basmalah Pictures, Images and Photos


Ibadah dan umur seusia






Kata orang hidup ini hanya sekali jadi, mungkin ada yang akan merasakan perlu enjoy dan rasakan nikmat dunia sesedap rasa. Lagi-lagi pada usia muda.Merasai kehiduapan remaja juga hanya sekali dan mempunyai tenaga dan kekuatan diri juga akan terbatas pada usia remaja menjadi faktor penolak kepada remaja untuk merasai segala 'kemanisan' hidup ini.Minda kian berkembang dan mungkin menjadikan kebanyakan orang mencuba cara 'terbaik' bagi diri sendiri untuk menukar serta mempelbagai cara untuk mencapai keseronokan nikmat dunia.Alangkah banyaknya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Kata orang umat nabi akhir zaman ini mempunyai umur yang pendek iaitu kire 63 tahun adapun yang lebih daripada itu adalah bonus daripada ALLAH untuk menambah amalan.Pada zaman nabi Muhammad s.a.w telah datang seorang sahabat bertanyakan tentang amal soleh yang dikerjakan oleh umat akhir zaman ini tidak akan sesekali mampu menandingi amal soleh umat terdahulu kerana umur yang pendek.Dan menjadi asbab nuzul surah al-qadr.Alhamdulillah atas nama ALLAH Ar-Rohim, kita juga akan mampu menandingi amal soleh umat terdahulu.

Mari kita hitung umur kita dan tolak campurkan dengan amalan.Ambil kira mudah iaitu waktu tidur,5 jam sehari.Kini, kita ambil kira umur kita 20 tahun dan bila didarabkan dengan bilangan hari dalam setahun dan bilangan jam dalam hari kira-kira 4 tahun sudah kita habiskan masa untuk tidur sahaja.Cuba kita bayangkan,itu baru 20 tahun usia hamba ALLAH tersebut dan jika kita sudah berumur 30,40 hatta 99 tahun bilangan tahun kita tidur makin bertambah.Itu baru dikira waktu tidur yang kita jadualkan belum lagi dikira waktu2 tidur lain yang 'tidak dijadualkan' seperti dalam kenderaan,ketika khutbah jumaat,kitika kuliah,selepas subuh,selepas asar dan banyak lagi waktu lain selalu digunakan peluang untuk tidur(nasihat:tidur yang berlebihan memendekan umur).Ini baru kita ambil satu aspek dalam kehidupan belum lagi diambil aspek-aspek lain seperti waktu berriadhah,waktu membuang air,waktu bersembang kosong dan lain-lain.

Bayangkan keidupan kita solat sehari 5 waktu dan setiap waktu hanya 5 minit kita ingat pada ALLAH dan selepas solat entah apa-apa amal yang dikerjakan.Paling lama kita berada dalam keadaan ingat pada ALLAH hanya 25 minit jika kita ambil kira hanya 5 minit setiap waktu.Lihat waktu tidur,beriadhah dan waktu-waktu lain lebih lama tempohnya berbanding waktu kita bersama ALLAH.Akan tetapi jangan risau,yang membezakan itu amal ma yan fak=ma yan fash(tidak bermakna) hanya NIAT.Haa,niatkan semuanya kerana ALLAH dapat ganjaran di situ,mudah bukan??

***********************


Kini kita pergi kepada 'skill' beribadah.Kata orang jika meningkat umur maka bertambahlah pengalamannya dan bertambahlah mahir dalam satu2 bidang yang diusahakan selalu.Sebagai contoh,anda peminat bola dan pandai bermain bola.Adakah sama teknik anda bermain ketika darjah satu dengan teknik sekarang.Cuba kita semak balik hidup kita.Dalam satu2 bidang tu,mesti meningkat pretasi kita,majoritinya.Jadi penambah usia telah membantu mematangkan pemikiran dan bertambah mahir dalam satu2 bidang.Kembali kepada ibadah.Hari umur kita bertmabah dari tahun lepas.Tanya pada diri kita berkembangkah ibadah kita?

Umut 5 tahun diajar di tadika untuk solat.Setelah mengetahui cara-cara ,syarat soh dan rukun-rukun solat kitapun bersolatlah.Pada mulanya kita banyak solat di suarau atau masjid kerana diajar oleh walid kita sendiri.Setelah walid melihat kita mampu membezakan baik dan jahat(mumayyiz),dilepaskan kita dari suruhan tersebut.Bukan membiarkan,walid ingin melihat kita membiasakan diri berjemaah di masjid.

Peningkatan dalam solat:

1.Solat bersendirian di rumah
2.Solat bersendirian di awal waktu
3.Solat berjemaah di rumah
4.Solat berjemaah di awal di rumah
3.Solat berjemaah di masjid

Bukankah peningkatan yang ditunjukan dalam tabaqat ini menunjukkan 'skill' dalam ibadah solat kita bertambah secara kontektualnya.Lihat,anda mahukan cara bermain bola hari ini lebih baik dari semalam,anda mahu masakan anda sedap daripada masakan pertama anda masak,anda ingin cara berpakaian hari ini lebih kemas dan bergaya daripada pakaian anda ketika darjah 1,anda mahukan skill bermain gitar meningkat,anda mahukan peningkatan dalam hafalan qurna meningkat(mudah menghafal),anda mahukan ini dan itu semuanya meningkat 'kemahirannya' tetapi mengapa ibadah tidak bertambah 'kemahirannya'?

Hari ini kita bincangkan dari sudut aspek kehidupan ibadah lebih khusus lagi SOLAT kerana SOLAT adalah tiang agama.Hari ini kita baca peringatan tentang pertembungan skill ibadah dan usia.Bukan perihal bilangan kita diperingatkan yang kita ceritakan dan kita coretkan untuk mengingati ALLAH tapi perbincangan yang membuahkan amal yang kita mahukan.
1 Response
  1. hannaani Says:

    cantek gamba!byr royalty ah wei