Barakallahu Fikum
Tenang.Indah.Nyaman.Darul Quran (DQ) memang seronok!! Ini kali ke 2 menjejakkan kaki ke sana setelah meninggalkannya.Pertama,sebelum terbang ke Mesir.Alhamdulillah.Mabruk kepada rakan-rakanku yang berjaya khatam 30 juzuk al-Quran setelah setahun setengah di DQ.Doa-doalah untuk sahabat yang lain supaya dapat juga khatam 30 juzuk al-Quran dalam redha Ilahi.Insya ALLAH.Ada juga rasa cemburu sebab tak dapat habiskan Quran di DQ.Tak apa,bukan itu saja peluangnya.insya ALLAH ada rezeki di Mesir akan khatam juga.
Tumpang gembira tengok kawan-kawan dapat segulung sijil.Mabruk sekali lagi.Sudah menjadi huffaz,jaga hafalan baik-baik maklumlah bila masuk ke alam akademik ni jadual belajarnya sudah padat.Tapi hafal Quran lagi payah rasanya.Insya ALLAH dipermudahkan.Rindu zaman-zaman menghafal bersama-sama.Bangun pagi,lepas subuh sebuk perbaiki hafalan sebelum tasmi' dengan ustaz.Kadang-kadang tak ada eletrik pun sanggup berikhtiar apa cara sekalipun asalkan dapat mencari modal untuk esoknya.Guna lampu telefon bimbitpun boleh..haha.Paksa diri untuk istiqomah dengan bilangan hafalan dengan ustaz.I'adah (mengulang) tu paling berat rasanya berbanding dengan hanya menghafal.
Teringat juga ketika minggu haluan siswa dan ribat dan banyak program lagi.Memang banyak mendidik walaupun secara 'kekerasan' dan terpaksa.Lama-lama faham juga apa yang ingin diterapkan.Sedih tak dapat bersama.Bukan keluar DQ terhenti sebenarnya,mungkin takdir ALLAH menentukan perjuangan yang lebih awal atau rahmat (ALLAHU a'lam).
Bazar pelbagai jualan produk para huffaz
Kali ini bermalam di DQ dengan sahabat-sahabat yang akan menerima sijil.Mampu bersama:-
2. Sembang-sembang kencang(lama tak jumpa sampai 1 pagi)
3. Berkayak ( sampai ada yang terjatuh dalam tasik gara-gara excited..haha..Penat tarik kawan ni ke tebing.BEST!!)
4. Perang Pinball (sampai berdarah juga la)
Walaupun hanya beberapa bulan bersama,tapi sangat mesra.Moga dapat berjumpa lagi.Ukhuwwah kita bukan atas kerana kita bertemu di DQ tapi kerana kita di bawah satu AQIDAH.Insya ALLAH
1.Sahabat sebelum terjatuh ke dalam tasik
Merialisasikan impian diri dan ummah untuk menggerakkan Agama ni dengan kukuhnya berpegang pada Quran yang disaluti Aqidah yang mapan dan disertakan Quran sebagai hujjah dan ISLAM sebagai cara hidup yang unggul.Modal insan yang diwarwarkan kerajaan bukan perkara baru dalam ISLAM .Asalkan Aqidah muslim itu kukuh dan akh/ukht tu faham dengan tanggungjawab sebagai muslim,gerak kerja dakwah dan susur galur perjuagangan ISLAM tak kan terhenti disamping asas-asas yang mantap masih dalam amalan.INSYA ALLAH.
2.Menikmati keseronokan
Bukan ISLAM itu memerlukan penganut untuk terus mulia sebagai addin.tetapi insan itu yang memerlukan ISLAM untuk terus hidup dalam keadaan aman beserta redha ALLAH.Jangan ditakutkan bilangan kita yang sedikit kualitinya kerana yang berkualiti ini perjuangannya lebih dan tidak sambil lewa
3.Huffaz
4.Indah Bumi Ciptaan ALLAH


firstly... mabruk kpd semua
2nd... wah!... macam best!...
3rd... semoga kita sama2 jadi seperti mereka sebelum pulang ke tanah air sebagai doctor... kat rumah nt saling tegur-menegur...
insya ALLAH...
moga terubat~(^^)...
terubat seketika..ckup dah untuk bg smngt
kepada puak2 khowarij DQ...satu lagi konvo akan berlangsung utk pelajar2 yang telah keluar awal dq...
majlis akan dipelopor oleh aiman khalifah dan juga helmi husman...2 pelajar terbaik DQ yang telah keluar awal...sekian terima kasih
kamu bagaimana manki..?
mahu join atau tidak...?
khoarij pon bkn x de nilai doe