Fokus Dalam Bekerja

Kalaulah ada satu ujian penulisan dibuat dan penulis diberi masa 1 jam untuk menulis.Selang 10minit penulis dikehendaki untuk menekan loceng yang dibekalkan bagi setiap penulis.Loceng akan dibunyaikan oleh pengelola dan penulis-penulis disyaratkan untuk menekan loceng disebelah masing-masing.Satu jam berlalu dan pengelola terus mengutip kertas dan meneliti tulisan para penulisan setiap 10 minit.Tulisan penulis agak terganggu dan seditik cacat.
Faizal Norazmi membawa mesej percintaan di alam menuntut ilmu tapi saya mula terkenang balik cerita ini bila saya berdepan dengan situasi yang agak sama mungkin kawan-kawan seuniversiti pun sama atau lebih baik.
Belakangan ni, dengan jadual pengajian,assignment,ujian dan bahan tarbiyyah agak menekan hidup seharian.Semacam fokus pada sesuatu kerja tak kisahlah dalam pelajaran atau tarbiyyah agak terkesan.
Allah dengan gaya Pencipta dan Maha Mengetahui sudah lama mendendangkan belaian kasih kepada kita seluruh manusia.
Surah al-Mulk , Allah swt. menarik mengingatkan dalam kehidupan kita yang sempit atau mungkin sempit kerana fikiran kita hanya tertumpu pada alam lahiriyyah.Alam dunia memang ada tarikannya tersendiri dan mampu menyebabkan hati dan perasaan manusia terikat pada alam lahiriyyah.Barangkali dengan kesibukan dan hanya berfikir dalam ruang lingkup kita,kita banyak terlupa dengan adanya hari menghimpunkan manusia, neraka yang menyambar-nyambar marak apinya, atau lupa kekuasaan ALLAH mengatur dan menguasai alam.Saya tinggalkan bersama satu ayat dari surah ali-Imran.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)
Sebab itu ALLAH ikatkan hati manusia pada Aqidah:kekuasaan,qiamat,syurga,neraka pada awal penurunan Al-Quran bagi menjadi faktor penolak untuk menjayakan syari'at-syari'at ALLAH di kemudian penurunan wahyu kerana ini adalah ukuran hidup manusia di alam realiti bagi memberansangkan hati manusia untuk memikul amanat dan syariat dalam perjuangan dan melaksanakan kewajipan-kewajipan di dalam hati dan di alam lahir.-muqaddimah surah al-Mulk Fi Zilal Quran Darul Syuruq:Syed Qutb.


Post a Comment