basmalah Pictures, Images and Photos


Showing posts with label myworld. Show all posts
Showing posts with label myworld. Show all posts

Memahami TUGAS dalam erti TAAT


Fuad: aarrgghh !! panasnya,tolong amik air Siraj.
Siraj: ok2.kejap2.

Fuad:Ahhh, lega.aku terpegang besi tempat panggang tu
Siraj:tu la,hati-hati lain kali kalau nak panggang pun.Nah,amik spanar ni,pegi naikkan khemah kat tepi tu.

Selang 5 minit,Joharipun tiba.

Fuad: mana nasi yang ko patut bawak?
Johari: alamak,terlupa la plak.hari tu aku ingat bagi tugas cam tu je dan aku ingat mesti ada orang bawa nasi.

Fuad dan Siraj naik angin.Lalu, sepanjang bercamping Fuad dan Siraj kurang boraknya dengan Johari berbanding rakan-rakan lain dek kerana rakan yang tak menajalan TUGASnya dan mecacatkan perkemahan mereka.Sepatutnya makan nasi bersama lauk-lauk yang akan dimasak bertukar kepada hanya memakan lauk.Tak sempurna rasanya.

* * * * * *


Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi ..(2:30)


Ini adalah satu bentuk TUGAS yang diberikan ALLAH kepada manusia; menjadi khalifah di muka bumi.Tugas apa yang patut dijalankan khalifah?memerintah dengan gayanya setelah menang pilihanraya?berusaha hingga titisan darah terakhir untuk mendapatkan jawatan khalifah?

TUGAS.Khalifah ALLAH di muka bumi bekerja untuk menjalankan syariat-syariat ALLAH dan menegakkan syiar ISLAM.Dalam erti kata lain, menyediakan satu sistem yang menyokong dan dan membenarkan syiar ISLAM dijulang ke kedudukan TERTINGGI.

Dalam usaha membina sistem yang menyokong SYIAR ini,beberapa tuntutan yang wajib dipatuhi.Dan antaranya1:-

1.mentaati ALLAH dengan beribadah kepadanya

Tidak Aku jadikan jin dan manusia di muka bumi melainkan untuk beribadah kepadaKu (adz-Zariyat: 56)

2.menyeru ke arah kebaikan dan mecegah daripada kemungkaran

Dan hendaklah di antara kamu ada golongan yang menyeru ke kepada kebajikan,menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.Dan itulah orang-orang yang beruntung
.
(3:104)

Dua di antara prasyarat-prasyarat yang wajib dipatuhi ini menjadi satu bentuk penyediaan untuk menjadi khalifah.Bolehkah kita menutup lapar tanpa ada makananpun yang boleh dimakan di rumah.Bolehkah kita makan nasi tanpa kita beli dahulu nasinya.Bolehkah kita makan nasi jika bila dibuka periuk nasi didapur tetapi yang kita dapati periuk nasi kosong.
Bolehkah kita panggil nasi jika masih belum dimasak berasnya.

Hakikatnya, semua memerlukan PERNGORBANAN.Untuk Johari membawa nasi yang sedia untuk dimakan,perlulah Johari mematuhi langkah-langkah yang patut dilakukan.Dan begitu juga dalam penyediaan khafilah.Bukan hanya melantik sesiapa yang layak sahaja tetapi lebih kepada TUGAS MENYEDIAKAN SISTEM SOKONGAN.Ini bukan kerja khalifah seorang.Untuk menjayakan perkemahan,perlu semua ahli perkemahan menjalankan tugas.

TUGAS atau ARAHAN

Bukan pada frasa untuk difahami secara mendalam tetapi lebih kepada TAAT.ALLAH meletakkan tugas manusia adalah menjadi khalifah.Tetapi jika kita mengabaikan tugas,natijah di akhirat apa yang kita harapkan sebenarnya? Tugasan khalifah ALLAH di muka bumi bukan hanya menjadi pemimpin kepada sesebuah negara,bukan hanya menjadi pemimpin di sebuah negeri,daerah mahupun sesebuah badan atau organisasi dan persatuan.

Tugasnya,setiap muslim itu meletakkan syiar ISLAM itu di mana?Sebanyak mana usahanya menyediakan sistem untuk menjalankan syariat-syariat ISLAM.Hendak kita datang ke kota Athens hari ini dan dengan serta-merta menjalankan segala syariat ISLAM di sana tanpa ada kelompok muslim.Sudah ada kelompok muslim yang kosong jiwanya dan kering kefahaman ISLAMnya sama seperti periuk nasi kosong tetap dipanggil periuk nasi walaupun belum lagi memberi jasa untuk memasak nasi.Begitu juga muslim yang 'kosong' tetap dipanggil muslim.Inilah yang dimaksudkan menyediakan sistem yang memastikan syiar ISLAM itu boleh dijulang.Tugas kita di sini.

اصلاح نفسك وندعوا غيرها


Perbaiki diri dan seru yang lain (orang lain)


Amanah tugas kita kepada ALLAH adalah syariat ini.Di hari akhirat, jika ditanya mengenai tugas ini,bergerak atau tidak.Memahami tugas sebagai ketaatan akan mengerakkan kita.Jangan di biarkan langkah tertangguh(click frasa ini).Azab ALLAH yang pedih menanti kepada sesiapa yang tidak taat.

Bukan ISLAM ini akan cacat seperti perkemahan yang jika tiada pengorbanan ahlinya untuk menjalankan tugas setelah faham tugas adalah satu bentuk arahan yang patut ditaati.ISLAM ini sudah sempurna sekian lama dan ISLAM tak perlupun pengorbanan ahlinya untuk sempurna.Ahlinya yang memerlukannya untuk sempurna perjalanan hidupnya dan berhati-hati supaya tak dibakar api neraka yang bahangnya berganda-ganda panasnya daripada bahang habanya yang terserap besi pemanggang.


Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahwa Dia akan memberikan kedaulatan kepada mereka di belahan bumi ini, sebagaimana Dia telah memberikan kedaulatan kepada umat sebelumnya. Bahwa Dia akan memperkuat kedudukan agama mereka yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan bahwa Dia akan merubah suasana ketakutan mereka menjadi suasana yang penuh rasa aman tenteram; di mana mereka selalu dapat beribadah kepada-Ku tanpa mempersekutukan Aku dengan sesuatupun. Barangsiapa yang tetap kafir sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang durhaka.(An-nur:55)




Kami Peduli




Joe:bro,nak sambut besday member kite kat mana ha?

Rem:Ntah.ke kite beli coke dekat 4 botol pastu makan pizza hut

Joe:Jap2..rase kalao cam tu baik kita makan MacD ke KFC ke,ade air-cond.sume benda makanan ade..amacam?

Rem: nice gak.jom


************




Ini Realitinya





Sudah masuk 6 dekad Palestine di serang Yahudi laknatullah.Kini hampir setahun ulang tahun Gaza dibantai dengan dahsyatnya pada musim sejuk 2009 oleh puak2 Yahudi yang dahagakan darah umat ISLAM yang jiwanya faham dengan ISLAM.Tiba masanya Gaza diserang berjuta-juta umat ISLAM akan tertumpu kepada Gaza dan ketika tak diserang, kadang kita lupa dengan penderitaan saudara seaqidah kita di seberang.Hakikatnya,mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.Boleh diyakini bila ditanya kepada jiwa-jiwa muslim yang berada di atas globe ini sayang kepada muslim di sana dan ramai yang meletakkan cita-cita untuk syahid di sana suatu hari nanti.Moga ALLAH merahmati antum.Ini tanda perihatin kita.Walaupun hanya dalam bentuk penulisan,tapi niat saya menaikkan kesedaran tentang masalah umat .

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, apa yang dikasihi untuk dirinya." (Hadith Sahih).

Dan kini, dengan VIVA PALESTINA CONVOY yang antara ahlinya adalah seorang ahli parlimen Britain diserang dan disekat oleh pasukan keselamatan Mesir.Alhamdulillah akhirnya convoy tersebut dapat juga masuk ke Gaza malam ini.Tapi asalnya pemerintahan Mesir tak membenarkan langsung sebarang bentuk bantuan masuk ke Gaza setelah pembinaan tembok berpuluh-puluh meter ke bawah tanah apabila akur dengan kejinya kepada Israel.Inilah keadaan yang hampir sama dengan peristiwa ketika tentera Tartar menjatuhkan khilafah Abasiyyah.Ada golongan pemuda ketika itu didatangi wanita bersenjatakan pedang.Kemudian disuruh pemuda-pemuda tu memegang pedang sementara wanita itu ingin membuang air dihadapan mereka.Setelah selesai hajatnya,diminta pedang dan dipancung seorang demi seorang.Nah ini hakikat pemerintah Mesir yang muslim tapi jiwanya kosong dan lemah.Tunduk pada telunjuk Yahudi yang dulunya pernah dikalahkan Mesir untuk mendapatkan Sinai.Lemahnya pemuda-pemuda di zaman khilafah abasiyyah samalah lemahnya dengan pemuda zaman ini termasuk pemimpinya.Tiba zaman yang selesa dan kita sebuk dengan perkara yang furu'=kecil.Ini zamannya.Jangan tunggu lagi,bergeraklah membina GENERASI HARAPAN yang sama diusahakan oleh Rasulullah S.A.W ketika hayatnya tetapi lebih jelas ketika awal penyebaran ISLAM di Mekah.Generasi inilah yang akan berusaha menyebar dan memahamkan masyarakat dengan ISLAM berpandukan AL-Quran dan Sunnah tanpa lupa kepada sejarah naik turun tamadun ISLAM

Teringat dengan pesanan Umar Al-Khottab

"aku lebih bimbang dengan kemaksiatan yang dilakukan umat berbanding dengan kekuatan musuh"

YA,Betul kata-kata Umar.Tengok saja ketika kemuncak keagungan ISLAM,khilafah ISLAM yang agung dapat dijatuhakan oleh tentera Tartar yang boleh disamakan dengan orang asli dari mana-mana ceruk.Hakikatnya,kemaksiatan menjatuhkan keberkatan.






p/s:penulisan kesedaran supaya pemuda-pemuda dan seluruh lapisan masyarakat ISLAM tidak hanya terpaku bila ISLAM dipukul tetapi sebaliknya mengislahkan (perbaiki) diri untuk menuju ILAHI


Barakallahu Fikum

ya rabbi thabbit qulubi 'ala dinik wa 'ala to'atik






Tenang.Indah.Nyaman.Darul Quran (DQ) memang seronok!! Ini kali ke 2 menjejakkan kaki ke sana setelah meninggalkannya.Pertama,sebelum terbang ke Mesir.Alhamdulillah.Mabruk kepada rakan-rakanku yang berjaya khatam 30 juzuk al-Quran setelah setahun setengah di DQ.Doa-doalah untuk sahabat yang lain supaya dapat juga khatam 30 juzuk al-Quran dalam redha Ilahi.Insya ALLAH.Ada juga rasa cemburu sebab tak dapat habiskan Quran di DQ.Tak apa,bukan itu saja peluangnya.insya ALLAH ada rezeki di Mesir akan khatam juga.


Pagi di Asrama masih tenang,sayu




Tumpang gembira tengok kawan-kawan dapat segulung sijil.Mabruk sekali lagi.Sudah menjadi huffaz,jaga hafalan baik-baik maklumlah bila masuk ke alam akademik ni jadual belajarnya sudah padat.Tapi hafal Quran lagi payah rasanya.Insya ALLAH dipermudahkan.Rindu zaman-zaman menghafal bersama-sama.Bangun pagi,lepas subuh sebuk perbaiki hafalan sebelum tasmi' dengan ustaz.Kadang-kadang tak ada eletrik pun sanggup berikhtiar apa cara sekalipun asalkan dapat mencari modal untuk esoknya.Guna lampu telefon bimbitpun boleh..haha.Paksa diri untuk istiqomah dengan bilangan hafalan dengan ustaz.I'adah (mengulang) tu paling berat rasanya berbanding dengan hanya menghafal.


Teringat juga ketika minggu haluan siswa dan ribat dan banyak program lagi.Memang banyak mendidik walaupun secara 'kekerasan' dan terpaksa.Lama-lama faham juga apa yang ingin diterapkan.Sedih tak dapat bersama.Bukan keluar DQ terhenti sebenarnya,mungkin takdir ALLAH menentukan perjuangan yang lebih awal atau rahmat (ALLAHU a'lam).




Bazar pelbagai jualan produk para huffaz


Kali ini bermalam di DQ dengan sahabat-sahabat yang akan menerima sijil.Mampu bersama:-
1. Makam malam di gerai-gerai di tapak konvo
2. Sembang-sembang kencang(lama tak jumpa sampai 1 pagi)
3. Berkayak ( sampai ada yang terjatuh dalam tasik gara-gara excited..haha..Penat tarik kawan ni ke tebing.BEST!!)
4. Perang Pinball (sampai berdarah juga la)




Kena Tembak

Walaupun hanya beberapa bulan bersama,tapi sangat mesra.Moga dapat berjumpa lagi.Ukhuwwah kita bukan atas kerana kita bertemu di DQ tapi kerana kita di bawah satu AQIDAH.Insya ALLAH




1.Sahabat sebelum terjatuh ke dalam tasik

****************


Merialisasikan impian diri dan ummah untuk menggerakkan Agama ni dengan kukuhnya berpegang pada Quran yang disaluti Aqidah yang mapan dan disertakan Quran sebagai hujjah dan ISLAM sebagai cara hidup yang unggul.Modal insan yang diwarwarkan kerajaan bukan perkara baru dalam ISLAM .Asalkan Aqidah muslim itu kukuh dan akh/ukht tu faham dengan tanggungjawab sebagai muslim,gerak kerja dakwah dan susur galur perjuagangan ISLAM tak kan terhenti disamping asas-asas yang mantap masih dalam amalan.INSYA ALLAH.


***************



2.Menikmati keseronokan

***************

Bukan ISLAM itu memerlukan penganut untuk terus mulia sebagai addin.tetapi insan itu yang memerlukan ISLAM untuk terus hidup dalam keadaan aman beserta redha ALLAH.Jangan ditakutkan bilangan kita yang sedikit kualitinya kerana yang berkualiti ini perjuangannya lebih dan tidak sambil lewa

***************




3.Huffaz


4.Indah Bumi Ciptaan ALLAH

Ada rasa sama

Radhitu billahi rabba
wabil islami dina
wabi muhammadin nabiyya warosula




Sudah beberapa hari menghirup udara agak bersih di mayaisa (bangi khususnya).
Gembira,tenang dan banyak perasaan bila berjumpa dengan keluarga tersayang.Alahmdulillah sudah setahun pengajian di mesir.Kini berada di Malaysia untuk 1 tempoh yang agak panjang.Ingin dikongsi cerita2 best sepulangnya dari mesir.31 Julai bercadangnak ke PC fair bersama rakan-rakan.Beberapa kejadian yang hampir sama dengan mesir berlaku.


1.Naik bas nak ke stesen KTM.Time nak turu,bangun dan mulut dengan pantas nak cakap "'ala gambi yasto" tapi terselamat sebab bas tu kelam kabut sangat jadi tak terkeluar.Selamat.Kemudian cakap kat driver tu "saya turun sini".Driver balas "kenapa tak tekan loceng".Arrgh...lupe..!!Cakap kat driver yang baru je balik jadi lupe.Selesai 1 kerja.

2.Time nak beli tiket.Beratur tibe2 ada orang potong.Tapi sorang je la.Disebabkan dugaan di mesir lagi dahsyat.Jadi boleh bersabar.Dan masa nak naik KTM,rasa macam nak ke gerabak kedua atau ketiga.Sebab gerabak pertama untuk wanita.Baru nak bergerak,baru teringat ini tanah airku.Selesai.









3.Solat jumaat di masjid asy-syakirin di KLCC.Bersedia awal untuk ke masjid takut2 penuh.Sampai di masjid.Seperti diduga.Nak buka kasut dan nak bawa bersama ke dalam masjid.Nampak kasut banyak di bahagian luar.Langkah terhenti.Selesai.

*******


Rasa sama pada:-

*Mesir mengajar erti kesabaran yang tinggi
*Mesir tak mudah percam puran wanita dan lelaki
*Budaya boleh dikongsi bersama.

Selesai



Hari akhir-akhir di bumi mesir selepas exam agak membosankan jika tak dimaksimakan aktiviti2 bermanfaat.Hampir hanyut dengan waktu lapang yang sangat menduga jiwa.Kebiasaan di mesir selepas tamatnya exam,semua sibuk dengan aktiviti melancong.Antara aktiviti2 yang sering dilakukan selepas exam
1.melancong
2.lepak-lepak
3.bermain
4.berborak
5.paling utama dan kemuncaknya adalah pulang ke tanah air


Seronok masa waktu lapang ni.Tak ade kerja,tak payah study dan lain-lain.Tapi akhirnya bosan juga sebab hidup kering,tawa seolah-olah tak ada matlamat hidup.Sebahagian rakan-rakan sudah berada di Malaysia,sedikit cemburu.

Kali ni,aku ambil peluang untuk melancong kata orang.Butirannya:
lokasi: Matroh
Tarikh : 23-25 Julai
Bilangan yang turut bersama: 32 orang termasuk peljar pengajian Islam


Tujuan asalnya memang nak berjalan-jalan dan bersuka ria tapi akhirnya ditarik apda satu hadaf yang masyuk.Melancong tanpa pengisian akhirnya akan membawa kepada percutian yang hanya untuk bergembira tanpa niat untuk melihat ciptaan ALLAH dengan mata hati.


"Dan apakah mereka tidak perhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan (makhluk),kemudian Dia mengulanginya(kembali).Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Katakanlah,"Berjalanlah di bumi,maka perhatikan bagaimana(Allah) memulai penciptaan (makhluk),kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir.Sungguh Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Al-'Ankabut:19-20)


Seronok bermusir bersama golongan yang same fikrahnya kerana saling memperingati.Antara tempat yang dilawati adalah cleopatra hamamat,bahru agibah,suq libya dan beberapa pantai lain.Maklumat mengenai tempat di matroh sangat bersejarah.Antara aktiviti2 yang turut bersama dilakukan:
1.Melihat sambil mentafsir ciptaan ALLAH
2.Permaianan pantai
3.Permainan 'indoor'
4.Sembang-sembang pasal umat
5.Berbasikal
6.BBQ
7.Pentomen dan nasyid


Menariknya,kebiasaan jika melancong ,kita akan tinggal hotel dan makanan semuanya dibeli tapi kami hanya tinggal di rumah sewa dan makanan semuanya dimasak.Jadinya ukhuwwah antara mereka yang hadir terjalin mesra.Bukan mudah untuk pelajar perubatan tahun 1 dan tahun 3 beserta pelajar pengajian Islam bersama.Jadi jaulah kali ni mengurangkan jurang antara kami.

Disebut pasal ukhuwwah,ketika di DQ, kami diberi tekanan untuk mengukuhkan ukhuwwah antara kami melalui program2 yang diadakan.Lihat kini,alhamdulillah,walaupun mereka sudah tamat pengajian di sana,masing-masing masih mesra berukhuwwah dan punyai matlamat yang sama.Sama juga bagi jaulah kali ini,melalui permaianan2,kami diberi sedikit tekanan untuk hanya mencapai hadaf nilai ukhuwwah yang suci tanpa ada kepentingan antara satu sama lain.Tapi tekanan diberikan taklah sedahsyat ketika di DQ.Di matroh hanya dengan permainan2 kami dijalinkan ukhuwwah.

Harapnya kepada mereka yang hadir pada jaulah kali ni dapatlah sedikit sebanyak mengamalkan apa yang dihadafkan ketika jaulah.Ingat!!,jaulah hanya memberi sedikit panduan,tapi selebihnya kita yang menentukannya sama ada jaulah itu berkesan atau tidak pada kita.Di sini sedikit ole-ole dari matroh ingin ditunjukan.



subahanallah cantiknya



bahru ajibah




cleopatra hamamat



bersedia untuk pulang

Saksi









Hari ini setelah tamat urusan universiti (ujian praktikal Histology & TB test) berehat-rehat sebelum mula belajar semula setelah 3 hari tak sentuh buku.Saja dengar-dengar lagu untuk ketenangan.Saja untuk berkongsi lirik lagu yang mudah difahami.Bukan berhibur mendengar lagu kosong-kosong tapi lirik lagu ni mungkin sedikit sebanyak dapat ingatkan diri sendiri yang selalu leka dan lalai dengan dunia.Nah ini liriknya

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya


Bukan apa,sejak jauh daripada pangkuan keluarga,mungkin jaranglah dengar leteran dan nasihat daripada ibu bapa tercinta.Mesej yang ada pada lagu ni bukanlah kerana takutkan ibu bapatapi takutkan azab ALLAH s.w.tyang sangat pedih.Kita seronok dengan dunia kita sendiri yang siangnya sibuk dengan kuliah-kuliah dan malam sibuk mengulang kaji pelajaran.Dan ini lah putaran hidup sebagai seorang pelajar(mahasiswa).Dan dalam kesibukan dengan program-program sendiri,kita tentu tak terlepas daripada melakukan dosa samada dalam keadaan sedar mahupun tidak.Dulu-dulu ketika di berada di tadika ataupun sekolah rendah.kita sangat takut untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kerana kita tahu setiap angkota ini akan menjadi saksi bila tibanya hari perhitungan.Dan kita takut juga kalau-kalau malaikat di sisi mencatat perlakuan buruk kita.Dan kita tersangatlah takut untuk masuk ke neraka.Itu dulu.Sekarang macam mana?Sudah akil baligh.Sudah memikul dosa sendiri.Tapi takutnya sudah hilang.Mungkin kita lupa dengan peringatan-peringatan ALLAH atau mungkin kita boleh kata tak dapat hidayah lagi.Tapi kita lupa.Tanyakan pada diri sendiri,ada tak kita cuba mencari hidayah dengan merapatkan diri kepada ALLAH.Suruhan-suruhan ALLAH kita turuti dengan patuh atau tidak?Taat kita pada ALLAH macam mana?Imam Ghazali dalam kitabnya berkata permulaan hidayah itu adalah melakukan kebaikan.Mudah saja perinsipnya lakukan apa yang disuruh.Dan lama kelamaan yang mungkar itu akan hilang secara sendirinya.Fikirkan,seorang muslim yang sering solat berjemaah di masjid dan melakukan banyak amalan sunat kerana ALLAH berpontensi besar merubah keadaan sekelilingnya menjadi suatu biah solehah yang sangat diimpikan.Sudah dalam biah solehah,masakan ada muslim yang dengan sengaja melakukan kemungkaran melainkan terlupa.











Kepada insan-insan yang membaca post ni,harapnya dapatlah menjaga diri,menunaikan segala yang diwajibkan ke atas kita.Janganlah kerana urusan dunia,kita terlalai untuk melakukan kefardhuan kepada ALLAH.Dan untuk bab solat,sangatlah sedih bila waktu solat subuh.Lena terlalu panjang dan dikejut untuk menunaikan kefardhuan agak berat.Dan bila dikejut untuk ke kuliah,tiada beban yang berat untuk bangun.AKU SANGAT SEDIH DAN KECEWA!!!!!.Maruah sebagai muslim itu lebih berat untuk dijaga daripada maruah sebagai seorang pelajar.Apa guna pergi menghadiri majlis ilmu yang hukumnya fardhu kifayah tanapa melakukan fardhu 'ain yang lebih berat di sisi ALLAH.Sedarlah kita muslim.Bukan saja waktu subuh tapi waktu0waktu lain diambil sambil lewa pelaksanaannya.AKU SENGAT KECEWA.Sedarlah kita punyai kewajipan untuk dikerjakan.Sedarlah kita akan dihisab.Sedarlah kita dunia ni sekejap je.Sedarlah azab ALLAH sangat berat.Sedarlah kita ni sangat lemah.Sedarlah nikmat ALLAH di dunia itu bukan kekal abadi.

Jangan sampai nikmat ALLAH itu diturunkan kepada kita untuk menyesatkan kita seperti Firaun.


Memanglah ALLAH berfirman dalam al-Quran,rezekinya diturunkan bukan mengikut perhitungan,DIA memberi kepada sesiapa saja hatta kepada kuffar dan kepada muslim yang melangkar suruhanNYA.Dan lirik ini ditinggalkan juga untuk rennungan.

Ikhlas Dariku-Akil Hay
Aku buka seperti engkau sangkakan

Pura pura didalam berjuang..

Aku tidak pandai menyulam rahsia

Juga tak pandai ku bermadah pujangga


Jika ada benci dihati

Oh katakanlah padaku..

Relaku terima walau kutukan

Asalkan aqidah terjaga..

Kerana tidak sanggup lagi

Mempermainkan dustur ilahi

hakikat hati tak terluka

walau zahirnya ada yang terluka..



Tuhan ku mohon keampunan

Ketelanjuran yang berulang kali

Teman kita paterikan disini

Berakhir sebuah lamunan duniawi

Terima syukur taufik ilahi..

Tuhan ku mohon keampunan

Ketelanjuran yang berulang kali..


p/s:Peringatan untuk diri sendiri dan kepada seluruh muslim.

PALESTINE










aku sayang pada ALLAH
aku sayang pada RASULULLAH S.A.W
aku sayang pada agama ini
aku saynag pada umat ini


SEDAR PADA KEKUATAN KITA DAN APA YANG KITA HARAPKAN UNTUK PALESTINE
******

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu

******


Palestine kami hayati perjuangan muslim di sana.Saya sayang pada umat ini(ISLAM),tapi kenapa tak ramai yang bersama-sama menjaga diri untuk ALLAH dan agama ini.Umat ini ramai,tapi kenapa lemah?Kenapa umat ini suka lalai?Kenapa umat ini kurang menjaga suruhan daripada ALLAH.Kenapa biah solehah kurang dirasai?Boleh ke kita menang untuk lawan kuffar?Kita kalah perang saraf daripada kuffar.Senang mereka perdayakan kita.Quran kita dah jauh dan amal kita nampak beza sikit je daripada kuffar.Kita bersemangat cakap tentang Palestine, tapi selepas kempen ke program ke kita lupa untuk penghayatannya untuk beramal.Kita berjiwa pemuda yang punyai segala kekuatan tapi, kurang nak menjaga agama kita.Rakan-rakan,nak tak kita wujudkan biah solehah di mesir ni?Senang je,solat awal waktu berjemaah,tak mencarut,tak cakap kotor,jaga mata dan lain2 yang kita rasa apa yang kita buat membawa kepada pahala.Niatkan kerana ALLAH,senang bukan?Dan kita wujudkan perasaan yang ALLAH melihat kita sepanjang masa,INSYA ALLAH tak de la kita tak dapat kawal diri.Satu lagi kita saling memperingati.Bukan susah rasanya,sebab masa di bawah penjagaan ibu bapa,senang kita buat kebaikan dan susah buat perbuatan mungkar.Ini kita bercakap tentang taqwa yang dinilai ALLAH setaip insan.Kita kemaskan diri kita dengan ALLAH dan sesama manusia dan barulah kita boleh lahirkan umat yang boleh melawan kuffar.Dan bila hati kita betul2 sudah sedia mengambakan diri kepada ALLAH,barulah senang kita bersatu lakukan segala pengorbanan untuk agama ini.INSYA ALLAH.

******


Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri


Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan


Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran

Realiti Pemuda: Antara Khalifah atau ROBOCOP!!



6:165. Dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2:30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Allah lah yang telah meninggikan darjat manusia yang hina dan lemah ini dengan mengangkat statusnya sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah, Allah telah mengurniakan perlbagai nikmat dan rezeki kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas kekhalifahan itu dengan sempurna dan baik. Dan ingatlah bahawa sesungguhnya segala kurniaan dan rezeki itu tidak lain hanyalah sebagai ujian kepada manusia.


Tugas Khalifah


Jelas dan nyata melalui surah Al-an’am ayat 165 dan surah Al-Baqarah ayat 30, Allah telah melantik manusia sebagai wakilnya dimuka bumi ini. Sebagai wakil Allah, manusia secara automatik telah dikurniakan kelebihan darjat berbanding makhluk-makhluk lain di seluruh alam semesta ini. Namun perlu diingat bahwa setiap tugasan dan pangkat datang dengan satu tanggungjawab, dan tanggungjawab manusia adalah tanggungjawab yang sangat besar sehingga gunung Everest sekalipun runtuh jika memikulnya. Tanggungjawab ini bukanlah sekadar mengepalai sebuah bilik darjah, atau sebuah pusat pengajian dan bukan juga sebuah negara, namun tugas ini menghendaki manusia menjadi wakil bagi Allah diseluruh alam semesta dan mentadbir segala apa yang diciptakan Allah dalam ruang lingkup dan batas syari’at yang ditetapkan.

Jadi apakah tanggungjawab khalifah itu ? Sering dikecilkan tanggungjawab khalifah itu sebagai menguruskan alam ini, mentadbir dunia, dan mengelakkan kerosakan dari berlaku dimuka bumi ini atau menyelia sumber-sumber asli di muka bumi ini dengan baik. Namun apakah tepat dan akurat segala penaksiran tersebut ? dihuraikan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazzali bahawa tanggungjawab khalifah itu menghendakkan manusia untuk melibatkan diri dalam dua perkara iaitulah “Iqamatuddin wa siasatuddunia” atau maksudnya mendirikan agama dan mengurus dunia.

Jadi setiap manusia yang memahami hakikat tugas khalifah ini perlu sedar bahawa tanggungjawab mendirikan agama itu jatuh ke atas setiap dari mereka yang juga bermakna bahawa da’wah itu adalah tanggungjawab setiap dari kita. Juga boleh ditafsirkan tugas khalifah itu dengan pentadbiran dunia itu perlulah dilakukan oleh umat Islam yang beriman kepada Allah semata. Ternyata umat Islam gagal dalam meletakkan diri mereka sebagai satu kuasa pusat yang mengurus tadbir seluruh alam ini lantas membiarkan ianya didokong oleh kuasa barat dan kafir laknatullah yang ternyata menguruskan alam semesta ini dengan bertuhankan hawa nafsu mereka. Persoalannya bagaimanakah kita boleh kembali mengambil semula jawatan ini dari mereka, tidak lain ianya memerlukan kita untuk melakukan da’wah secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Jadi “Iqamatuddin wa siasatuddunia” hanya terlaksana apabila seorang manusia itu melakukan tugas dakwah.



Robot


Jika sebuah robot itu diciptakan oleh tuannya, tentulah ianya diciptakan atas satu tujuan dan sebab tertentu untuk memenuhi kehendak tuannya. Robot tidak diciptakan atas sebab yang sia-sia, contoh fungsi ianya diciptakan adalah untuk memasang komponen kereta, membasuh pinggan mangkuk, mencuci lantai rumah dan sebagai penghibur kepada tuannya. Untuk memenuhi tujuan penciptaannya, tuan robot itu perlulah membekalkannya dengan kuasa baik dari batteri ataupun solar bagi membolehkannya berfungsi dan melaksanakan tugasnya. Andai robot itu lari dari tugas ia diciptakan atau tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya, tentulah tuannya akan memberhentikan pembekanlan kuasa kepada robot tersebut kerana membekalkan kuasa pada robot yang tidak mampu berfungsi adalah satu pembaziran.



Kemana Rezeki Digunakan


Refleks pada diri manusia, mereka diciptakan Allah bukanlah sekadar untuk berhibur atau bersenang lenang, mereka diciptakan dengan tujuan hidup yang jelas dan mampu untuk dilaksanakannya. Namun, tidaklah Allah yang maha adil dan maha mengasihi itu menciptakan manusia dengan terkontang kanting sehingga ianya sukar untuk melaksanakan tugas penciptaannya. Manusia dibekalkan segala rezeki didunia ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah dan sempurna. Namun benarkah rezeki yang dikurniakan itu digunakan untuk aktiviti ibadah mereka dan memnuhi tugas khalifah mereka ?. Inilah yang dimaksudkan dengan rezeki itu sebagai ujian.

Ayuh kita lihat reality pemuda zaman ini, kemanakah mereka menyalurkan rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka dan adakah mereka melaksanakan tugas khalifah mereka. Kemanakah masa-masa mereka digunakan dan ketempat manakah wang-wang mereka dihabiskan. Jika ditanya tentulah mudah jawabnya, untuk kepuasan nafsu mereka dan supaya mereka up-to-date.

Tidak hairan jika wang yang mereka terima digunakan untuk membeli komputer supaya mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam didepan skrin computer mereka untuk bermain Game, menonton movie, chatting, dan melayari laman-laman web hiburan dan sosial. Berapa banyak masa mereka terbazir didepan computer mereka untuk aktiviti yang tidak menjurus kearah tujuan penciptaan mereka. Sedangkan untuk menghadiri ceramah agama selama 30 minit menjadi sesuatu yang mustahil bagi mereka yang mana sering 30 minit itu adalah terlalu sekejap untuk menghabiskan permainan-permainan game mereka dan hanyalah ¼ dari tempoh keseluruhan satu-satu movie.

Juga kita lihat hari ini, membaca komik, manga dan majalah-majalah hiburan merupakan satu supertrend yang melekat dihati pemuda-pemudi zaman ini. Naruto, Eyeshield, Wira Tunggal, Galaxy dan Mangga merupakan naskah-naskah yang sering kelihatan di tangan-tangan pemuda zaman sekarang dan helaian-helaian inilah yang sering menjadi bacaan mereka. Tanpa disedari, mereka mampu menghabiskan satu majalah atau komik atau satu episode manga dalam masa sehari tetapi cukup berat untuk menghabiskan satu mukasurat Al-Quran atau buku-buku agama dalam masa sehari. Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan pemuda langsung tidak mempunyai naskah Al-Quran mereka sendiri dan jika ada pun dibiarkan berhabuk diatas almari.

Banyak juga wang dihabiskan supaya mereka dapat memliki kenderaan bermotor mereka sendiri baik 4 roda ataupun 2 roda. Ya, supaya mereka mudah dan cepat ke dewan kuliah namun selain dari itu ? supaya mereka mudah ke midvalley dan Time Square, supaya mereka tidak ketinggalah untuk ke pawagam berdekatan mereka untuk menonton wayang gambar terbaru dari Amerika, supaya mudah bertemu pujaan hati intan payung bunga wangi hati mereka a.k.a kekasih mereka, dan agar mereka dapat berjalah-jalan bersama kawan untuk menghiburkan hati mereka. Namun mengapakah masjid-masjid dan surau-surau hari ini kosong ? kuliah-kuliah agama dipenuhi golongan tua yang menunggu saat ajal mereka ? adakah kerana generasi pemuda ini tidak mempunyai satu kenderaan yang memudahkan mereka ke sini ? atau mereka terlalu sibuk dengan urusan belajar sehingga tiada masa untuk ke masjid dan masjlis ilmu ? mengapa begini ?

Padam sikap dan tabiat anda yang lama dan ayuh berubah

Tidak sedikit wang dilimpahkan agar mereka dapat memiliki handphone tercanggih, pakaian yang paling trendy dan aksesori-aksesori yang inovatif dan canggih. Namun mengapakah untuk menginfakkan sekadar RM 2 kedalam tabung amal atau tabung masjid menjadi terlalu berat ? mengapa mereka sangat peka dalam memperbaharui handphone mereka, mp3 player mereka dan pakaian mereka namun langsung tidak ambil kisah untuk memperbaharui iman mereka dan menaiktarafkan pengetahuan mereka dalam agama ?

Juga budaya lepak dan hanging-out di kedai mamak atau yang terbaru pacak menjadi satu kebiasaan bagi para pemuda sekarang. Baik sekadar bersua mukan, menonton bola ataupun menghabiskan masa yang tersisa. Sering di sesi seperti ini mereka berbicara hal wanita, bolasepak dan artis-artis. Bercerita mengenai agama, sirah ataupun perkembangan umat Islam tidak pernah keluar dari mulut mereka walau untuk selang masa seketika. Dan terkadang, sesi seperti ini berlanjutan hingga ke pagi namun untuk menghabiskan masa sebegini untuk solat malam adalah terlalu mustahil bagi mereka.

Banyak dikalangan pemuda zaman ini apabila berfikir nescaya keluarlah angan-angan akan siapkah perempuan seterusnya yang akan di”tackle”nya, apakah movie seterusnya yang akan ditontoninya, bagaimanakah untuk mengumpul duit bagi membeli handphone terbaru yang diingininya dan apakah strategi yang perlu dilakukannya untuk memenangi sesuatu game. Ternyata tiada masa untuk mereka berfikir untuk apakah mereka dijadikan, bagaimanakah untuk memperdalamkan pengetahuan Islamnya, dengan cara apakah agama ini boleh bangkit semula dan apakah sumbangan yang boleh diberikannya untuk memajukan umat ini. Hanyut, mereka terlalu hanyut ditelan arus duniawi.

Inilah mungkin trend para pemuda hari ini dalam kehidupan mereka, berulang hari demi hari dan akhirnya menjadi satu kitaran kebiasaan mereka. Tidak hairanlah mereka masjid-masjid sering kosong, mengapa mereka langsung tidak tahu perihal nasib umat terkini, tidak ada kesedaran untuk meningkatkan kefahaman agama dan terlalu naïf untuk melaksanakan tugas dakwah mereka.

Jadi inikah cirri-ciri khalifah yang dikehendaki Allah, dengan gaya hidup berginikah mereka akan memiliki kelayakan untuk menjadi ahli syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu bukanlah murah dan mudah untuk diperoleh. Ianya memerlukan kita untuk memenuhi segala tanggungjawab yang telah diletakkan di atas pundak kita selama hayat di dunia, dan dengan trend bergini tertunaikah tanggungjawab mereka? Jika analogi robot dan tuannya tadi disamakan dengan hubungan antara Allah dan hambanya, nescaya sudah Allah cabut segala sumber rezeki yang diberikannya kepada manusia. Namun, ketahuilah bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang, ianya memberikan manusia penangguhan di kehidupan dunia dan segala balasan bakal diberikan di akhirat kelak.

Rata-rata sikap pemuda yang beginilah yang menyebabkan Islam belum mampu untuk bangkit dan menerajui pemerintahan dunia, “Iqamatuddin” pun tidak dilaksanakan “siasatuddunia” sudah tentulah jauh panggang dari api. Islam hanyalah sebagai nama yang tertera di kad pengenalan mereka dan sebagai ritual sampingan yang boleh dilakukan mengikut hawa nafsu mereka, tidak ada langsung keterikatan mereka dengan Islam dan kesyumulan Islam langsung tidak mereka fahami. Islam hanyalah diambil dari aspek solat, puasa, zakat, dan haji yang terkadang sering mereka lupa atau abaikan.



Jadi Bagaimana ?

Penyelesaian bagi perkara ini memerlukan para pemuda sekarang ditanamkan semula dengan kefahaman Islam yang tinggi di dalam dada mereka. Juga perlu diputuskan dari mereka pengaruh-pengaruh negative dari mereka bawaan dari unsur-unsur jahiliyyah yang menggila.

Sering kita melarang mereka, mengatakan ini haram itu haram sebaliknya tidak memberikan sebarang solusi kepada mereka, kesannya jiwa mereka kosong dan mereka akan kembali kepada tabiat lama mereka semula. Kebelakangan ini, produk-produk Islamik bolehlah dibanggakan, kian banyak novel-novel Islamik yang boleh dijadikan bahan bacaan, muzik-muzik Islam dari Indonesia juga bolehlah menggantikan musik-musik barat sebagai halwa telinga para remaja, selain itu, penerbitan filem-filem seperti Sang Murabbi, Kiamat Sudah Dekat dan pelbagai lagi seleksi dokumentari bolehlah dijadikan titik tolak untuk menghasilkan lebih banyak karya yang seumpanya. Boleh disimpulkan disini bahwa perkembangan media-media Islam berbanding sepuluh tahun lepas adalah membanggakan, lebih berkualiti dan lebih meluas cuma jika ditingkatkan kuantitinya maka adalah lebih baik.

Menanamkan kefahaman Islam yang syumul secara kaffah merupakan faktor yang sangat-sangat penting. Institusi keluarga yang gagal mendidik dan kurangnya kefahaman Islam dalam hati remaja zaman ini boleh diatasi dengan teknik "Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam". Institusi usrah dan tarbiyyah perlu diperkasakan dan penggerak-penggeraknya perlulah lebih aktif mempromosikan cara ini. Hal ini adalah kerana, dengan method inilah Rasulullah s.a.w dahulunya mendidik para sahabat yang akhirnya mempunyai satu keimanan yang mantap, ketaqwaan yang mendalam dan hamasah yang berapi-api. Tambahan pula menyibukkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti usrah secara automatiknya akan memisahkan mereka dari perkara yang sia-sia; usrah, mukhayyam, mabid, khatibah daurah, tamrin mungkin berkesan dalam menggantikan perkara-perkara lagho yang menghantui mereka selama ini.

Jadi, penggiat atau aktivis dakwah perlulah lebih aktif dan cergas dalam mempromosikan method ini agar kebaikannya dapat tersemat dan menyelamatkan sekian generasi muda yang kian lama kian karam dibuai arus jahiliyyah. Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!

Dipetik dari laman http://dakwah.info/main/index.php

Untuk manfaat ummah bersama

EiduL Adha


Masihkah ada insan yang setaat IBRAHIM,
tegar mngorbankan anak demi cinta kepada pencipta-NYA??

Masih aakah serikandi semulia KHADIJAH,
rela mengorbankan harta dan hidup demi suami junjungan?

Jiwai dan hidupkanlah erti pengorbanan..

SaLaMat mENyaMbUt Eid aDHa...~

******

Beraya di Cairo dulu baru raye kat alex...
kerana nak jumpa kawan-kawan..

Titisan sebak




Seharian kehidupan di alam universiti agak memenatkan.Kini,subjek-subjek yang kupelajari makin bertambah kerana sesetengah subjek telah selesai pembahansannya bagi semester ini.Selain itu,ujian bagi 'mid-term' juga sedang berjalan.Setiap minggu satu subjek sehinggalah penghujung tahun ini.Insya ALLAH akan kucuba mengharungi kehidupan seharian dengan tabah.Berjauhan dari keluarga dan rasa rindu bukanlah satu penghalang dalam mengejar cita-citaku yangmana insya ALLAH akan diberkati.

Lelaki dari USA

Hari ini(rabu-19/11/08) kuliah tamat awal iaitu jam 10 pagi kerana percaturan jadual begitu.Alhamdulillah tidaklah memenatkan aku sepanjang minggu.Pada malam hari,selepas selesai menunaikan keperluan insan bersama ahli bait,sempatlalah juga kuhadiri kuliah FIQH yang disampaikan oleh seorang syeikh Azhar(Dr).Kuliah dijalankan dengan menggunakan Arab fushah dan alhamdulillah mudah difahami.Selesai kuliah kami solat isya berjemaah.Kemudian selesainya solat isya itu bagun dan menyampaikan sedikit ucapan.Tidak kufahami keseluruhan kalamnya,yang dapat kutangkap hanyalah perkataan amriki,alexandira,islam.Diturutinya juga dengan sedikit bahsa inggeris.Owh, barulah kufaham,rupa-rupanya beliau mempelawa seorang muslim dari Amerika Syarikat yang sudah 6 tahun memeluk agma suci ini. Bangunlah seorang muslim itu,namanya Jaafar yang datang dari Amerika dan kini menetap di Alxandria.



Bersendirian dan Berfikir

Orang tua berjambang putih dengan jubah serba putih itu bangun dan menceritakan saat-saat beliau memeluk ISLAM.Kata-katanya diterjemahkan olah syeikh tersebut.Wah,bannga dan terkejut aku apabila syeikh itu mampu berbahsa inggeris dengan lancar sekali.Beliau(Jaafar) mula tertarik dengan islam dan cuba mendalam islam sejak kejadian 11/9.Beliau sangat tertarik dengan islam dan akhirnya membawa dirinya ke Riyadh,Arab Saudi untuk mempelajari bahasa arab.Ketiaka di sana,hanya 3 orang saja yang tidak islam termasuk beliau.Selepas tamat tempoh pengajiannya di sana,di suatu petang,semua pelajar yang islam itu keluar dari dewan kuliah dan terus menuju ke masjid bagi menunaikan kewajipan solat Asar yang termasuk dalam solat BARDAIN.2 orang rakan sekuliah yang bukan islam itu turut keluar dari dewan itu dan tidak tahu arahtujunya.Beliau di dalam dewan kuliah keseorangan dan terus berfikir emngnai ISLAM.



Kalimah suci itu


Selesai solat fardhu Asar rakan sekuliah yang muslim kembali ke dewan kuliah dan mendapati tiada orang di dalam dewan itu melainkan Jaafar(tak disebut namanya ketika belum mendapat hidayah).Rakannyaa menghampirinya dan menghulurkan tangan kepadanya lalu berkata "inilah masanya untuk berfikir".Seolah-olah rakanya dapat menbaca fikirannya.Subhanallah.Beliau menyambut tangan rakannya lalu dibawa ke masjid.Tangannya dipengan erat oleh rakannya dan beliau menggigil di saat itu.Bersama-sama rakan-rakan kuliah yang lain,beliau melafazkan kalimah teragung di muka bumi ini yang mengikat hatinya dengan rakan-rakan lain dengan suatu ikatan yang sangat kuat!Kalimah syahadah dilafazkan.MUSLIM.setelah itu semua rakannya mendakapnya erat.



Saat bergelar muslim


Setelah bergelar muslim beberapa minit,beliau dibawa berjumpa dengan seorang pensyarah yang 'Arif dalam bidang hadith.Pensyarah itu menyambutnya kehadirannya ke alam penuh cahaya dan rahmat.Kemudian pensyarah itu mengajarnya solat kerana solat adalah asas dalam islam.Hampir 2 jam bersama pensyarah itu beliau mempelajari tentang solat saja iaitu dari mula sehinggalah tamat solat.




Kain putih


Setelah mendapat hidayah ALLAH dan mempelajari solat,beliau pulang ke rumah jam 1 pagi dengan keadaan suci tanpa dosa seperti kain putih yang suci bersih dan seperti bayi baru dilahirkan.Beliau sangat bersyukur kerana setelah memeluk islam beliau nampak perubahan dirinya dari kegelapan ke nur cahya ILAHI.Alhamdulillah.







Titisan itu


Ku tatap wajah Jaafar sedalam-dalamnya dan menghayati setiap detik-detik beliau mencari ISLAM.Wajahnya tulus dan bersih serta tenang dalam roh islam dalam dirinya.Makin kuhayati penceritaanya,tak dapat kutahan lagi titisan air jernih dari kedua-dua belah mataku.Berlingan air mataku mengalir ke pipiku dan cepat-cepat kukesat agar tidak disedari jemaah lain.Tak tahu puncanya ku menitiskan air mata.Sangat sebak mungkin hati ini dengan kisah pengislaman Jaafar.Sangat rindu saat hati menghayati islam seseungguh-sungguhnya.Tamat ucapan beliau,tangannya serta tangan syeikh itu kujabat.Kemudian,kebanyakan jemaah menghampiri beliau dan memeluknya.Tidak puas hanya bersalaman kuhampirinya sekali lagi dan terus memeluknya.

Alahmdulillah,hidayah ALLAH itu tidak mengenal sesiapa.Kita yang sudah sedia ISLAM ini,adakah kita bersyukur dengan iman dan islam yang mudah kita perolehi?dan bagaimana pula penghayatan kita pada agama yang membawa kita ke syurga nanti?Insya ALLAH.Moga-moga hidayah ALLAH itu kekal di dalam jiwa kita sehingglah nafas terakhir dihembuskan.AMIN.

EiDul FitRi





SeLaMat MenYaMAut EiDuL FiTRi
MAAF ZAHIR baTIn..

Ini takdirku berada di perantauan.Moga banyak dapat kupelajari di bumi ini walaupun berjauhan dengan kelaurga dan meraikan Eidul Fitri tanpa insan-insan tercinta..

Bumi kuberpijak

salam'alik wabarakatuh..


pagi pertama di Kaherah


Dulu menjadi impian berada di bumi para anbiya wali2 ALLAH ini.Kini, sudah masuk seminggu aku berada di ardul kinanah ini.Permulaan yang baik kerana kali pertama menjalani ibadah puasa dan menyambut Eidul fitri di perantauan.


Tibanya di bumi ku berpijak kini adalah pada pada 21 Ramadhan 1429H pada jam 7.15 pagi waktu tempatan dam kira-kira 12.15 tegah hari waktu Tnah Aiku.Alhamdulillah.Dengan menaiki pesawat Egypt Air kami pelajar2 MARA mnerjah ke bumi mesir.Perjalnan yang agak memenatkan itu mengambil masa 12 jam.Kini Mesir menjadi bumi di mana aku bermastautin.


Di sini aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku berada di ardul kinanah.Pertamanya sangat seronok kerana melihat budaya orang mesir yang sanagt sempoi dan tak cerewet macam orang Malaysia.Hidup santai tak terburu-buru hanya mngejar ibadah dan ilmu.Kemudian sungguh aku kagumi dengan cara mereka menjalani bulan ramadhan.Hati mereka lembut.Ketika di dalam bas pernah sesakali ada penumpang yang naik ke dalam bas tanpa punyai wang dan diusir oleh pemandu bas tanpa belas kasihan.Tiba-tiba ada penumpang lain yang mengajak kebali penumpang tersebut dan membayarkan untuk penumpang tersebut.Wah!! pernahkah anda melihat kejadian ini di Malaysia??Alahamdulillah sudah berkali-kali ku melihat keadaan tersebut.Sungguh mentarbiyah jiwa.Selain itu,pernahkah anda mlihat seorang lelaki di tepi jalan tiba menahan bas yang sarat dengan penumpang semata-mata untuk mengajak penumpang2 menjamah juadah berbuka puasa?Pernahkah anda melihat di Malaysia orang yang pemurah sehingga menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan puasa secara percuma?!!Walaupun Mesir bukanlah negara yang membangun sangat seperti Malysia,rakyatnya insya ALLAH tidak akan ada yang tidak kenyang ketika berbuka puasa.


Adapun Mesir merupakan negara yang tidak gah seperti Malaysia akan tetapi rakyatnya secara keseluruhannya berjaya menunaikan kewajipan lima waktu sehari semalam dan kebanyakkannya menerjakan di masjid2.Mengapa aku mentfsirbegitu?Ini kerana setiap kali tiba waktu solat setiap masjid akan terpaksa membentangkan tikar-tikar di luar majid bagi memberi tempat untuk muslim mengerjakan tuntutan lima waktu.Malaysia bagaimana?? Terpegun aku dengan gaya hidup ini.Walaupun tidak mampu menjadi seperti warga negara Malaysia tetapi tuntutan ALLAH,Alhmdulillah dilaksanakan.Bukan ku katakan wargangara Malaysia tidak begitu tetapi melalui pngamatannya begitulah.huhu..~


Setakat sini saja coretanku.Dan sedikit foto untuk dikongsikan bersama bagaimana bumi Mesir.







Di lapangan Masjid saidatina Zainab










Makam Saidatina Zainab







Dikedai berlian










Masjid Azhar








Bersama Shisha dan 'aish









Nil tika dinihari












Kedai jus









Ya ALLAH berkatilah jejak langakah kami di bumi mesir ini dan permudahkan urusan kami agar kami mudah menimba ilmu di sini suapya kami tergolong dalam golongan yang menegakkan syiarMU YA ALLAH ...AMINN...~

Kenangan..

Terasa jiwa berkobar semanagt merdeka..Alhamdulilah negara kita bebas daripada penjajah secara zahirnya..hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat kali 51 setelah 446 tahun kit dijajah..MERDEKA!!!MERDEKA!!MERDEKA!!!

Sebebnarnya baru je habis program kat UKM tu..
dan banyak memori terukir ceria..
haha...ayat poyo..tapi nak cerita banyak2 pun agak tak berkesemaptan memandangkansudah memjejakkan kaki di bulan ramadhan ini.Hanya mampu memaparkan beberapa gambar sahaja yg dikira seronok.....haha..

malam kebudayaan???...tah..janji malam ni lagho skit


bersiap nak g majlis graduasi GMN...hahhaha


..........................


smngt tol mereka...

kawan2ku...

mereka akan bersamaku selama 6 tahun insya ALLAH...

langkah2 terakhir dan bersua kita di ardu kinanah...


ma'a taufiq wannajah...

Belitan Bahasa


Assalamu'alikum wrm wbrkt

Di sini telah saya jumpai beberapa yang saya kire perlu dikongsi bersama agar pengayaan bahasa kita bertambah.Simpulan bahasa ini telah diubah suai untuk tujuan satira.Diharap tidak menjadi polemik mana-mana pihak yang cuba memancing di kolam mandi





1.Kecil tapak tangan,tapak sulaiman saya tadahkan
2.Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah
3.Siapa yang makan nangka dia yang dapat biji nangkanya
4.Pucuk dicita Ismen ulam raja yang datang
5.Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya tak masuk olimpik juga
6.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak bayar cukai pendapatan
7.Tiada rotan pelempang pun boleh jugak
8.Biar lambat asalkan tak cepat
9.Biar putih tulang,jangan kuning gigi
10.Di mana ada gula di situ jugalah gula-gula
11.Jauh dimata dekat di mata-mata

12.Secuapk takkan jadi enam cupak
13.Gajah mati meninggalkan gading,harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan dunia
14.Sedangkan lidah tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut.
15.Harapkan pagar,pagar tak boleh diharap
16.Habis madu sepad jangan dibuang merata-rata
17.Alang-alang mandi biar guna sabun mandi
18.Ayam terlepas tangan berbau ayam goreng KFC
19.Berani kerana benar.takut kerana penakut
20.Betapa berat mata memandang,berat lagi seguni beras



Sekian setakat ini coretan untuk teman0teman semua.Hanya 20 simpulan bahsa saja yg dapat dicoretkan.KEmudian nanti mungkin akan ku sambung menjdai jumahnya 40.Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Berjalan Melihat dan Mentafsir



Alahamdulillah skg dah sebulan dah kt UKM.dan tika ini aku sedang memenuhi ruang cutiku dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat..INSYA ALLAH.Sebenarnya sudah 3 hari cuti bermula.Mulai 28/6 cuti strt sbb pihak Global Medic Network GMN terpaksa bagi cuti selama seminggu kerana pelajar UKM akan mendaftar pada hujung bulan Jun.


Cuti ini telah kumulakan dengan suatu 'pelancongan' ke utara Malaysia.DAh hidup 17 thn lbey, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke utara Malaysia iaitu ke Kedah dan Pualu Pinang.Bukan nk melancong,tapi sebanarnya nak mhantar saudara besarku:abangku, ke Uitm PP untuk program Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam lepas habiskan Tamhidi perubatan di USIm selama setahun.


Jalan2 kat utara nih bermula pd 27/6.Kemudian pada hari yang sama aku bersama usrah yang tersayang bergerak ke Kedah.Aku pegi la ushar2 dan santai2kat Kota Muda dan pekan ALor Setar.Perjalanan ini bagi peluang kat aku melihat alam sekeliling dan suasana dan budaya di tempat orang.Apa yang aku dapat adalah permandanagn pantai ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa.Selain itu, budaya mereka agak memuaskan hati kerana ketika menjalankan jual beli kudapati mereka amat mesra dan sopan.yeah...Tak macam kat selangor kot...hehehe...Alhamdulillah.dan kudapati ramai insan2 yang menjalannkan sunnah Rasullah S.A.W..


Percutian ke utara Malaysia selama 2 hari ini berakhir hari sabtu.DAn berjaya jga aku nak menjejakkan kaki ke sana sebelum meniggalkan Malaysia..YEAH~!~!~!--nak fly mesir la katekan.. ........Cuti-cuti MALAYSIA..