basmalah Pictures, Images and Photos


Tenatnya Umat Kini



Komuniti MUSLIM yang berada di atas globe ini kini kian menrasai erti sebuah kesengsaraan akibat daripada penindasan penduduk GAZA oleh yahudi la'natuLLAH.Dan kini juga kelihatan komuniti MUSLIM ini bersungguh-sungguh mahu melihat saudara semuslim di Gaza bebas hidup menghirup udara ciptaan ALLAH dengan aman dan damai.Usaha demi usaha yang dilakukan oleh seluruh Muslim itu ketara dengandoa2 dan solat hajat serta qunut nazilah secara kolektifnya.Dalam kesungguhan itupun sebenarnya masih ada lagi insan-insan yang tidak langsung mengambil hirau desakan demi desakan yang dilakukan Muslim khasnya dan desakan seluruh dunia amnya.Dan di celahan kesengsaraan umat ISLAM di GAZA,masih ada lagi insan yang dalam diri mereka sifat tamak untuk bergelut untuk mendapatkan kekuasaan untuk mentadbir Palestin.


Bantuan-bantuan kemanusiaan yang datang bukan saja dari negara-negara ISLAM di seluruh dunia tetapi banyak juga datang dari negara-negara lain.Atas dasar apakah mereka datang(negara yang tak mengiktiraf negara ISLAM) ke Palestin??Samakah pegangan kita dengan mereka??Manakah perginya pemimpin-pemimpin negara yang mengisytihar negara mereka negara ISLAM??

Kekejaman yang dilakukan yahudi ini memberi tamparan hebat kepada seluruh umat ISLAM dan telah menyebabkan umat ISLAM teringat untuk kembali kepada ajaran ISLAM sebenar yang meletakkan Aqidah itu tunjuang utama.Apakah yang mampu kita lakukan sekarang??Mana perginya janji-janji ALLAH terhadap umat ini??

Melihat keadaan yang makin parah dan tenat di bumi Palestin,doa adalah senjata kekuatan umat ISLAM.Tapi kadang ada suara-suara yang mempersoalkan tentang doa ini,sama ada diterima atau tidak.Tahu kenapa perjuangan umat ISLAM di Palestin tak temui sinar gemilang??Tahu kenapa khilafah ISLAM juga tak dapat didirikan di zaman ini??Semuanya adalah terletak pada pegangan dan penghayatan MUSLIM itu.Masakan ALLAH ingin menerima dan menyegerakan pintaan muslim itu bilamana tika susah saja mengingati ALLAH.Bila senang seolah-olah tak perlukan ALLAH.Ini bermusim namanya.Kita memohon kepada ALLAH,tetapi haq-haq ALLAH adakah kita laksanakan dengan sempurnanya?;iaitu pada waktunya,dengan bersungguh-sungguh dan dengan sifat kehambaan.

Begitu juga dengan persoalan khilafah ISLAMIAH.Mengapakah ALLAH tidak membantu mewujudkan khilafah ISLAM itu sekarang?Secara kolektifnya,adakah seluruh muslim itu telah bersedia dengan pentadbiran itu?Adakah seluruh muslim telah berkualiti untuk mentadbir dunia sepeti para sahabat?Mungkin perlu muhasabah diri yang banyak agar kita wujud di dunia ini sebagai muslim yang berkualiti kerana dalam sof pejuang-pejuang nabi S.A.W dahulupun terdiri daripada sahabat-sahabat yang berkualiti yakni aqidah dan penghayatan ISLAM dalam kehidupan seharian.

Pembangunan generasi hadapan juga tak boleh diabaikan atau diambil mudah.Hal ini demikian kerana pembentukan generaasi hadapan ini menentukan kekuatan ISLAM itu sendiri.Jika kita hanya mengembangbiakn zuriat yang banyak tanpa membawa keuntungan kepada ISLAM,sangatlah rugi dan mungkin akan suatu ke tahap memudaratkan kekuatan ISLAM ketika itu.Jadi,sedarkanlah diri masing-masing dan hayatilah ISLAM sedalam-dalamnya.MOga-moga kita tergolong dalam golongan yang diberi pertolongan oleh ALLAH dan bukan gollongan yang disebutkan nabi S.A.W sebagai buih seperti dalam hadithnya.

Sebelum mengakhiri tulisan kali ini,ingin juga muhasabah diri dan para pembaca.Kita kelihatan bersatu dan betul-betul menghayati ISLAM itu sendiri pabila kita ditekan ataupun berada dalam kekangan ancaman yang dahsyat.Merujuk kepada isu Palestine,sekarang kita benar-benar berdoa dan bersatu menunjukkan permusuhan terhadap Israel,tetapi pabila Israel mula reda menentang Palestin,kita mula lalai dan alpa dengan nikmat dunia.Inilah umat masa kini yang terlalu asyik dengan keseronokan dunia yang sementara.Terlalu memikirkan masa depan diri sendiri tetapi kurang mengambil berat tentang urusan pembangunan UMMAH seraya membantu agama ini.

Bawalah ISLAM dalam dirimu.Basahilah hmulut dengan zikrullah.Bersihkan pemikiranmu daripada kesusutan memikirkan nikmat dunia.Gerakkan kakimu mendampingi majlis ilmu untuk mendalami ISLAM.Rajinkanlah dirimu dengan solat fardhu berjemaah di masjid di awal waktu.Binalah kekuatan Imanmu dengan penghayatan ISLAM secara 'kaffah' yakni seluruh penghidupanmu.Inilah sebanarnya cara hidup kita sebagai muslim.Bukannya hanya memikirkan pembangunan kehidupan dunia sahaja.SEDARLAH KITA ADALAH UMAT AKHIR ZAMAN!!!
0 Responses