Biasiswa?
Tahun lepas:zaman muda-muda (Aiman:Germany insya ALLAH -persediaan di seremban,Aiman:Mesir,Puan Norsiah,muzzamer:tak mahu ke luar negara walaupun straight A,Pelik!!sayang tanah air kot)
Assalamu’alaikum kepada insan yang sedang membaca catatan ini terutamanya adik-adik yang menduduki peperiksaan terbesar di alam persekolahan iaitu SPM.Terlebih dahulu ingin ditanya bagaimana cuti adik-adik? Penuh dengan aktiviti-aktiviti manfaat atau tidak? Atau hanya berehat dan bersantai kerana telah ‘penat’ bermati-matian berjuang untuk peperiksaan SPM? Alhamdulillah kepada sesiapa dapat memanfaatkan cuti dengan memenuhinya dengan perkara-perkara bermanfaat.Dan ingin ditanya juga bagaimana iman antum?Bagaimana makanan rohaninya?Harap iman sentiasa bertambah dan ‘kenyang’lah rohani dengan pengabdian diri kepada ALLAH subhanahuwata’ala. Insya ALLAH.
Kali ini,buat adik-adik yang dikasihi sekalian, semestinya debaran di dada masing-masing makin mecanak asbab menunggu keputusan SPM. Maklumlah itulah peperiksaan terbesar setakat ini dan segala penat lelah telah dicurahkan serta besar pengorbanan yang dilakukan. Terus kepada apa yang ingin disampaikan iaitu mengenai BIASISWA. Pada post kali ini akan diceritakan cara memohon biasiswa dan sedikit perbezaan-perbezaan yang ada pada setiap biasiswa tersebut.
Pertamanya, sejurus selepas kuputusan SPM diumumkan seMALAYSIA, borang permohonan untuk kebanyakan biasiswa akan dikeluarkan di internet.Antara bisiswa-biasiswa yang popular adalah MARA,JPA dan PETRONAS yang kebanyakan pelajar di dalam dan luar negara mendapat biasiswa ini yang juga dikira cemerlanglah keputusan SPM mereka. Antara biasiswa-biasiswa lain juga terdapat TNB,BANK NEGARA,FELDA dan lain-lain. Cara memohon di zaman ini sangatlah mudah,semuanya secara online. Di sini, insya ALLAH akan diceritakan mengenai MARA dan JPA bagi yang ingin ke luar negara.
Cara permohonan biasiswa MARA dan JPA adalah mengguanakan borang yang sama di dalam laman web yang sama.Terdapat 1 item di mana adik-adik perlu memilih sama ada JPA atau MARA. Jadi, adik-adik hanya boleh memilih salah satu sahaja daripada biasiswa tersebut.Kerjasama JPA dan MARA ini dibuat bagi mengelakkan sebarang tawaran yang bertindih,itu saja . Antara bidang-bidang yang popular ialah Perubatan (eropah,timur tengah dan Indonesia) dan Kejuruteraan ( Amerika Syarikat,Eropah,Australia, Jepun dan Korea).
Kelayakan
Persoalan mengenai kelayakan ini terlalu subjektif kerana adapun disebut kelayakan yang begitu tinggi ataupun mahukan sijil ini dan itu,tetapi masih ada juga diterima walaupun keputusan tidak mencapai tahap kelayakan yang dikehendaki.Misalnya, bagi pelajar yang ingin ke Jepun,mereka tidak perlu mempunyai sijil bahasa asing yang telah diambil ketika di tingkatan 3 atau 4. Dan bagi pelajar perubatan di timur tengah, mereka tidak perlu mempunyai subjek bahsa arab tinggi atau komunikasi untuk melanjutkan pengajian ke timur tengah walaupun sebenarnya terdapat kriteria tersebut ketika hendak memohon ke timur tengah. Dan lain-lain kelayakn perlualah dicapai,contohnya mendapat A1 atau A2 dalam subjeek BM,BI,Sejarah,PQS atau PSI.

Rasanya itu saja perbezaan yang boleh diberikan.
Saranan
Ana pemegang pinjaman MARA jadi bukanlah nak diskriminasi tetapi memang itulah sarananya.Ambillah pinjaman MARA ini. Tidak perlu digusarkan mengenai perkataan pinjaman kerana ianya hanya satu motivasi yang sihat daripada pihak penganjur.Tetapi bagi yang ingin mengambil bidang perubatan,anda hanya dinilai melalui lulus atau gagal saja.Jika adik-adik,lulus dan mampu pulang ke tanah air dalam masa yang ditetapkan,jadi,Alhamdulillah kerana tidak perlu bayar semula.Bagi bidang lain, adik-adik akan dinilai melalui pointer adik-adik ataupun tahap yang telah MARA tetapkan.Hendak risau apanya memalui pinjaman ini,walaupun katakanlah adik-adik terpaksa membayar semula beberapa percent daripada pinjaman itu, sejurus pulang ke tanah air terus bekerja dan ingin membayar 1-10% daripada pinjaman yang ditetapkan,rasanya bukanlah satu masalah besar.Asam garam kehidupan dalam pelajaran,kadang kita gah cemerlang kadang cukup makan saja.
Hendak juga disebut mengenai kuota Melayu.Ini adalah masalah yang agak besar.Disarankan untuk mengambil pinjaman MARA ini kerana kuota melayu tu tentunya 100% bukan.Jadi persaingan yang kuat itu tak lah berlaku terutamanya bagi calon-calon ingin ke Negara yang mana pelajar-pelajar bukan ISLAM dihantar.Kesian dekat sahabat-sahabat satu batch ana kerana ramai kepunan nak ke luar negara dengan Biasiswa JPA tetapi tak terpenuh hajat biarpun keputusan 10A ke atas,mungkin bukan rezeki.Dan perlu diingat jangan ditakutkan dengan perkataan anak MARA bagi pelajar-pelajar MRSM, kerana pinjaman MARA terbuka dan bukan diskriminasi.Ana juga bukan budak MRSM .
Disarankan untuk mengambil pinjaman MARA ini kerana mungkin adik-adik akan dipanggil untuk temuduga bagi ambilan kedua bagi sesiapa yang tidak layak atau tidak dipanggil untuk panggilan pertama.Contohnya, bagi pelajar Perubatan di timur tengah.Jadi jika tidak dipanggil untuk buat pertama kalinya,datanglah ke pejabat MARA dan buatlah permohonan.Insya ALLAH,atas berkat usaha,doa dan rezeki akan dapt juga.
Masalah
Jika terdapat sebarang kekeliruan, sila maklumkan ana di COMMENT bagi post ini.Adik-adik boleh click pada pada perkataan COMMENT di bawah post ini.Insya ALLAH akan dijawab secepat mungkin jika tiada halangan.Megenai laman web untuk borang permohonan diharap dicari sendiri,maaf.(bagi JPA eSILA,tapi biasanya sekali JPA dengan MARA)
Sebelum mengakhiri post ini, ingin juga diberi pengisian hati.
Jiwa ini ibarat cawan kaca.Jika tidak diisikan dengan air maka molekul-molekulnya akan berubah dan diganggu oleh molekul-molekul asing yang mampu merosakkan struktur asal cawan kaca tersebut.Begitu juga dengan rohani insan,jika tidak disaratkan dan diisikan dengan bahan-bahan tarbiyyah dan perkara-perkara bermanfaat ,maka akan lalailah hati insan dan akan rosaklah rohaninya kerana akan datang anasir-anasir maksiat yang mencemarkan kesucian hati muslim itu.Kerana hakikat kejadiakn insan itu adalah kembali kepada fitrah kesucian dan yang itulah isian sebenar bagi hati-hati kita. Ana menasihat diri ana dan antum supaya tidak lalai dengan dunia dan cuba sedaya upaya menjauhi maksiat kerana maksiat itu mendatangkan bintik-bintik hitam pada hati dan menjauhkan kita daripada mendapat hidayah ALLAH.Bila titik-titik hitam ini mula memenuhi raung hati ,maka kelam hati dan sukarlah untuk menerima ilmu-ilmu ALLAH.Ingat !! kita beribadah bersungguh-sungguh bukan untuk mendapat keputusan cemerlang SPM tetapi meraih kedudukan mulia di akhirat dan syurgaNYA.Kerana itulah negeri ABADI.Jagalah kesucian hati,didiklah nafsu buasmu dengan puasa sunat,berilah makan kepada rohanimu dengan zikrullah setiap masa.Moga-moga kita digolongankan dalam gologan mereka yang menghuni syurga ALLAH.WALLHU A’LAM.
Doa-doalah muga dipermudahkan hidup dan mendapat biasiswa yang dipinta.
DI MANA BUMI DI PIJAK,DI SITU ISLAM DIJUNJUNG
LANGIT SAMA DIJUNJUNG,BUMI SAMA DIPIJAK,ISLAM SAMA DIJULANG..!!
(beraya 'eidul adha di kaherah)
(di mimbar masjid Azhar)






