiri.

“Jadilah hamba Allah sebelum ketua Umat”
adalah kaedah umum kepada kesemua individu dan pertubuhan yang yang bercita-cita memimpin dan membimbing sesebuah umat Islam. Negara tersebut kemudiannya berperanan menyebarkan Dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Mereka yang tidak melalui proses menjadi hamba Allah tidak akan mempunyai agenda mengajak manusia yang lain menjadi hamba-hamba Allah yang berperanan membawa panji-panji Dakwah ke serata dunia.”

II. HAKIKAT PEUBAHAN YANG BENAR
Tidak mungkin penyelesaian menyeluruh dan sejati hanya dengan pembaikan juz’iyy (sebahagian), atau membuat perubahan aspek dan bidang itu dan ini atau memajukan teknologi-teknologi tertentu. Ini adalah kerana kepincangan yang berlaku lebih parah dan lebih mendalam. Umat Islam hari ini telah berjaya diheret musuh hingga berada semula di fasa awal dalam pembinaan sesebuah tamaddun. Susuk asas sebuah Negara Islam telah tiada. Kekuatan hakikinya telah lenyap buat pertama kalinya sejak ia pernah tertubuh dalam bentuk sebuah Negara Islam di Madinah. untitled-4Oleh kerana itu projek Kebangkitan ini harus bermula sama seperti mana yang dimulakan oleh Rasulullah saw, bermula dengan membentuk individu islam, keluarga Islam, jemaah dan masyarakat Islam sehinggalah ia mencapai fasa peneguhan dan penubuhan Negara Islam dan berterusan hingga mencapai Ustaziatul Alam.





Barat sabar berdekad bahkan berabad dalam memberi fokus kepada tarbiyah dan merubah identiti di dalam diri dan jiwa umat Islam, lalu mereka mencapai matlamat yang mereka mahu dalam menundukkan umat Islam sehingga ke hari ini. Dalam pertembungan ini. Barat fokus jiwa, sedang umat Islam fokus benda. Ramai umat Islam gopoh, lupa mentarbiyah umat, dan fokus kepada isu pentabiran dan sistem semata-mata dan ada yang seronok melihat bangunan musuh, bukannya jahiliyah di dalam jiwa mereka, dimusnahkan. Mereka tidak ke mana, bahkan Amerika membina Freedom Tower (1776 kaki / 541 meter), 48 kaki lebih tinggi, menggantikan Word Trade Centre (1728 kaki / 527 meter) yang diruntuh dan membunuh ribuan orang awam.



Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimin.







“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain”
(Hasan Al-Banna)

Sepak terajang politik kepartaian di banyak negara tidak mengenal keikhlasan, sedang keikhlasan dan tarbiyah adalah asas Kemenangan. Ditangan Allah segala sesuatu. Generasi Islam Terdahulu menang kerana keimanan mereka, suci ruh mereka, bersih jiwa mereka, amalan mereka berlandaskan aqidah dan keyakinan, bukan didorong oleh akta dan paksaan. Mereka menjadikan semua yang dimiliki sebagai waqaf demi kemenangan Aqidah mereka sehingga jiwa mereka larut ke dalamnya, dan aqidah mereka larut pula kedalam jiwa mereka. Diri mereka adalah fikrah Dakwah ini dan fikrah Dakwah ini pula adalah diri mereka sendiri yang bergerak ke sana ke mari di tengah khalayak dan mengesani orang ramai. Jadilah mereka hamba-hamba Allah yang sejati. Lalu Allah mengilhamkan untuk mereka Bimbingan dan Ketepatan disepanjang Jalan ini.






III. INIJALANKU

Begitu juga hendaknya kita yang ingin memperjuangkan Dakwah ini diatas Jalan yang sahih. Mengetahui hakikat dan sebab kemunduran umat Islam adalah prasyarat bagi mengetahu fasa-fasa yang bakal kita lalui. Tidak mungkin kita boleh menjadi wakil rakyat dan menteri yang memimpin sebelum kita menjadi hamba-hamba Allah swt yang terpimpin.

termenung

Jika sebahagian manusia boleh mencapai ke tahap sedemikian, itu hanya pencapaian memegang tampuk kekuasaan sementara dan bukan pencapaian Daulah sejati yang diidamkan. “Jika dikalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna).

Jalan ini membawa kesemua pengertian dan hakikat yang saya sebutkan di atas. Dakwah ini mengajak sekelian manusia ke arah itu dan ia jua sanggup menanggung kepayahan apa sahaja dalam meneguh dan mencapai matlamatnya di tengah-tengah masyarakat. Kita bukan membawa suatu perkara yang baru. Akan tetapi ini adalah hakikat silam yang kita membawanya kembali di alaf baru. Hampir manusia melupainya.

Hakikat “Jadilah hamba sebelum menjadi ketua” bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka ramai manusia. Ia bukan sahaja ditujukan kepada individu akan tetapi ditujukan juga kepada keluarga dan sesebuah masyarakat yang ingin mencapai Negara Islam yang hakiki. Ia tidak mungkin dicapai dalam masa sehari semalam bahkan dalam satu generasi. Ia dicapai melalui jerih payah dan tarbiyah yang berterusan, agar kita dapat menghasilkan rijal, bukan sekadar tulisan, untitled-3kerana kita bercita-cita menegakkan Agama yang menjadi asas kepada Negara dan Tamaddun, menyedarkan umat Islam dari lamunan agar mereka bangun, berkerja keras memimpin dunia ini.

Sesungguhnya umat Islam dan para duat hari ini sangat berhajat kepada kejelasan kefahaman Manhaj Taghyir seperti ini agar jelas pula gerak kerja Dakwah mereka, lurus barisan mereka agar perjalanan menjadi tepat menuju ke matlamat yang diharapkan.





“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan beramal soleh (HAMBA), sungguh Dia akan melantik mereka menjadi khalifah di muka bumi (KETUA) sepertimana Dia telah melantik pemimpin dikalangan orang-orang sebelum mereka …”
(An-Nuur:24).

*Penulisan yang disalin kembali dari blog inijalanku.wordpress.com (Ust. Halim Abdullah;Naib Presiden ISMA satu )dan diedit semula oleh suatuharinanti.wordpress.com

1001 dan apa





Masa pantas berlalu,umur makin pendek,permodenan makin berkembang,kemahiran makin meningkat,pemikiran makin matang dan kerjaya makin cekap.Andai ditanya Muslimin kini,berapa lama anda membicara tentang Islam pada hari ini.Andai ditanya berapa lama anda menghabiskan waktu di masjid untuk berjemaah solat fardhu hari ini.Andai ditanya betapa anda perihatin permasalahan umat kini.Andai ditanya berapa jauh telah anda tinggalkan jahiliyyah.Andai ditanya bagaimana iman anda hari ini.Andai ditanya bagaimana hati anda hari ini...Tanya pada diri sendiri dan kepada peminjam-peminjam hati daripada ALLAH..Lupakan kesalahan insan lain seketika dan kezaliman orang terhadap kita seketika..Tanya pada diri


Kita mengaku kita pengikut Rasulullah,kita mengaku punyai aqidah ISLAM,kita mengaku kita hamba kepada TUHAN sekalian alam.Tanyakan pada diri apa yang telah kita lakukan pada diri kita sendiri yang membuktikan kita ISLAM dan membezakan kita dengan mereka yang akan menghuni nereka?Dan setelah mengaku hati ini dimiliki ALLAH dan redha bahawa ISLAM sebagai agama kita dan Nabi MUHAMMAD sebagai Rasul S.A.W, dan tanya pula pada hati dan iman, betapa telah kita menjadikan kehidupan ini sebagai medan untuk menyediakan wadah kehiduapn di akhirat kelak?Atau tanya pula pada nafsu jahiliyah, berapa banyak telah kita tunduk pada tuntutan nafsu seluruhnya.Atau tanyakan berapa jauh telah kita tinggalkan saki baki jahiliyah.


Lembutkan hati,dan tanyakan semula padanya,sudahkan aku ISLAM?Atau masihkah aku ISLAM?Atau sentiasakah ISLAM dalam hatiku?Dan kini cuba ketukkan pula pintu iman dan tanyakan padanya,sudikah lagi ia membaluti hati muslimku? Atau seraya merintih dan merayu kepada ALLAH untuk dikurniakan kembali hidayah pada hati dan sentiasa di landasan sebenar ISLAM setelah beribu kali melalaikan hati dan merosakkannya.


Adapun kemudian ,tanyakan pada diri,layakkah digelar khalifah di dunia ini.Tanyakan juga,tuntuan Quran dan sunnah yang diamanahkah untuk dilaksanakan telah ditunaikan atau belum.Atau hanya menganggap Quran itu sebagai kitab suci yang mulia tanpa ada rasa untuk memahami untuk memahami dan menghayatinya.Duduk sebentar dan tanyakan apa agungnya dan apa yang beratnya KalamALLAH itu.Sedarkah kita hakikat berat amanah Al-Quran itu?

sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung,pastikamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH.Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir

28:21 (al-Hasyr) m/s 548




Atau hanya memandang kalam ALLAH itu sebagai petunjuk yang hanya perlu dilaksanakan oleh alim-alim ulamak sahaja.Atau jika ditanyakan kepada muda-mudi tentang sumbangan mereka pada ISLAM.
"Kami masih muda dan tak punyai ilmu agama.Macam mana nak sumbang untuk ISLAM.Biarlah usataz-ustazah tunjukan caranya"
Dan tidak mahu mendalami ilmu ISLAM?

Atau tanyakan saja kepada pelajar,sumbangan mereka pada ISLAM
"Kami masih belajar.Belajar antara tuntutan yang tertinggi dalam ISLAM.Tunggualah kami habis belajar"
Dan ketika belajar hanya tumpukan pada pelajaran tanpa mengambil pusing tentang masalah umat dan hanya berfoya-foya dengan perkara-perkara lagho?
Dan sesudah tamat pengajian mahu bekerja??


Atau tanyakan saja kepada golongan yang sudah berumur,apa sumbangan merek kepada ISLAM?
"Kami sudah tua dan tak bermaya seperti para muda-mudi"
Di zaman muda,apa telah kamu lakukan?

Atau tanyakan pada kanak-kanak yang sudah mumayyis,apa sumbangan mereka kepada ISLAM
"Kami masih kecil sedangkan orang dewasa lebig ramai lagi"
dan ketika menigkat dewasa sibuk dengan segala urusan dunia sehingga jauh diri dari ALLAH

Dan akhirnya tanyakan kepada bakul sampah kerana tiada umat ISLAM yang ingin memberi sumbangan untuk agama ini.

Dan semula golongan muslim saling mengarahakan anrata satu sama lain.Tanyakan pada harta,masa dan tenaga mereka ketika di dunia, apa yang disumbangkan pada agama ini.Ketuk pintu hatimu dan tanyakan lagi beratkah segala tuntutan Quran.

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh , ALLAH Maha Mengetahui

2:92 (ali-'Imran)m/s 62

Dan tanyakan lagi kepada hati,jika diberikan peruntukan masa selama sejam,apakah yang akan dilakukan.Serta tanyakan lagi,jika jiwa-jiwa muslim ini berada pada tempat maksiat (tempat pergaulan bebas antara lelaki dan wanita) adakah ia suka.Atau tanyakan padanya jika diperuntukan masa sejam untuk bergaul dengan golongan soleh,adakah ia rela atau tidak.Dan paksakan hati untuk menjawab jika ummah kini menangihkan dirimu untuk menginfakkan diri ke jalan ALLAH,adakah ia redha kerana ALLAH dan sayangkan agama ini.


Dan kini tanyakan pada jiwa-jiwa muslim,jika dibariskan dalam satu saf pimpinan ISLAM,di manakah kedudukan kita,atau tanyakan, jika dilakukan pemilihan tentera jihad melawan musuh-musuh ALLAH,mampukah kita dibariskan bersama tentera ALLAH seperti barisan tentera yang disediakan Nabi Muhammad S.A.W dan Salahuddin Al-Ayubi?

Sentuh hati perlahan-lahan dan bisikan,adakah ia benar-benar mengaku ISLAM itu agamanya.Atau malu sebenarnya jika mengamalkan amal soleh dan mengikut sunah Rasul ALLAH S.A.Q.Dan bisikan lagi dengan nada sayu,adakah ia sayang akan iman dan aqidahnya.

Kini,garangkan hati untuk melakukan maksiat,tegaskan dirimu jika ia lalai,'iqob(hukum) hatimu dengan istighfar dan zikrullah jika ia melakukan dosa,dan islah(baiki)kan jiwamu sesempurnanya.Hati bukan kristal. Tidak sekeras struktur kristal. Sekali tercalar atau pecah berderai, tidak mampu bercantum kembali. Tetapi hati ini adalah bersifat berbolak balik dan mampu dijernihkan semula dengan taubat nasuha walaupun seribu calar balar terukir. Itulah kelebihan hati berbanding kristal, walaupun indah dan mahal, namun bila berderai, tong sampah sahaja yang layak buatnya. Inilah masanya untuk kita berubah.


*Ini hanyalah penulisan untuk membasahkan hati yang sering kering dengan zkirullah dan ingin menyentuh hati-hati lain juga.Semoga dengan penulisan ini,dapatlah untuk mengislahkan diri ini yang selalu leka dan berkongsi dengan jiwa-jiwa msulim lain..syukran

Biasiswa?



Tahun lepas:zaman muda-muda (Aiman:Germany insya ALLAH -persediaan di seremban,Aiman:Mesir,Puan Norsiah,muzzamer:tak mahu ke luar negara walaupun straight A,Pelik!!sayang tanah air kot)

Assalamu’alaikum kepada insan yang sedang membaca catatan ini terutamanya adik-adik yang menduduki peperiksaan terbesar di alam persekolahan iaitu SPM.Terlebih dahulu ingin ditanya bagaimana cuti adik-adik? Penuh dengan aktiviti-aktiviti manfaat atau tidak? Atau hanya berehat dan bersantai kerana telah ‘penat’ bermati-matian berjuang untuk peperiksaan SPM? Alhamdulillah kepada sesiapa dapat memanfaatkan cuti dengan memenuhinya dengan perkara-perkara bermanfaat.Dan ingin ditanya juga bagaimana iman antum?Bagaimana makanan rohaninya?Harap iman sentiasa bertambah dan ‘kenyang’lah rohani dengan pengabdian diri kepada ALLAH subhanahuwata’ala. Insya ALLAH.
Kali ini,buat adik-adik yang dikasihi sekalian, semestinya debaran di dada masing-masing makin mecanak asbab menunggu keputusan SPM. Maklumlah itulah peperiksaan terbesar setakat ini dan segala penat lelah telah dicurahkan serta besar pengorbanan yang dilakukan. Terus kepada apa yang ingin disampaikan iaitu mengenai BIASISWA. Pada post kali ini akan diceritakan cara memohon biasiswa dan sedikit perbezaan-perbezaan yang ada pada setiap biasiswa tersebut.

Pertamanya, sejurus selepas kuputusan SPM diumumkan seMALAYSIA, borang permohonan untuk kebanyakan biasiswa akan dikeluarkan di internet.Antara bisiswa-biasiswa yang popular adalah MARA,JPA dan PETRONAS yang kebanyakan pelajar di dalam dan luar negara mendapat biasiswa ini yang juga dikira cemerlanglah keputusan SPM mereka. Antara biasiswa-biasiswa lain juga terdapat TNB,BANK NEGARA,FELDA dan lain-lain. Cara memohon di zaman ini sangatlah mudah,semuanya secara online. Di sini, insya ALLAH akan diceritakan mengenai MARA dan JPA bagi yang ingin ke luar negara.

Cara permohonan biasiswa MARA dan JPA adalah mengguanakan borang yang sama di dalam laman web yang sama.Terdapat 1 item di mana adik-adik perlu memilih sama ada JPA atau MARA. Jadi, adik-adik hanya boleh memilih salah satu sahaja daripada biasiswa tersebut.Kerjasama JPA dan MARA ini dibuat bagi mengelakkan sebarang tawaran yang bertindih,itu saja . Antara bidang-bidang yang popular ialah Perubatan (eropah,timur tengah dan Indonesia) dan Kejuruteraan ( Amerika Syarikat,Eropah,Australia, Jepun dan Korea).

Kelayakan

Persoalan mengenai kelayakan ini terlalu subjektif kerana adapun disebut kelayakan yang begitu tinggi ataupun mahukan sijil ini dan itu,tetapi masih ada juga diterima walaupun keputusan tidak mencapai tahap kelayakan yang dikehendaki.Misalnya, bagi pelajar yang ingin ke Jepun,mereka tidak perlu mempunyai sijil bahasa asing yang telah diambil ketika di tingkatan 3 atau 4. Dan bagi pelajar perubatan di timur tengah, mereka tidak perlu mempunyai subjek bahsa arab tinggi atau komunikasi untuk melanjutkan pengajian ke timur tengah walaupun sebenarnya terdapat kriteria tersebut ketika hendak memohon ke timur tengah. Dan lain-lain kelayakn perlualah dicapai,contohnya mendapat A1 atau A2 dalam subjeek BM,BI,Sejarah,PQS atau PSI.





Rasanya itu saja perbezaan yang boleh diberikan.

Saranan
Ana pemegang pinjaman MARA jadi bukanlah nak diskriminasi tetapi memang itulah sarananya.Ambillah pinjaman MARA ini. Tidak perlu digusarkan mengenai perkataan pinjaman kerana ianya hanya satu motivasi yang sihat daripada pihak penganjur.Tetapi bagi yang ingin mengambil bidang perubatan,anda hanya dinilai melalui lulus atau gagal saja.Jika adik-adik,lulus dan mampu pulang ke tanah air dalam masa yang ditetapkan,jadi,Alhamdulillah kerana tidak perlu bayar semula.Bagi bidang lain, adik-adik akan dinilai melalui pointer adik-adik ataupun tahap yang telah MARA tetapkan.Hendak risau apanya memalui pinjaman ini,walaupun katakanlah adik-adik terpaksa membayar semula beberapa percent daripada pinjaman itu, sejurus pulang ke tanah air terus bekerja dan ingin membayar 1-10% daripada pinjaman yang ditetapkan,rasanya bukanlah satu masalah besar.Asam garam kehidupan dalam pelajaran,kadang kita gah cemerlang kadang cukup makan saja.

Hendak juga disebut mengenai kuota Melayu.Ini adalah masalah yang agak besar.Disarankan untuk mengambil pinjaman MARA ini kerana kuota melayu tu tentunya 100% bukan.Jadi persaingan yang kuat itu tak lah berlaku terutamanya bagi calon-calon ingin ke Negara yang mana pelajar-pelajar bukan ISLAM dihantar.Kesian dekat sahabat-sahabat satu batch ana kerana ramai kepunan nak ke luar negara dengan Biasiswa JPA tetapi tak terpenuh hajat biarpun keputusan 10A ke atas,mungkin bukan rezeki.Dan perlu diingat jangan ditakutkan dengan perkataan anak MARA bagi pelajar-pelajar MRSM, kerana pinjaman MARA terbuka dan bukan diskriminasi.Ana juga bukan budak MRSM .

Disarankan untuk mengambil pinjaman MARA ini kerana mungkin adik-adik akan dipanggil untuk temuduga bagi ambilan kedua bagi sesiapa yang tidak layak atau tidak dipanggil untuk panggilan pertama.Contohnya, bagi pelajar Perubatan di timur tengah.Jadi jika tidak dipanggil untuk buat pertama kalinya,datanglah ke pejabat MARA dan buatlah permohonan.Insya ALLAH,atas berkat usaha,doa dan rezeki akan dapt juga.

Masalah
Jika terdapat sebarang kekeliruan, sila maklumkan ana di COMMENT bagi post ini.Adik-adik boleh click pada pada perkataan COMMENT di bawah post ini.Insya ALLAH akan dijawab secepat mungkin jika tiada halangan.Megenai laman web untuk borang permohonan diharap dicari sendiri,maaf.(bagi JPA eSILA,tapi biasanya sekali JPA dengan MARA)


Sebelum mengakhiri post ini, ingin juga diberi pengisian hati.
Jiwa ini ibarat cawan kaca.Jika tidak diisikan dengan air maka molekul-molekulnya akan berubah dan diganggu oleh molekul-molekul asing yang mampu merosakkan struktur asal cawan kaca tersebut.Begitu juga dengan rohani insan,jika tidak disaratkan dan diisikan dengan bahan-bahan tarbiyyah dan perkara-perkara bermanfaat ,maka akan lalailah hati insan dan akan rosaklah rohaninya kerana akan datang anasir-anasir maksiat yang mencemarkan kesucian hati muslim itu.Kerana hakikat kejadiakn insan itu adalah kembali kepada fitrah kesucian dan yang itulah isian sebenar bagi hati-hati kita. Ana menasihat diri ana dan antum supaya tidak lalai dengan dunia dan cuba sedaya upaya menjauhi maksiat kerana maksiat itu mendatangkan bintik-bintik hitam pada hati dan menjauhkan kita daripada mendapat hidayah ALLAH.Bila titik-titik hitam ini mula memenuhi raung hati ,maka kelam hati dan sukarlah untuk menerima ilmu-ilmu ALLAH.Ingat !! kita beribadah bersungguh-sungguh bukan untuk mendapat keputusan cemerlang SPM tetapi meraih kedudukan mulia di akhirat dan syurgaNYA.Kerana itulah negeri ABADI.Jagalah kesucian hati,didiklah nafsu buasmu dengan puasa sunat,berilah makan kepada rohanimu dengan zikrullah setiap masa.Moga-moga kita digolongankan dalam gologan mereka yang menghuni syurga ALLAH.WALLHU A’LAM.
Doa-doalah muga dipermudahkan hidup dan mendapat biasiswa yang dipinta.

DI MANA BUMI DI PIJAK,DI SITU ISLAM DIJUNJUNG
LANGIT SAMA DIJUNJUNG,BUMI SAMA DIPIJAK,ISLAM SAMA DIJULANG..!!




(beraya 'eidul adha di kaherah)



(di mimbar masjid Azhar)

Realiti Pemuda: Antara Khalifah atau ROBOCOP!!



6:165. Dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2:30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Allah lah yang telah meninggikan darjat manusia yang hina dan lemah ini dengan mengangkat statusnya sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah, Allah telah mengurniakan perlbagai nikmat dan rezeki kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas kekhalifahan itu dengan sempurna dan baik. Dan ingatlah bahawa sesungguhnya segala kurniaan dan rezeki itu tidak lain hanyalah sebagai ujian kepada manusia.


Tugas Khalifah


Jelas dan nyata melalui surah Al-an’am ayat 165 dan surah Al-Baqarah ayat 30, Allah telah melantik manusia sebagai wakilnya dimuka bumi ini. Sebagai wakil Allah, manusia secara automatik telah dikurniakan kelebihan darjat berbanding makhluk-makhluk lain di seluruh alam semesta ini. Namun perlu diingat bahwa setiap tugasan dan pangkat datang dengan satu tanggungjawab, dan tanggungjawab manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar sehingga gunung Everest sekalipun runtuh jika memikulnya. Tanggungjawab ini bukanlah sekadar mengepalai sebuah bilik darjah, atau sebuah pusat pengajian dan bukan juga sebuah negara, namun tugas ini menghendaki manusia menjadi wakil bagi Allah diseluruh alam semesta dan mentadbir segala apa yang diciptakan Allah dalam ruang lingkup dan batas syari’at yang ditetapkan.

Jadi apakah tanggungjawab khalifah itu ? Sering dikecilkan tanggungjawab khalifah itu sebagai menguruskan alam ini, mentadbir dunia, dan mengelakkan kerosakan dari berlaku dimuka bumi ini atau menyelia sumber-sumber asli di muka bumi ini dengan baik. Namun apakah tepat dan akurat segala penaksiran tersebut ? dihuraikan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazzali bahawa tanggungjawab khalifah itu menghendakkan manusia untuk melibatkan diri dalam dua perkara iaitulah “Iqamatuddin wa siasatuddunia” atau maksudnya mendirikan agama dan mengurus dunia.

Jadi setiap manusia yang memahami hakikat tugas khalifah ini perlu sedar bahawa tanggungjawab mendirikan agama itu jatuh ke atas setiap dari mereka yang juga bermakna bahawa da’wah itu adalah tanggungjawab setiap dari kita. Juga boleh ditafsirkan tugas khalifah itu dengan pentadbiran dunia itu perlulah dilakukan oleh umat Islam yang beriman kepada Allah semata. Ternyata umat Islam gagal dalam meletakkan diri mereka sebagai satu kuasa pusat yang mengurus tadbir seluruh alam ini lantas membiarkan ianya didokong oleh kuasa barat dan kafir laknatullah yang ternyata menguruskan alam semesta ini dengan bertuhankan hawa nafsu mereka. Persoalannya bagaimanakah kita boleh kembali mengambil semula jawatan ini dari mereka, tidak lain ianya memerlukan kita untuk melakukan da’wah secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Jadi “Iqamatuddin wa siasatuddunia” hanya terlaksana apabila seorang manusia itu melakukan tugas dakwah.



Robot


Jika sebuah robot itu diciptakan oleh tuannya, tentulah ianya diciptakan atas satu tujuan dan sebab tertentu untuk memenuhi kehendak tuannya. Robot tidak diciptakan atas sebab yang sia-sia, contoh fungsi ianya diciptakan adalah untuk memasang komponen kereta, membasuh pinggan mangkuk, mencuci lantai rumah dan sebagai penghibur kepada tuannya. Untuk memenuhi tujuan penciptaannya, tuan robot itu perlulah membekalkannya dengan kuasa baik dari batteri ataupun solar bagi membolehkannya berfungsi dan melaksanakan tugasnya. Andai robot itu lari dari tugas ia diciptakan atau tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya, tentulah tuannya akan memberhentikan pembekanlan kuasa kepada robot tersebut kerana membekalkan kuasa pada robot yang tidak mampu berfungsi adalah satu pembaziran.



Kemana Rezeki Digunakan


Refleks pada diri manusia, mereka diciptakan Allah bukanlah sekadar untuk berhibur atau bersenang lenang, mereka diciptakan dengan tujuan hidup yang jelas dan mampu untuk dilaksanakannya. Namun, tidaklah Allah yang maha adil dan maha mengasihi itu menciptakan manusia dengan terkontang kanting sehingga ianya sukar untuk melaksanakan tugas penciptaannya. Manusia dibekalkan segala rezeki didunia ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah dan sempurna. Namun benarkah rezeki yang dikurniakan itu digunakan untuk aktiviti ibadah mereka dan memnuhi tugas khalifah mereka ?. Inilah yang dimaksudkan dengan rezeki itu sebagai ujian.

Ayuh kita lihat reality pemuda zaman ini, kemanakah mereka menyalurkan rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka dan adakah mereka melaksanakan tugas khalifah mereka. Kemanakah masa-masa mereka digunakan dan ketempat manakah wang-wang mereka dihabiskan. Jika ditanya tentulah mudah jawabnya, untuk kepuasan nafsu mereka dan supaya mereka up-to-date.

Tidak hairan jika wang yang mereka terima digunakan untuk membeli komputer supaya mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam didepan skrin computer mereka untuk bermain Game, menonton movie, chatting, dan melayari laman-laman web hiburan dan sosial. Berapa banyak masa mereka terbazir didepan computer mereka untuk aktiviti yang tidak menjurus kearah tujuan penciptaan mereka. Sedangkan untuk menghadiri ceramah agama selama 30 minit menjadi sesuatu yang mustahil bagi mereka yang mana sering 30 minit itu adalah terlalu sekejap untuk menghabiskan permainan-permainan game mereka dan hanyalah ¼ dari tempoh keseluruhan satu-satu movie.

Juga kita lihat hari ini, membaca komik, manga dan majalah-majalah hiburan merupakan satu supertrend yang melekat dihati pemuda-pemudi zaman ini. Naruto, Eyeshield, Wira Tunggal, Galaxy dan Mangga merupakan naskah-naskah yang sering kelihatan di tangan-tangan pemuda zaman sekarang dan helaian-helaian inilah yang sering menjadi bacaan mereka. Tanpa disedari, mereka mampu menghabiskan satu majalah atau komik atau satu episode manga dalam masa sehari tetapi cukup berat untuk menghabiskan satu mukasurat Al-Quran atau buku-buku agama dalam masa sehari. Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan pemuda langsung tidak mempunyai naskah Al-Quran mereka sendiri dan jika ada pun dibiarkan berhabuk diatas almari.

Banyak juga wang dihabiskan supaya mereka dapat memliki kenderaan bermotor mereka sendiri baik 4 roda ataupun 2 roda. Ya, supaya mereka mudah dan cepat ke dewan kuliah namun selain dari itu ? supaya mereka mudah ke midvalley dan Time Square, supaya mereka tidak ketinggalah untuk ke pawagam berdekatan mereka untuk menonton wayang gambar terbaru dari Amerika, supaya mudah bertemu pujaan hati intan payung bunga wangi hati mereka a.k.a kekasih mereka, dan agar mereka dapat berjalah-jalan bersama kawan untuk menghiburkan hati mereka. Namun mengapakah masjid-masjid dan surau-surau hari ini kosong ? kuliah-kuliah agama dipenuhi golongan tua yang menunggu saat ajal mereka ? adakah kerana generasi pemuda ini tidak mempunyai satu kenderaan yang memudahkan mereka ke sini ? atau mereka terlalu sibuk dengan urusan belajar sehingga tiada masa untuk ke masjid dan masjlis ilmu ? mengapa begini ?

Padam sikap dan tabiat anda yang lama dan ayuh berubah

Tidak sedikit wang dilimpahkan agar mereka dapat memiliki handphone tercanggih, pakaian yang paling trendy dan aksesori-aksesori yang inovatif dan canggih. Namun mengapakah untuk menginfakkan sekadar RM 2 kedalam tabung amal atau tabung masjid menjadi terlalu berat ? mengapa mereka sangat peka dalam memperbaharui handphone mereka, mp3 player mereka dan pakaian mereka namun langsung tidak ambil kisah untuk memperbaharui iman mereka dan menaiktarafkan pengetahuan mereka dalam agama ?

Juga budaya lepak dan hanging-out di kedai mamak atau yang terbaru pacak menjadi satu kebiasaan bagi para pemuda sekarang. Baik sekadar bersua mukan, menonton bola ataupun menghabiskan masa yang tersisa. Sering di sesi seperti ini mereka berbicara hal wanita, bolasepak dan artis-artis. Bercerita mengenai agama, sirah ataupun perkembangan umat Islam tidak pernah keluar dari mulut mereka walau untuk selang masa seketika. Dan terkadang, sesi seperti ini berlanjutan hingga ke pagi namun untuk menghabiskan masa sebegini untuk solat malam adalah terlalu mustahil bagi mereka.

Banyak dikalangan pemuda zaman ini apabila berfikir nescaya keluarlah angan-angan akan siapkah perempuan seterusnya yang akan di”tackle”nya, apakah movie seterusnya yang akan ditontoninya, bagaimanakah untuk mengumpul duit bagi membeli handphone terbaru yang diingininya dan apakah strategi yang perlu dilakukannya untuk memenangi sesuatu game. Ternyata tiada masa untuk mereka berfikir untuk apakah mereka dijadikan, bagaimanakah untuk memperdalamkan pengetahuan Islamnya, dengan cara apakah agama ini boleh bangkit semula dan apakah sumbangan yang boleh diberikannya untuk memajukan umat ini. Hanyut, mereka terlalu hanyut ditelan arus duniawi.

Inilah mungkin trend para pemuda hari ini dalam kehidupan mereka, berulang hari demi hari dan akhirnya menjadi satu kitaran kebiasaan mereka. Tidak hairanlah mereka masjid-masjid sering kosong, mengapa mereka langsung tidak tahu perihal nasib umat terkini, tidak ada kesedaran untuk meningkatkan kefahaman agama dan terlalu naïf untuk melaksanakan tugas dakwah mereka.

Jadi inikah cirri-ciri khalifah yang dikehendaki Allah, dengan gaya hidup berginikah mereka akan memiliki kelayakan untuk menjadi ahli syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu bukanlah murah dan mudah untuk diperoleh. Ianya memerlukan kita untuk memenuhi segala tanggungjawab yang telah diletakkan di atas pundak kita selama hayat di dunia, dan dengan trend bergini tertunaikah tanggungjawab mereka? Jika analogi robot dan tuannya tadi disamakan dengan hubungan antara Allah dan hambanya, nescaya sudah Allah cabut segala sumber rezeki yang diberikannya kepada manusia. Namun, ketahuilah bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang, ianya memberikan manusia penangguhan di kehidupan dunia dan segala balasan bakal diberikan di akhirat kelak.

Rata-rata sikap pemuda yang beginilah yang menyebabkan Islam belum mampu untuk bangkit dan menerajui pemerintahan dunia, “Iqamatuddin” pun tidak dilaksanakan “siasatuddunia” sudah tentulah jauh panggang dari api. Islam hanyalah sebagai nama yang tertera di kad pengenalan mereka dan sebagai ritual sampingan yang boleh dilakukan mengikut hawa nafsu mereka, tidak ada langsung keterikatan mereka dengan Islam dan kesyumulan Islam langsung tidak mereka fahami. Islam hanyalah diambil dari aspek solat, puasa, zakat, dan haji yang terkadang sering mereka lupa atau abaikan.



Jadi Bagaimana ?

Penyelesaian bagi perkara ini memerlukan para pemuda sekarang ditanamkan semula dengan kefahaman Islam yang tinggi di dalam dada mereka. Juga perlu diputuskan dari mereka pengaruh-pengaruh negative dari mereka bawaan dari unsur-unsur jahiliyyah yang menggila.

Sering kita melarang mereka, mengatakan ini haram itu haram sebaliknya tidak memberikan sebarang solusi kepada mereka, kesannya jiwa mereka kosong dan mereka akan kembali kepada tabiat lama mereka semula. Kebelakangan ini, produk-produk Islamik bolehlah dibanggakan, kian banyak novel-novel Islamik yang boleh dijadikan bahan bacaan, muzik-muzik Islam dari Indonesia juga bolehlah menggantikan musik-musik barat sebagai halwa telinga para remaja, selain itu, penerbitan filem-filem seperti Sang Murabbi, Kiamat Sudah Dekat dan pelbagai lagi seleksi dokumentari bolehlah dijadikan titik tolak untuk menghasilkan lebih banyak karya yang seumpanya. Boleh disimpulkan disini bahwa perkembangan media-media Islam berbanding sepuluh tahun lepas adalah membanggakan, lebih berkualiti dan lebih meluas cuma jika ditingkatkan kuantitinya maka adalah lebih baik.

Menanamkan kefahaman Islam yang syumul secara kaffah merupakan faktor yang sangat-sangat penting. Institusi keluarga yang gagal mendidik dan kurangnya kefahaman Islam dalam hati remaja zaman ini boleh diatasi dengan teknik "Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam". Institusi usrah dan tarbiyyah perlu diperkasakan dan penggerak-penggeraknya perlulah lebih aktif mempromosikan cara ini. Hal ini adalah kerana, dengan method inilah Rasulullah s.a.w dahulunya mendidik para sahabat yang akhirnya mempunyai satu keimanan yang mantap, ketaqwaan yang mendalam dan hamasah yang berapi-api. Tambahan pula menyibukkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti usrah secara automatiknya akan memisahkan mereka dari perkara yang sia-sia; usrah, mukhayyam, mabid, khatibah daurah, tamrin mungkin berkesan dalam menggantikan perkara-perkara lagho yang menghantui mereka selama ini.

Jadi, penggiat atau aktivis dakwah perlulah lebih aktif dan cergas dalam mempromosikan method ini agar kebaikannya dapat tersemat dan menyelamatkan sekian generasi muda yang kian lama kian karam dibuai arus jahiliyyah. Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!

Dipetik dari laman http://dakwah.info/main/index.php

Untuk manfaat ummah bersama