Bumi kuberpijak
pagi pertama di Kaherah
Dulu menjadi impian berada di bumi para anbiya wali2 ALLAH ini.Kini, sudah masuk seminggu aku berada di ardul kinanah ini.Permulaan yang baik kerana kali pertama menjalani ibadah puasa dan menyambut Eidul fitri di perantauan.
Tibanya di bumi ku berpijak kini adalah pada pada 21 Ramadhan 1429H pada jam 7.15 pagi waktu tempatan dam kira-kira 12.15 tegah hari waktu Tnah Aiku.Alhamdulillah.Dengan menaiki pesawat Egypt Air kami pelajar2 MARA mnerjah ke bumi mesir.Perjalnan yang agak memenatkan itu mengambil masa 12 jam.Kini Mesir menjadi bumi di mana aku bermastautin.
Di sini aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku berada di ardul kinanah.Pertamanya sangat seronok kerana melihat budaya orang mesir yang sanagt sempoi dan tak cerewet macam orang Malaysia.Hidup santai tak terburu-buru hanya mngejar ibadah dan ilmu.Kemudian sungguh aku kagumi dengan cara mereka menjalani bulan ramadhan.Hati mereka lembut.Ketika di dalam bas pernah sesakali ada penumpang yang naik ke dalam bas tanpa punyai wang dan diusir oleh pemandu bas tanpa belas kasihan.Tiba-tiba ada penumpang lain yang mengajak kebali penumpang tersebut dan membayarkan untuk penumpang tersebut.Wah!! pernahkah anda melihat kejadian ini di Malaysia??Alahamdulillah sudah berkali-kali ku melihat keadaan tersebut.Sungguh mentarbiyah jiwa.Selain itu,pernahkah anda mlihat seorang lelaki di tepi jalan tiba menahan bas yang sarat dengan penumpang semata-mata untuk mengajak penumpang2 menjamah juadah berbuka puasa?Pernahkah anda melihat di Malaysia orang yang pemurah sehingga menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan puasa secara percuma?!!Walaupun Mesir bukanlah negara yang membangun sangat seperti Malysia,rakyatnya insya ALLAH tidak akan ada yang tidak kenyang ketika berbuka puasa.
Adapun Mesir merupakan negara yang tidak gah seperti Malaysia akan tetapi rakyatnya secara keseluruhannya berjaya menunaikan kewajipan lima waktu sehari semalam dan kebanyakkannya menerjakan di masjid2.Mengapa aku mentfsirbegitu?Ini kerana setiap kali tiba waktu solat setiap masjid akan terpaksa membentangkan tikar-tikar di luar majid bagi memberi tempat untuk muslim mengerjakan tuntutan lima waktu.Malaysia bagaimana?? Terpegun aku dengan gaya hidup ini.Walaupun tidak mampu menjadi seperti warga negara Malaysia tetapi tuntutan ALLAH,Alhmdulillah dilaksanakan.Bukan ku katakan wargangara Malaysia tidak begitu tetapi melalui pngamatannya begitulah.huhu..~
Setakat sini saja coretanku.Dan sedikit foto untuk dikongsikan bersama bagaimana bumi Mesir.
.jpg)
Di lapangan Masjid saidatina Zainab
.jpg)
Makam Saidatina Zainab
Dikedai berlian
Masjid Azhar
Bersama Shisha dan 'aish
Nil tika dinihari
Kedai jus


Post a Comment