PALESTINE

aku sayang pada RASULULLAH S.A.W
aku sayang pada agama ini
aku saynag pada umat ini
SEDAR PADA KEKUATAN KITA DAN APA YANG KITA HARAPKAN UNTUK PALESTINE
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Palestine kami hayati perjuangan muslim di sana.Saya sayang pada umat ini(ISLAM),tapi kenapa tak ramai yang bersama-sama menjaga diri untuk ALLAH dan agama ini.Umat ini ramai,tapi kenapa lemah?Kenapa umat ini suka lalai?Kenapa umat ini kurang menjaga suruhan daripada ALLAH.Kenapa biah solehah kurang dirasai?Boleh ke kita menang untuk lawan kuffar?Kita kalah perang saraf daripada kuffar.Senang mereka perdayakan kita.Quran kita dah jauh dan amal kita nampak beza sikit je daripada kuffar.Kita bersemangat cakap tentang Palestine, tapi selepas kempen ke program ke kita lupa untuk penghayatannya untuk beramal.Kita berjiwa pemuda yang punyai segala kekuatan tapi, kurang nak menjaga agama kita.Rakan-rakan,nak tak kita wujudkan biah solehah di mesir ni?Senang je,solat awal waktu berjemaah,tak mencarut,tak cakap kotor,jaga mata dan lain2 yang kita rasa apa yang kita buat membawa kepada pahala.Niatkan kerana ALLAH,senang bukan?Dan kita wujudkan perasaan yang ALLAH melihat kita sepanjang masa,INSYA ALLAH tak de la kita tak dapat kawal diri.Satu lagi kita saling memperingati.Bukan susah rasanya,sebab masa di bawah penjagaan ibu bapa,senang kita buat kebaikan dan susah buat perbuatan mungkar.Ini kita bercakap tentang taqwa yang dinilai ALLAH setaip insan.Kita kemaskan diri kita dengan ALLAH dan sesama manusia dan barulah kita boleh lahirkan umat yang boleh melawan kuffar.Dan bila hati kita betul2 sudah sedia mengambakan diri kepada ALLAH,barulah senang kita bersatu lakukan segala pengorbanan untuk agama ini.INSYA ALLAH.
Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri
Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan
Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran


aiman, ni blog baru gen9. jemputlah...^_^