basmalah Pictures, Images and Photos


Blog

Setelah beberapa bulan menuruti akal pikiran dalam penulisan blog ini dengan tulus ikhlas jejari menulis setiap post-post di blog ini.Setelah memerhati pada awalnya penulisan blog mungkin mampu mencetuskan idea-idea baru kepada si pembaca walaupun kita ketahui yang blog kita tidaklah semasyuk makan nus firagh(ayam separuh) di abu rabi' di Gam'ah atau semasyuk apabila ada di antara sahabat atau kenalan kita belanja makan nus firagh di mana saja di bumi Mesir ini.Akan begitu penulisan blog mungkin boleh mencerminkan diri seseorang itu walaupun beliau cuba menyamar sebagai orang-orang baik.Penulisan dapat menggambarkan peribadi kata seorang pelajar perubatan Iskandariah.

Setelah diteliti penulisan blog ini memerlukan kreativiti yang tinggi agar blog kita mampu mencetuskan minat kepada si pembaca unttuk membaca di masa depan.Kreativiti seseorang mungkin dapat dinilai melalui cara pengaranganya ataupun maksud-maksud yang ingin disampaikan.

Perbualan

Pak cik: Nak suke tulis blog ye? Tau tak cara nak tulis blog bagi best?
Blogger: ye saya.Saya rasa saya cukup tau bab-bab ni pak cik.Kenape pak cik?
Macam pak cik nak bagitau pape je.
Pak cik:Tulis memang pandai.Tapi best ke tak?
Blogger: Best la kot.Saya dah lame tulis blog ni pak cik.Tapi macam tak power sangat.
Pak cik: Tu la kamu,banyakkan membaca sebelum menulis blog.Ni main tulis je
Blogger: Baiklah pak cik

Setelah mengunjungi blog-blog kenalan,telah ditemui satu blog paling seronok dan mencetuskan idea-idea yang menarik.Mungkin anda tidak akan terfikir cara penulisan atau pemikiran seperti blog ini.Beliau sangat kreatif dalam penulisan.

10 Sebab blog tersebut dikatakan menarik:

1.Menyembunyikan identiti
2.Menggunakan kota sebagai pengenalan diri
3.Kucing peliharaan adalah maskot
4.Nasihat yang lahir betul-betul dari sel-sel otaknya yang cool
5.Mengarahkan kita supaya membuka kotak (pada title blog)
6.Mengikut arus perdana mindanya
7.Menjadi rujukan blogger-blogger yang kreatif
8.Mampu menulis puisi
9.Salah satu katogeri postnya adalah maa~syarakat

dan paling penting no 10
10.PENULISNYA PELIK !!!

blog yang disebut-sebut adalah blog kepalakotak. (http://kepalakotak.blogspot.com)
Blog ini sangat kreatif dan mampu membuat mengembalikan mood anda yanghilang setelah tiada kenalan anda ingin belanja anda nus firagh atau kedai yang menjual nus firagh sudah tutup pada jam 11 malam.Mungkin di sini saya memberikan anugerah blog paling KERATIF kepada KEPALAKOTAK!!!!...


Selamat menghayati blog tersebut..

Keamanan



Tangisan selubungi alam
Kisah manusia yg terluka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi

Hilang segala apa yg dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya

Dengan air mata
Sukar bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yg amat sengsara

Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan

(Kasih sayang sesama insan)

Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan

Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita

Sinar dan harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua

Masa hadapan yg kita impikan
Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia

Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan

Hulurkan bantuan
Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan

Hentikan sengketa
Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia
Bersaudara


*******

Alhamdulillah kita diberi kurnia nikmat keamanan dan kedamaian hidup,tapi janganlah kita lalai dengan keamanan yang kita punyai.Janganlah hanya mengejar dunia tanpa ada taqarub kepada ALLAH.Saudara seMUSLIM kita yang sama pegangannya di bawah satu aqidah yang suci sedang menghadapi kesengsaraan dek kekejaman si binatang la'anatullah yahudi.Mampukah kita melawan tentera-tentera musuh ALLAH sedangkan penyakita wahan yang dinyatakan Rasullah S.A.W masih kuat dalam diri kita?Mampukah kita seluruh umat ISLAM ini mengalahkan dan mengusir yahudi dari bumi Palestin sekiranya kita masih lalai dengan segala ni'mat kesenangan dunia?



Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan saat itu jumlahmu sangat banyak, tetapi seperti buih di lautan karena kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahn" itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahn" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

Tenatnya Umat Kini



Komuniti MUSLIM yang berada di atas globe ini kini kian menrasai erti sebuah kesengsaraan akibat daripada penindasan penduduk GAZA oleh yahudi la'natuLLAH.Dan kini juga kelihatan komuniti MUSLIM ini bersungguh-sungguh mahu melihat saudara semuslim di Gaza bebas hidup menghirup udara ciptaan ALLAH dengan aman dan damai.Usaha demi usaha yang dilakukan oleh seluruh Muslim itu ketara dengandoa2 dan solat hajat serta qunut nazilah secara kolektifnya.Dalam kesungguhan itupun sebenarnya masih ada lagi insan-insan yang tidak langsung mengambil hirau desakan demi desakan yang dilakukan Muslim khasnya dan desakan seluruh dunia amnya.Dan di celahan kesengsaraan umat ISLAM di GAZA,masih ada lagi insan yang dalam diri mereka sifat tamak untuk bergelut untuk mendapatkan kekuasaan untuk mentadbir Palestin.


Bantuan-bantuan kemanusiaan yang datang bukan saja dari negara-negara ISLAM di seluruh dunia tetapi banyak juga datang dari negara-negara lain.Atas dasar apakah mereka datang(negara yang tak mengiktiraf negara ISLAM) ke Palestin??Samakah pegangan kita dengan mereka??Manakah perginya pemimpin-pemimpin negara yang mengisytihar negara mereka negara ISLAM??

Kekejaman yang dilakukan yahudi ini memberi tamparan hebat kepada seluruh umat ISLAM dan telah menyebabkan umat ISLAM teringat untuk kembali kepada ajaran ISLAM sebenar yang meletakkan Aqidah itu tunjuang utama.Apakah yang mampu kita lakukan sekarang??Mana perginya janji-janji ALLAH terhadap umat ini??

Melihat keadaan yang makin parah dan tenat di bumi Palestin,doa adalah senjata kekuatan umat ISLAM.Tapi kadang ada suara-suara yang mempersoalkan tentang doa ini,sama ada diterima atau tidak.Tahu kenapa perjuangan umat ISLAM di Palestin tak temui sinar gemilang??Tahu kenapa khilafah ISLAM juga tak dapat didirikan di zaman ini??Semuanya adalah terletak pada pegangan dan penghayatan MUSLIM itu.Masakan ALLAH ingin menerima dan menyegerakan pintaan muslim itu bilamana tika susah saja mengingati ALLAH.Bila senang seolah-olah tak perlukan ALLAH.Ini bermusim namanya.Kita memohon kepada ALLAH,tetapi haq-haq ALLAH adakah kita laksanakan dengan sempurnanya?;iaitu pada waktunya,dengan bersungguh-sungguh dan dengan sifat kehambaan.

Begitu juga dengan persoalan khilafah ISLAMIAH.Mengapakah ALLAH tidak membantu mewujudkan khilafah ISLAM itu sekarang?Secara kolektifnya,adakah seluruh muslim itu telah bersedia dengan pentadbiran itu?Adakah seluruh muslim telah berkualiti untuk mentadbir dunia sepeti para sahabat?Mungkin perlu muhasabah diri yang banyak agar kita wujud di dunia ini sebagai muslim yang berkualiti kerana dalam sof pejuang-pejuang nabi S.A.W dahulupun terdiri daripada sahabat-sahabat yang berkualiti yakni aqidah dan penghayatan ISLAM dalam kehidupan seharian.

Pembangunan generasi hadapan juga tak boleh diabaikan atau diambil mudah.Hal ini demikian kerana pembentukan generaasi hadapan ini menentukan kekuatan ISLAM itu sendiri.Jika kita hanya mengembangbiakn zuriat yang banyak tanpa membawa keuntungan kepada ISLAM,sangatlah rugi dan mungkin akan suatu ke tahap memudaratkan kekuatan ISLAM ketika itu.Jadi,sedarkanlah diri masing-masing dan hayatilah ISLAM sedalam-dalamnya.MOga-moga kita tergolong dalam golongan yang diberi pertolongan oleh ALLAH dan bukan gollongan yang disebutkan nabi S.A.W sebagai buih seperti dalam hadithnya.

Sebelum mengakhiri tulisan kali ini,ingin juga muhasabah diri dan para pembaca.Kita kelihatan bersatu dan betul-betul menghayati ISLAM itu sendiri pabila kita ditekan ataupun berada dalam kekangan ancaman yang dahsyat.Merujuk kepada isu Palestine,sekarang kita benar-benar berdoa dan bersatu menunjukkan permusuhan terhadap Israel,tetapi pabila Israel mula reda menentang Palestin,kita mula lalai dan alpa dengan nikmat dunia.Inilah umat masa kini yang terlalu asyik dengan keseronokan dunia yang sementara.Terlalu memikirkan masa depan diri sendiri tetapi kurang mengambil berat tentang urusan pembangunan UMMAH seraya membantu agama ini.

Bawalah ISLAM dalam dirimu.Basahilah hmulut dengan zikrullah.Bersihkan pemikiranmu daripada kesusutan memikirkan nikmat dunia.Gerakkan kakimu mendampingi majlis ilmu untuk mendalami ISLAM.Rajinkanlah dirimu dengan solat fardhu berjemaah di masjid di awal waktu.Binalah kekuatan Imanmu dengan penghayatan ISLAM secara 'kaffah' yakni seluruh penghidupanmu.Inilah sebanarnya cara hidup kita sebagai muslim.Bukannya hanya memikirkan pembangunan kehidupan dunia sahaja.SEDARLAH KITA ADALAH UMAT AKHIR ZAMAN!!!