basmalah Pictures, Images and Photos


1001 dan apa





Masa pantas berlalu,umur makin pendek,permodenan makin berkembang,kemahiran makin meningkat,pemikiran makin matang dan kerjaya makin cekap.Andai ditanya Muslimin kini,berapa lama anda membicara tentang Islam pada hari ini.Andai ditanya berapa lama anda menghabiskan waktu di masjid untuk berjemaah solat fardhu hari ini.Andai ditanya betapa anda perihatin permasalahan umat kini.Andai ditanya berapa jauh telah anda tinggalkan jahiliyyah.Andai ditanya bagaimana iman anda hari ini.Andai ditanya bagaimana hati anda hari ini...Tanya pada diri sendiri dan kepada peminjam-peminjam hati daripada ALLAH..Lupakan kesalahan insan lain seketika dan kezaliman orang terhadap kita seketika..Tanya pada diri


Kita mengaku kita pengikut Rasulullah,kita mengaku punyai aqidah ISLAM,kita mengaku kita hamba kepada TUHAN sekalian alam.Tanyakan pada diri apa yang telah kita lakukan pada diri kita sendiri yang membuktikan kita ISLAM dan membezakan kita dengan mereka yang akan menghuni nereka?Dan setelah mengaku hati ini dimiliki ALLAH dan redha bahawa ISLAM sebagai agama kita dan Nabi MUHAMMAD sebagai Rasul S.A.W, dan tanya pula pada hati dan iman, betapa telah kita menjadikan kehidupan ini sebagai medan untuk menyediakan wadah kehiduapn di akhirat kelak?Atau tanya pula pada nafsu jahiliyah, berapa banyak telah kita tunduk pada tuntutan nafsu seluruhnya.Atau tanyakan berapa jauh telah kita tinggalkan saki baki jahiliyah.


Lembutkan hati,dan tanyakan semula padanya,sudahkan aku ISLAM?Atau masihkah aku ISLAM?Atau sentiasakah ISLAM dalam hatiku?Dan kini cuba ketukkan pula pintu iman dan tanyakan padanya,sudikah lagi ia membaluti hati muslimku? Atau seraya merintih dan merayu kepada ALLAH untuk dikurniakan kembali hidayah pada hati dan sentiasa di landasan sebenar ISLAM setelah beribu kali melalaikan hati dan merosakkannya.


Adapun kemudian ,tanyakan pada diri,layakkah digelar khalifah di dunia ini.Tanyakan juga,tuntuan Quran dan sunnah yang diamanahkah untuk dilaksanakan telah ditunaikan atau belum.Atau hanya menganggap Quran itu sebagai kitab suci yang mulia tanpa ada rasa untuk memahami untuk memahami dan menghayatinya.Duduk sebentar dan tanyakan apa agungnya dan apa yang beratnya KalamALLAH itu.Sedarkah kita hakikat berat amanah Al-Quran itu?

sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung,pastikamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH.Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir

28:21 (al-Hasyr) m/s 548




Atau hanya memandang kalam ALLAH itu sebagai petunjuk yang hanya perlu dilaksanakan oleh alim-alim ulamak sahaja.Atau jika ditanyakan kepada muda-mudi tentang sumbangan mereka pada ISLAM.
"Kami masih muda dan tak punyai ilmu agama.Macam mana nak sumbang untuk ISLAM.Biarlah usataz-ustazah tunjukan caranya"
Dan tidak mahu mendalami ilmu ISLAM?

Atau tanyakan saja kepada pelajar,sumbangan mereka pada ISLAM
"Kami masih belajar.Belajar antara tuntutan yang tertinggi dalam ISLAM.Tunggualah kami habis belajar"
Dan ketika belajar hanya tumpukan pada pelajaran tanpa mengambil pusing tentang masalah umat dan hanya berfoya-foya dengan perkara-perkara lagho?
Dan sesudah tamat pengajian mahu bekerja??


Atau tanyakan saja kepada golongan yang sudah berumur,apa sumbangan merek kepada ISLAM?
"Kami sudah tua dan tak bermaya seperti para muda-mudi"
Di zaman muda,apa telah kamu lakukan?

Atau tanyakan pada kanak-kanak yang sudah mumayyis,apa sumbangan mereka kepada ISLAM
"Kami masih kecil sedangkan orang dewasa lebig ramai lagi"
dan ketika menigkat dewasa sibuk dengan segala urusan dunia sehingga jauh diri dari ALLAH

Dan akhirnya tanyakan kepada bakul sampah kerana tiada umat ISLAM yang ingin memberi sumbangan untuk agama ini.

Dan semula golongan muslim saling mengarahakan anrata satu sama lain.Tanyakan pada harta,masa dan tenaga mereka ketika di dunia, apa yang disumbangkan pada agama ini.Ketuk pintu hatimu dan tanyakan lagi beratkah segala tuntutan Quran.

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh , ALLAH Maha Mengetahui

2:92 (ali-'Imran)m/s 62

Dan tanyakan lagi kepada hati,jika diberikan peruntukan masa selama sejam,apakah yang akan dilakukan.Serta tanyakan lagi,jika jiwa-jiwa muslim ini berada pada tempat maksiat (tempat pergaulan bebas antara lelaki dan wanita) adakah ia suka.Atau tanyakan padanya jika diperuntukan masa sejam untuk bergaul dengan golongan soleh,adakah ia rela atau tidak.Dan paksakan hati untuk menjawab jika ummah kini menangihkan dirimu untuk menginfakkan diri ke jalan ALLAH,adakah ia redha kerana ALLAH dan sayangkan agama ini.


Dan kini tanyakan pada jiwa-jiwa muslim,jika dibariskan dalam satu saf pimpinan ISLAM,di manakah kedudukan kita,atau tanyakan, jika dilakukan pemilihan tentera jihad melawan musuh-musuh ALLAH,mampukah kita dibariskan bersama tentera ALLAH seperti barisan tentera yang disediakan Nabi Muhammad S.A.W dan Salahuddin Al-Ayubi?

Sentuh hati perlahan-lahan dan bisikan,adakah ia benar-benar mengaku ISLAM itu agamanya.Atau malu sebenarnya jika mengamalkan amal soleh dan mengikut sunah Rasul ALLAH S.A.Q.Dan bisikan lagi dengan nada sayu,adakah ia sayang akan iman dan aqidahnya.

Kini,garangkan hati untuk melakukan maksiat,tegaskan dirimu jika ia lalai,'iqob(hukum) hatimu dengan istighfar dan zikrullah jika ia melakukan dosa,dan islah(baiki)kan jiwamu sesempurnanya.Hati bukan kristal. Tidak sekeras struktur kristal. Sekali tercalar atau pecah berderai, tidak mampu bercantum kembali. Tetapi hati ini adalah bersifat berbolak balik dan mampu dijernihkan semula dengan taubat nasuha walaupun seribu calar balar terukir. Itulah kelebihan hati berbanding kristal, walaupun indah dan mahal, namun bila berderai, tong sampah sahaja yang layak buatnya. Inilah masanya untuk kita berubah.


*Ini hanyalah penulisan untuk membasahkan hati yang sering kering dengan zkirullah dan ingin menyentuh hati-hati lain juga.Semoga dengan penulisan ini,dapatlah untuk mengislahkan diri ini yang selalu leka dan berkongsi dengan jiwa-jiwa msulim lain..syukran
1 Response
  1. As Says:

    a great reminder
    syukron

    di kala ummat kini dijangkiti wahan, moga kita dijauhkan dan ditetapkan qalb

    ameen