basmalah Pictures, Images and Photos


Pemuda & Perubahan

[16] Maka Aku bersumpah, demi mega; [17] Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; [18] Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: [19] Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) - surah Al-Inshiqaq

( fitrah manusia itu berubah dan terus berubah )

Tak ada suatu arus (trend) yang terjadi atas muka bumi ini berlaku secara tak sengaja.Semuanya pasti diatur dan ada pihak yang melaksanakan ideologi,agenda, dan arus tersebut.Zaman ke zaman pemikiran atau arus yang berada saling bertukar mengikut kehendak manusia yang inginkan manfaat pada diri mereka.Tanpa ada kekuatan yang teguh,mustahil segala arus ini berjaya bertapak bermula di kotak pemikran manusia hingga kepada sistem pemerintahan sesebuah kerajaan.


Sehingga hari ini, sesebuah arus itu dijayakan atau meletakkan suatu kumpulan sasar yang tepat untuk keberkesanan arus tersebut.Melihat kepada industri seni hiburan. Golognan sasar pemuda menjadi nadi utama untuk mengenengahkan sesuatu arus hiburan sebagai contoh industri nyanyi.Majoriti rancangan televisyen berasaskan nyanyain di seluruh dunia meletakkan usia pemuda atau remaja sebagai pra syarat untuk menjadi peserta.


Di samping itu, untuk membawa suatu bentuk sistem pemerintahan atau menawan atau meranapkan sesebuah negara,pastinya barisan tentera yang kuat adalah menjadi antara faktor terpenting.Sultan Muhamad Al Fateh pada usia 19 tahun sudah menaiki takhta dan memerintah selema 30 tahun. Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan.



Che Guevara dikenali sebagai bapa revolusi dunia pula menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada usia 31 tahun.Hampir kebanyakan revolusi yang berlaku di dunia ini diterajui oleh golongan pemuda termasuklah revolusi 25 Januari di Mesir yang dikepalai oleh Khaled Mohamed Saeed yang juga merupakan golongan pemuda. Selain itu,Adolf Hitler merupakan juga seorang pemuda yang bertanggungjawab atas bertapak dan naiknya ideology fascism di dunia eropah. Hitler telah menjadi presiden parti sosial di German (National Socialist German Workers Party) pada usianya 32 tahun.



Merujuk kepada sejarah peradaban manusia,hanya sebilangan kecil sahaja panglima tentera terdiri bukan daripada golongan usia lingkungan pemuda.Akhirnya seluruh dunia menggunakan tenaga pemuda untuk dikerahkan ke dalam sistem ketenteraan.Mana mungkin seorang pak cik tua yang sudah bercucu 5 dipilih sebagai anggota tentera untuk bertempur di medan perang melainkan pada zaman awal Islam.



Selari dengan peredaran zaman,fesyen juga menjadi suatu trend atau elemen penting dalam kehidupan abad ke-21.Fesyen pakaian saling bertukar ganti juga meletakkan suatu golongan sasar yang penting untuk memastikan suatu trend pakaian wujud.Contohnya, punk dan skinny adalah fesyen pakaian yang diminati golongan muda.Masyarakat akan hairan jika fesyen-fesyen seperti ini dimulakan oleh generasi tua yang sudah berkaki tiga.



Kehidupan manusia seolah-olah dirancang fokusnya mengikut umur.Di peringkat awal hidup,manusia akan diisi dengan segala ilmu untuk keperluan diri. Degree ,Master dan PhD. adalah tahap pendidikan yang penting untuk memacu sesebuah masyarakat.Tak dinafikan di peringkat usia pemudalah waktu paling ideal untuk menerima dan menghadam sesuatu ilmu seterusnya ‘dilakonkan’ dalam kehidupan.



Cukuplah dengan bidang pendidikan,fesyen,ketenteraan dan industri hiburan sebagai contoh yang menunjukkan semua elemen dari pemuda dieksploitasi.Dari elemen pemikiran,tenaga dan nafsu.Semua elemen-elemen ini telah dieksploitasi oleh pelbagai pihak untuk memastikan agenda mereka bukan setakat tumbuh malah subur di planet ini dan menjadi suatu arus besar sehingga golongan pemuda langsung tak menyedari mereka telah dipergunakan bermula dengan semulia-mulia agenda hingga ke seburuk-buruk agenda.



Benarlah pemuda adalah asset untuk memastikan sesuatu perubahan berlaku.

1 Response
  1. Akhirnya bukan semua pemuda mampu memegang tanggungjawab sebagai faktor perubahan ..

    Hanya mereka yg disemai jiwa2 dan dihiasi dengan Islam sahajalah yg mampu menjadi agen perubahan ..

    Semoga kita termasuk dalam kalangan itu