Budaya Mudah Berpuas Hati



Pencapaian masyarakat perlu ditingkatkan bukan hanya berbangga hingga ke akhir zaman



"Saya hormat dan kagum dengan mereka.Mereka mampu jadi seperti orang Jepun.Kita TAK akan menjadi."

Sampai ke tahap ini luahan pensyarah saya pada sesi kuliah pagi tadi.Beliau memuji orang Malaysia yang mempunyai budaya saing yang sihat dan mempunyai tingkah laku yang boleh dikira sopan dan agak disenangi orang ramai.Pada hakikatnya kita tahu budaya kita dan kita teliti apa yang kita kurang bila melihat gelagat orang2 Mesir dalam kehidupan seharian.Kami agak tergemam .


SEDAR POTENSI

Sejak muda lagi kita dah diberi pendedahan dengan cara pertingkatkan usaha dalam sesuatu kerja yang kita lakukan.Dengan lambakan pepeiksaan di zaman persekolahan kita dididik untuk sedar dengan potensi diri untuk mencapai sesuatu tujuan yang gemilang iaitu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.Kita akan sedar yang kita punyai potensi untuk berjaya dalam sesuatu perkara yang kita inginkan.Tak kisahlah kalau pada masa ni majoriti orang meletakkan pencapaian dalam peperiksaan adalah segala-galanya.Seolah-olah membawa erti gagal atau kurang cemerlang dalam peperiksaan adalah penghujung hayat seperti sebahagian rakyat Jepun.


CAPAI MATLAMAT

Kadang-kadang kita beranggapan jika sesudah berjaya mencapai sesuatu hajat atau apa yang diimpikan adalah sesuatu pencapaian yang sudah mampu memberi kepuasan kepada keseluruhan hayat di dunia.Contohnya, pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PMR atau SPM.Jika sudah mendapat kejayaan 9A atau 11A.Ada segelintir daripada pelajar-pelajar ini kurang cemerlang prestasinya apabila memasuki ke peringkat yang lebih tinggi.Mungkin ada dalam anggapan mereka yang kejayaan di peringkat sebelumnya mampu dikekalkan.Tak kisahlah kalau ada di kalangan pelajar-pelajar kurang cemerlang atau prestasi merudum kerana usaha yang kurang dan mempunyai gaya pemikiran begini.

Dan pada apa yang kita selalu kerjakan kadang-kadang rasa terlalu berpuas hati menyiram di benak jiwa kita dan kurang berminat ingin melonjak lebih jauh disebabkan kita berada di kedudukan yang selesa.

"Mereka ingat dengan terbinanya piramid dah mampu mengekalkan kecemerlangan mereka," luah pensyarah saya lagi.

Apa yang saya faham seperti beliau ingin menyatakan yang 'penat' membina piramid yang dirasai orang Mesir purba dirasai orang Mesir moden.Dan seolah-olah penyapaian mereka membina piramid sudah mampu menunjukkan kepada dunia yang kecemerlangan mereka akan kekal tak luput zaman dan tak perlu ditingkatkan lagi usaha mereka.

Kita perlu lihat budaya orang Jepun dalam hal ni.Semangat puak samurai masih tersemat dalam diri orang Jepun hari ini.Mereka tak mudah berpuas hati dengan apa yang mereka rekakan dalam teknologi begitu juga segala aspek dalam kehidupan mereka.Kita lihat pada pencapaian syrikat2 kereta mereka.Makin hari makin bertambah baik kualitinya dan makin memuaskan para pelanggan.Dan budaya mereka yang selalu meningkatkan produktiviti kerja seharian mereka.Dengan kekuatan semangat pada diri mereka , boleh kita katakan Jepun sebuah negara maju yang telah maju sedekad dari Malaysia.


MATLAMAT HAKIKI

Muslim hari ini seharusnya perlu ada kekuatan semangat seperti orang Jepun.Bukan bermakna keagungan kepimpinan ISLAM dan umat terdahulu yang mampu menguasai 2/3 dunia, 'membolehkan' kita duduk di atas kerusi malas di tepi tingkap sambil berangan-angan tanpa ada usaha dan hanya berbangga kepada keupayaan dan pencapaian umat terdahulu.

Kita sepatutnya meletakkan matlmat terbesar adalah mendapat REDHA ALLAH yang terkandung dalamnya keinginan meraih syurga ALLAH dalam apa jua yang kita kerjakan.Bayangkan hari ini kita belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan menganggap ALLAH sedang memerhati kita.Tentu sekali Muslim yang hatinya ada kesan siraman iman akan terasa ingin berusaha sedaya upaya dalam pelajarannya untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya dan mendapat ganjaran dariapda ALLAH (REDHA ALLAH) yang lebih utama.Meskipun ALLAH mengujinya dengan sedikit kekecewaan dalam pelajaran atau apa yang diusahakannya,muslim itu tak akan rugi untuk 'sahamnya' di akhirat kerana tersemai niat ikhlas untuk ALLAH dia menuntut ilmu.Dan kalaulah dia berasa pedih dalam ujian ALLAH dalam apa yang diusahakannya,dia masih meraih ganjaran ALLAH di atas kesabaran yang dipupuk. Kalaupun muslim itu kecewa dalam pencapiannya , dia masih mampu muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada ALLAH.Dan inilah wasilah ALLAH mengingatkan kita suapaya dekat kepada-NYA.

Kita RASA

RAHMAT RAMADHAN

"mama,boboy nak ayam percik dengan nasi ayam kat bazar nanati ye",pinta boboy pada ibunya dalam perjalanan ke bazar ramdhan di kompleks PKNS Bangi.Ibunya berpaling lantas senyum.Tanda setuju barangkali.

" ramainya orang.Macam mana ni?"

"kita beli yang tempat tak ramai oang la",boboy memberi pendapat.

Tibanya bulan ramadhan,pesta ibadah bermula selama sebulan.Pastinya mengasyikan bila surau-surau dan masjid menjadi tumpuan Muslim . Kedatangan bulan ini juga tampak mengembirakan para peniaga kerana dapat mengaut untung dengan berlipat ganda.Maklumlah,juadah-juadah yang tak ada pada bulan-bulan lain diperkenalkan pada bulan puasa ini saja.

Bagi kanak-kanak pula akan berasa dihargai apabila permintaan mereka untuk mendapat juadah berbuka puasa dapat dipenuhi.Tahu sajalah ibu bapa rasa ingin merangsang dan mendidik mereka supaya berpuasa.

Tak kurang juga lihat cuaca yang agak redup sepertu merahmati bulan ini.Sejak pulang ke Malaysia,cuaca agak panas.Tapi sebaik saja masuk ramadhan nampak agak redup dan selesa.Rahmat ALLAH kepada hambanya.Kita akan rasa jika bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan.Insya ALLAH.


RIADAH RAMADHAN


Mulanya pada awal ramadhan kita bersemngat untuk komited pada ibadah pada bulan ini.Seronok dan rasa terdidik bila meilhat saf2 di masjid dan suarau mula terisi setiap waktu dengan solat fardhu .Jika di MESIR, pada setiap solat fardhu ketika di bulan ramdhan semestinya penuh sehingga terpaksa membentangkan tikat-tikar di luar masjid bagi menampung jemaah yang ramai. Rasa seperti ISLAM memang punyai sinar untuk dijulang tinggi.

Tak lupa juga pada tilawah quran yang meningkat. Di Mesir, dalam kereta apinya (METRO : menghubungkan tempat-tempat di bandar KAHERAH) memang mudah dilihat budaya membaca Quran di mana saja terutama pada bulan ramadhan.Gembira dan rasa teruja pun ada pada hari-hari awal ketika di Mesirt tahun lepas (2008).Bagi yang murah hati, mereka sangat gembira setibanya ramdhan kerana dapat bersedakah di majlis-majlis berbuka puasa.Bukanlah maksudnya di majlis-majlis saja,tapi kelazimannya di Malaysia begitu.Lambakan Muslim2 yang ingin bersedekah untuk juadah berbuka,anak yatim dan golongan kurang berkemampuan kelihatan ketara di bulan puasa ini.Bagi saya, lebih seronok di Mesir kerana meja-meja di luar-luar masjid disusun bagaikan ada majlis walimah.Mereka melipatgandakan sedekah mereka.Sangat cemburu dengan budaya mereka.

ERA BERUBAH

Saat ramadhan hendak melabuhkan tirainya kita masih lagi berusaha mencari sebanyak mungkin pahala dan mengejar janji-janji ALLAH pada hamba-NYA.Tak seperti di awal ramadhan yang mana kita akan rasa meriah dan beriya-iya hendak membeli juadah di bazar-bazar ramdhan.Kalau pada awalnya kita pusing sekali saja di saut bazar , kita sudah punyai berbungkus-bungkus makanan untuk juadah berbukanya.tapi di penghujung-penghujung ramadhan rasa minat dan seronoknya agak hambar.Pusing di bazar ramdhan dua tiga kali baru kita peroleh satu bungkus makanan. Bukanlah bermakna kita mesti ke bazar ramadhan atau membazir di bazar ramdhan .Cuma saya ingin bawakan satu senarioa untuk dpfahami.

Ketika sahur pula,di hujung-hujung ramdhan ini , agak kurang bersemangat untuk menjamah makanan berbanding ketika di awal-awalnya ramadhan.Dan mungkin perubahan sikap yang pemarah mula merudum panas barannya dan kesabaran makin meningkat.

Alhamdulillah kalau kita rasa begitu kerana berkemungkinan besar kita telah berjaya mendidik diri kita dari tunduk kepada hawa nafsu.Layaklah untuk kita segulung PhD Ramadhan.Agak melampau pangkatnya kerana bertaraf doktar falsafah.Namun memang layak lebih tinggi dari itu kerana ketaqwaan yang di pandang di sisi ALLAH.

Mungkin sengaja ALLAH menarik kita untuk lupa sebentar pada makanan,dan mengajar cenderung kepada ibadah.Baru saja beberapa hari ALLAH meletakkan makan itu sebagai hanya 'minyak' dalam badan kita, kita sudah seolah-olah tak berselera untuk makan (agak melampau juga perumpaannnya).Memanglah makanan itu keperluan asas kepada manusia tetapi hanya perlu sekadar membkalkan tenaga bukan membekalkan lebihan pada susuk tubuh kita.Kita hanya perlukan makanan untuk membekalkan tenaga .Lihat pada bulan puasa ini, kita hanya perlu makan 2 kali sehari, tak pula kita mati.Sebenarnya rahsia ALLAH upada bulan ramadhan ini adalah ingin mengajak manusia meningkatkan ketaqwaan dan ingat bahawa tujuan hidup kita.Tak lupa juga ingin mengingatkan kita yanga maknan itu hanya keperluan bukan matlamat kita.

Lihat di pertengahn dan hujung-hujung ramadhan kita agak 'lesu' nafsunya untuk makan.Ada kemungkinan besar kita cenderung untuk mengerjakan ibadah lagi-lagi tawaran lailatul qadar yang istimewa untuk umat Nabi MUHAMMAD S.A.W.Berlumba-lumba kita meningkatkan amal soleh.

Di Malaysia, yang pertengahn itu nampak kurang minatnya pada makanan tapi di penghujung nampak mungkin segelintir memperkasakan makanan dan reputasi ibadahnya kian menurun dek kerana persiapan syawal.Sudah naik minat dan rasa rendah dirinya pada ALLAH pada awal dan pertengahn, tapi di hujung-hujung agak merosot.Bukan nak dipersalahkan Syawal tu malah ALLAH sendiri meraikan kemenangan Hamba-NYA di bulan ini, tapi realiti yang patutu diperbetul agar kita dapat mendidik generasi Malaysia yang mendatang bahawapuasa dulu baru raya.kejar amal soleh dan ketaqwaan baru raikan hari raya.

*p/s : Tak sabar ingin mengabiskan Quran dengan segera

Pemikiran Skeptik Menyakitkan UMAT

Ahlan ya RAMADHAN.Di bulan mulia ini seolaknya kita meningkatkan amal soleh.Bukannya hanya lemah dan produksi hidup kian merudum dan berdiam semut di rumah.Post ini hanya ingin kita fikirkan bersama dan bergerak apa yang patut untuk KITA,UMAT MUHAMMAD yg kalimah syahadah di dada.









Habib Bourguiba



“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.

“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.

Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

SINIS AGAMA

Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism.

Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.

Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.

Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.

Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.

Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN






yasminahmad

Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.

Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.

Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?

Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

SISTERS IN ISLAM







Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam

Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.

Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.

Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.

Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.

Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.

Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.

Menjadi mangsa kejahatan lelaki.

Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.

Religious Skepticism adalah reaksi.

Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

Sesuatu yang perlu difikirkan.

BENJAMIN STEPHEN








badrulhisyam

Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.

Bukan sedikit ilmu agamanya.

Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

KASSIM AHMAD




mencari-jalan-pulang

Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.

Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.

Di manakah kritikan itu bermula?

Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

Ya.

Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA

Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.

Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.

Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.

Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).

“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.

“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.

Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu.

Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.

Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.

Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.

Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.

Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.

Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.

Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.

PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN

Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.

Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).

Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.

SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA

Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.

Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.

Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?

Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.

Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!

Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?

Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.

PELIK

Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?

“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.

Mustahil.

Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.

Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.

“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.

Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Permatang Pasir!

Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!

Anda mampu mengubahnya!


*p/s= tulisan dari sini

wawasan muslim






Bukan menunggu masa untuk beramal soleh








Jazli : aku bosan la

Suparjo : tu la..tiap2 hari pegi balik kuliah.Balik bilik tido.

Jazli : btul2 kata jiwa kosong,kita solat,puasa zakat.Cakap pun tak ade la lagho sangat

Suparjo : yang tu betul.




*************************************


Hidup kita pasti dambakan syurga ALLAH dan semestinya kita tidak mahukan menjadi hamba yang muflis di hadapan ALLAH di hari perhitungan dek dosa-dosa kita yang bertimbun.Hari ini kita lihat sekeliling.Lihat diri kita.Kenal diri sendiri.Banyak mana dah kita praktikan ISLAM selepas kita mengaku menjadi saksi dalam kalimah syahadah yang mana dengan kalimah ni kita akan dapat selamat dari azab neraka.

Dengan kata mudah, sejauh mana kita yaqin yang ALLAH sedang melihat kita?Dan sejauh mana telah kita imanni apa yang tercatat dalam al-quran?

Kita hidup di dunia menginginkan kehendak kita dipenuhi.Belajar untuk apa,untuk mengejar wang di masa hadapan.Bekerja untuk apa untuk wang dan pujian.Mematuhi peraturan untuk apa, bagi mengelakkan didenda.Rosak aqidah kita selama ni.Sebab tu kita (umat ISLAM) dipandang mundur.Kita bekerja kerana dunia.Bersungguh-sungguh kerana mengejar dunia.Gagal sekali,kita kecewa dan sampai tahap meniru tradisi orang Jepun yang sanggup membunuh diri sendiri.Dan sebab ber'tuhan'kan dunialah kita kurang bersungguh-sungguh dalam setiap kerja kita.Kita mengharapkan bila kerja kita hebat,ingin dipuji di mata manusia.Bila kerja kita banyak,banyak habuannya (duit) kita dapat.Sebab itulah umat ISLAM kalah denagn orangJepun,Eropah dan Amerika.Kita terbawa-bawa gaya hidup mereka.Sebabnya kita pandang mereka maju dan canggih dari seluruh sudut kehidupan.Kita pun terkontang-kanting menuruti jejak langkah dan telunjuk mereka.Kita fikirkan gaya hidup mereka cemerlang.TIDAK!!

Apa wawasan dan matlamat kita ? Tak kanlah hanya di dunia.Dah terang-terang ALLAH turunkan AL-QURAN,senang-senang je kita ikut gaya barat.Perlukan CCTV,Polis yang ramai,Undang2 yang ketat dan banyak lagi.Apa yang ada pada hati kita?kosong?EHSANnya pergi ke mana?Dalam buku teks?Nun di dalam hati kita ada 2 jiwa.pertama fasik dan kedua TAQWA.ALLAH jadikan dua-dua.Tapi ALLAH ingatkan kita,untung bagi siapa yang menyucikannya dan rugi siapa bagi yang kotorkannya.Tengok sendiri dalam suruh Asy-Syams berapa kali ALLAH bersumpah dengan makhluk2nya untuk menuntjuk manusia ni perlu jaga hati.Dan betul2 rugi siapa-siapa yang merosakkan hati.

Apa yang telah kita IMANI dengan EHSAN sendiri.EHSAN : melakukan amalan seolah-olah sedang dilihat ALLAH.Tanya balik.Kalaulah kita yaqin ALLAH melihat kita setiap masa,ada tak muslim sanggup mencuri,ada tak manusia sanggup berdutsa,ada tak manusia sanggup abaikan perintah solat dan banyak lagi.Ingat!! di akhirat , ALLAH tak pandang rupa kita,tak pandang harta kita,tak pandang kepandaian kita tapi ALLAH pandang amal kita,ketaqwaan kita untuk menilai jiwa kita.Kadang-kadang kita bangga dengan ilmu kita ada,kita bangga dengan keluarga kita yang kaya,kita bangga dengan harta yang kita ada.Kita insafi diri sebentar.Tanya balik pada diri kita,inikah yang ALLAH pandang untuk masukkan kita ke dalam syurganya.Takut-takut benda2 yang kita banggakan menjadi poenghalang untuk masuk syurga.

Muslimin semua, wawasan dan matlamat kita adalah akhirat.Kita bekerja seolah-olah ALLAH melihat kita.Jadi, kita yaqin yang kita akan peroleh balasan.Bukan dunia yang kita kejarkan.Jika kita gagal di dunia,kita tak mudah kecewa sebabnya kita yaqin yang kita sudah usaha dan akan perolah ganjaran baik daripada ALLAH dan kita yaqin semuanya ketentuan ALLAH.Pastinya,kita sudah sungguh-sungguh dalam amalan kita.Kita yaqin bahawa malaikat kiri dan kakan mencatat amalan kita.Sudah tentu kita akan menjalani kehidupan kita sebaik mungkin.Tak akan kita meniru ketika peperiksaan,tak akan kita menipu dalam segala urusan,tak kita melihat benda yang tak patut dilihat,tak akan kita bercakap kotor atau mengumpat dan tak akan kita sibukkan diri dengan segala urusan dunia yang tidak bermanfaat.


ALLAH mengajar kita dalam perintahnya SOLAT.Segala yang perlu dalam kehidupan muslim itu sendiri.Pembinan karektor muslim itu akan terbina bila dia mengahayati solatnya.Bagaimana? Hayati bacaan solat dan bersungguh-sungguh ketika Solat.Bayangkan setiap kali solat adalah solat terakhir dan ALLAH sedang berada di hadapan kita.Hari ini,ramai muslim mengerjakan solat tapi ramai juga yang bermaksiat walaupun bersolat.Periksa semula solat kita.Dah dihayati ke belum.Jiwa kita kosong kerana kurang penghayatan ketika solat.Penghayatan dalam solat tak memerluakn IQ yang tingggi dan tak perlu juga EMOSI yang terhingga.Sifat MAHA ADIL ALLAH meletakkan rasa penghayatan yang mampu dilakukan walaupun kita kurang IQnya.

Perlu diingat sabda nabi
"Tidak akan berganjak kaki anak ADAM itu selagai tidak ditanya tentang beberapa perkara:
1.tentang usianya,ke mana ia kerjakan
2.tentang ilmunya, sebanyak mana telah ia amalkan
3.tentang hartanya , dari mana ia perolehi dan ke mana ia kbelanjakan"


*Hadith tak lengkap, kalau tak silap la*

Teringat pada satu lagu rabbanai/nada murni yang sangat mendidik jiwa supaya ingat pada hari akhirat.

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mau sedap

Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayoh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana

Ayoh bersegeralah menuju Alloh
Qoatillah??? Dia minta ampun pada-Nya
Wajib bila - bila ??? masa benih tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mau sedap

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

*p/s: Kita,muslim perlu sentiasa sibukkan diri dengan urusan berfaedah agar tak hanyut dengan godaan dunia yang sangat mencabar.Hanya perkongsian untuk membasahkan hati dan memnushi jiwa dengan keyaqinan ALLAH setiap yang dijanjikan ALLAH.Semoga kita tergolong dalam golongan terpelihara di hari akhirat.Bukan peringatan kosong yang ingin disampaikan tapi peringatan yang membuahkan amal.

Barakallahu Fikum

ya rabbi thabbit qulubi 'ala dinik wa 'ala to'atik






Tenang.Indah.Nyaman.Darul Quran (DQ) memang seronok!! Ini kali ke 2 menjejakkan kaki ke sana setelah meninggalkannya.Pertama,sebelum terbang ke Mesir.Alhamdulillah.Mabruk kepada rakan-rakanku yang berjaya khatam 30 juzuk al-Quran setelah setahun setengah di DQ.Doa-doalah untuk sahabat yang lain supaya dapat juga khatam 30 juzuk al-Quran dalam redha Ilahi.Insya ALLAH.Ada juga rasa cemburu sebab tak dapat habiskan Quran di DQ.Tak apa,bukan itu saja peluangnya.insya ALLAH ada rezeki di Mesir akan khatam juga.


Pagi di Asrama masih tenang,sayu




Tumpang gembira tengok kawan-kawan dapat segulung sijil.Mabruk sekali lagi.Sudah menjadi huffaz,jaga hafalan baik-baik maklumlah bila masuk ke alam akademik ni jadual belajarnya sudah padat.Tapi hafal Quran lagi payah rasanya.Insya ALLAH dipermudahkan.Rindu zaman-zaman menghafal bersama-sama.Bangun pagi,lepas subuh sebuk perbaiki hafalan sebelum tasmi' dengan ustaz.Kadang-kadang tak ada eletrik pun sanggup berikhtiar apa cara sekalipun asalkan dapat mencari modal untuk esoknya.Guna lampu telefon bimbitpun boleh..haha.Paksa diri untuk istiqomah dengan bilangan hafalan dengan ustaz.I'adah (mengulang) tu paling berat rasanya berbanding dengan hanya menghafal.


Teringat juga ketika minggu haluan siswa dan ribat dan banyak program lagi.Memang banyak mendidik walaupun secara 'kekerasan' dan terpaksa.Lama-lama faham juga apa yang ingin diterapkan.Sedih tak dapat bersama.Bukan keluar DQ terhenti sebenarnya,mungkin takdir ALLAH menentukan perjuangan yang lebih awal atau rahmat (ALLAHU a'lam).




Bazar pelbagai jualan produk para huffaz


Kali ini bermalam di DQ dengan sahabat-sahabat yang akan menerima sijil.Mampu bersama:-
1. Makam malam di gerai-gerai di tapak konvo
2. Sembang-sembang kencang(lama tak jumpa sampai 1 pagi)
3. Berkayak ( sampai ada yang terjatuh dalam tasik gara-gara excited..haha..Penat tarik kawan ni ke tebing.BEST!!)
4. Perang Pinball (sampai berdarah juga la)




Kena Tembak

Walaupun hanya beberapa bulan bersama,tapi sangat mesra.Moga dapat berjumpa lagi.Ukhuwwah kita bukan atas kerana kita bertemu di DQ tapi kerana kita di bawah satu AQIDAH.Insya ALLAH




1.Sahabat sebelum terjatuh ke dalam tasik

****************


Merialisasikan impian diri dan ummah untuk menggerakkan Agama ni dengan kukuhnya berpegang pada Quran yang disaluti Aqidah yang mapan dan disertakan Quran sebagai hujjah dan ISLAM sebagai cara hidup yang unggul.Modal insan yang diwarwarkan kerajaan bukan perkara baru dalam ISLAM .Asalkan Aqidah muslim itu kukuh dan akh/ukht tu faham dengan tanggungjawab sebagai muslim,gerak kerja dakwah dan susur galur perjuagangan ISLAM tak kan terhenti disamping asas-asas yang mantap masih dalam amalan.INSYA ALLAH.


***************



2.Menikmati keseronokan

***************

Bukan ISLAM itu memerlukan penganut untuk terus mulia sebagai addin.tetapi insan itu yang memerlukan ISLAM untuk terus hidup dalam keadaan aman beserta redha ALLAH.Jangan ditakutkan bilangan kita yang sedikit kualitinya kerana yang berkualiti ini perjuangannya lebih dan tidak sambil lewa

***************




3.Huffaz


4.Indah Bumi Ciptaan ALLAH

Ada rasa sama

Radhitu billahi rabba
wabil islami dina
wabi muhammadin nabiyya warosula




Sudah beberapa hari menghirup udara agak bersih di mayaisa (bangi khususnya).
Gembira,tenang dan banyak perasaan bila berjumpa dengan keluarga tersayang.Alahmdulillah sudah setahun pengajian di mesir.Kini berada di Malaysia untuk 1 tempoh yang agak panjang.Ingin dikongsi cerita2 best sepulangnya dari mesir.31 Julai bercadangnak ke PC fair bersama rakan-rakan.Beberapa kejadian yang hampir sama dengan mesir berlaku.


1.Naik bas nak ke stesen KTM.Time nak turu,bangun dan mulut dengan pantas nak cakap "'ala gambi yasto" tapi terselamat sebab bas tu kelam kabut sangat jadi tak terkeluar.Selamat.Kemudian cakap kat driver tu "saya turun sini".Driver balas "kenapa tak tekan loceng".Arrgh...lupe..!!Cakap kat driver yang baru je balik jadi lupe.Selesai 1 kerja.

2.Time nak beli tiket.Beratur tibe2 ada orang potong.Tapi sorang je la.Disebabkan dugaan di mesir lagi dahsyat.Jadi boleh bersabar.Dan masa nak naik KTM,rasa macam nak ke gerabak kedua atau ketiga.Sebab gerabak pertama untuk wanita.Baru nak bergerak,baru teringat ini tanah airku.Selesai.









3.Solat jumaat di masjid asy-syakirin di KLCC.Bersedia awal untuk ke masjid takut2 penuh.Sampai di masjid.Seperti diduga.Nak buka kasut dan nak bawa bersama ke dalam masjid.Nampak kasut banyak di bahagian luar.Langkah terhenti.Selesai.

*******


Rasa sama pada:-

*Mesir mengajar erti kesabaran yang tinggi
*Mesir tak mudah percam puran wanita dan lelaki
*Budaya boleh dikongsi bersama.

Sepakat mungkin tak Serupa

"wallahu 'ala kulli syai in qodir"

1.Insan atas bumi semua hidup dengan rahmat ALLAH.

2.Makan semua berbeza.

3.Budaya berlandaskan bangsa.

kelompok manusia yang hidup adalah pelbagai



Rakan seagama ada sepakat

1.Aqidah

2.Cara ta'abud

kelompok manusia sedikit bersama


Cari apa yang patut rasa sama dan patut tidak sama supaya tak rugi ummah kita

Copyright © 2008 - ~tika HATI berbicara - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template