Afdhol min awla'

Anda mempunyai 10 minit untuk ke suatu diskusi bersama sahabat-sahabat anda yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang wanita.Akan tetapi masa yang diambil untuk ke tempat itu hanya 4 minit.Kini anda sedang berpakaian kasual dan telah memadai untuk menghadiridikusi itu.Tempat diskusi adalah di suatu restoran di tepi tasik.Apakah anda akan terus menuju ke tempat tersebut tanpa menukar pakaian anda atau anda menggunakan 8 minit dariapada masa itu untuk bersiap dan mengabaikan baki masa yang tinggal walaupun hanya beberapa minit?Ada yang diantara kita akan terus ke tempat tersebut tnpa memikirkan penampilannya kerana baginya sudah memadai dan yang utama adalah hasil perbincangan itu.Tetapi ada juga di antara kita akan mengabaikan aspek masa dan terus bersolek,berdan-dan dan berbagai lagi.Sepatutnya,yang manakah lebih utama?Apakah yang difikirkan golongan yang kedua ini?Minda kita berbeza tapi sekadar mahu berkongsi.
Stephen Covey dalam seminarnya pernah memanggil peserta seminar ke hadapan.Di hadapan itu terdapat 2 buah baldi yang mana baldi pertama 1/2 daripada baldi itu diisi dengan pasir manakala baldi yang kedua diisi dengan 5 buah bongkah cube.Kemudian beliau mengarahkan peserta tersebut unutk memasukkan 5 buah bongkah itu ke dalam baldi yang berisi pasir itu.Setelah berfikir,peserta itu mencuba memasukkan bongkah itu ke dalam baldi tersebut.Yang terdaya peserta itu lakukan hanyalah memasukkah 3 buah bongkah saja manakala 2 buah bongkah lagi tidak berjaya dimasukkan.Selepas itu,beliau mengarahkan peserta itu memasukkan kembali 5 buah bongkah itu je dalam baldi asal dan menyuruhnya mengisikan pasir ke dalamnya.Apa yang dilihat adalah kesemua bongkah itu dapat dimasukkakan dan pasir-pasir memenuhi ruang antara bongkah-bongkah tersebut tanpa sedikit pasir pun yang tidak dimasukkan ke dalamnya.Beliau menerangkan bahawa jika kita terlalu memikirkan perkara-perkara yang remeh berbanding perkara-perkara yang utama dan besar permasalahannya begitulah hasil yang ditunjukkan oleh peserta itu pada awlanya.Bagaimana kita?memikirkan perkara-perkara yang remehkah?Kembali kepada situasi di atas.Jika kita fikirkan kembali.Adakah jika kita mengejar urusan-urusan yang mustahak,kita akan mengabaikan urusa-urusan yang kecil dan remeh??Adakah kita akan pergi ke diskusi itu dengan hanya berpakaian seluar pendek??Semestinya tidak bukan?~Jadi jika kita memikirkan dan mengejar urusan-urusan yang mustahak.percayalah anda sebenarnya tidak mengabaikan aspek2 remeh dalam kehidupan.Tetapi awas!jika anda memikirkan dan mengejar urusan-urusan remeh dan kecil,anda sebenarnya hanya membuang masa dan menjadikan kehidupan anda penuh dengan permasalahan yang lucu dan boleh dikatakan kurang diterima akal.Jadi marilah kita bersama berubah jika anda golongan-golongan yang kecil tadi.Tetapi jika anda tidak.syabas!!anda mungkin pembawa revolusi pembangunan jiwa kepada agama bangsa dan negara.percayalah!!!!!!


yo!
wat perenggan r...
ssh nak baca ni.
ok,slamat terbang!!