basmalah Pictures, Images and Photos


Dr M keluar UMNO??!!





Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.




Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Petikan Harakah

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) - Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.

Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.- Harakah Daily



Hilang hak KAmi..~!!!!




Tidak habis lagi dengan krisis poltik di Malaysia, Malaysia diancam lagi dengan satu tamparan hebat apabila Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan negara kafir dan kecil Singapura.Terasa malu teramat sangat dengan kekalahan Malaysia di pentas kehakiman antarabangsa.Selepas isu jambatan Malaysia-Singapura, kini Malaysia di'tundukkan' oleh kuasasebuah kerajaan yang hanya mempunyai negara yang kecil itu.
Pulau Batu Puteh
Hak ketuanandan kedaulatan Malaysia terhadap pulau itu jatuh ketangan Singapura selepas International Court of Justice(ICJ) memutuskan hak pulau tersebut jatuh ke tangan Singapura selepas hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh menamatkan pertikaian terhadap pulau itu.


Singapura mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.
Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.

Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.


Terkadang terfikir sejenak bagaimana Malaysia boleh hilang hak ketuanan sedangkan kedudukan pulau itu lebih jauh dengan Singapura berbanding MAlaysia.Bagi saya ini adalah satu bentuk kifirah daripada ALLAH kepada rakyat Malaysia yang seirng berkelahi tentang perebutan kuasa dan harta yang mungkin sudah sampai ke tahap yang dikhuatiri.Perbalahan ini bukan melibatkan antara yang orang yang memperjuangkan agama ALLAH tetapi yang hak dan yang batil.Mungkin ini kifarah ALLAH kepada kita kerana hanya ingin memperjuangkan dunia semata-mata bukan ingin memperjuangkan agama ALLAH dan membangunkan pembangunan INSANIAH yang merupakan pembangunan yang utama.Hal ini kerana ALLAH telah menegaskan dalam firman ALLAH yang pertama kepada Rasullah S.A.W di dalam surah Al-'Alaq.

YA ALLAH Selamatkan kami(rakyat Malaysia) daripada penjajahan kezaliman yang kami reka sendiri terhadap diri kami.Jadikan kami hamba yang bersyukur terhadap nikmatMU dan bersatu bersama menegakkan AGAMA ISLAM di muka bumi milikMU ini

Gelora tanah AirKU.....





Pewakilan2 UMNO kini semakin mengalami keadaan yang sangat terdesak berikutan isu penarikan diri mantan perdana menteri Malaysia ke 4.Pelbagai spakulasi yang dibuat dan dicorakkan daripada golongan pemimpin-pemimpin tempatan yang terdiri dari pewakilan UMNO sendiri, pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT,media massa dan sehinggalah golongan orang awam.

soalnya mengapa dari dulu lagi tun tak terus menarik diri dari UMNO?
Kekacauan yang diukir oleh mantan PM ini ketika pemerintahan Abdullah tidak terhenti ketika isu jambatan Malaysia-Singapura dan pelbagai isu lagi termasuk isu politi bahkan kini beliau dengan beraninya menarik diri daripada UMNO.Apakah agenda yang dirangkanya?

Tindakan yang dilakukan Tun sebarnya banyak menimbulkan tandatanya kepada kebanyakan pihak.Tetapi menikut para bloggers,sememangnya Tun mempunyai agenda tersendiri.Beliau dipercayai melepaskkan UMNO ketika ini kerana kedudukan anaknya sudah agak stabil.Anak-beranak Mahathir makin susah nak berniaga selepas PRU12. Khairy Jamaluddin yang sudah menjadi MP Rembau mengukuhkan cengkamannya ke atas kabinet dan media. Memang susah Mahathir nak bernafas.


Tetapi Mahathir tak layan sangat menantu PM ni. Dia biarkan Mukhriz perkukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dulu. Dia bantu Mukhriz bina tapak sokongan untuk meluncur ke jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dia pergi berceramah ke seluruh negara untuk mengukuhkan sokongan dan populariti Mukhriz. Sebelum dia keluar Umno, Mukhriz mesti dikuatkan terlebih dahulu.

Apabila Khairy Jamaluddin terdesak dan tidak dapat menangkis kemaraan Mukhriz, dia guna media. Mahathir tak boleh hidup tanpa media. Dia biasa beretorik dan berhipokrit di media. Dia tahu bagaimana orang media bekerja dan bijak memanipulasikannya. Penyudahnya dia mula tulis blog. Ini saja caranya untuk memastikan mesej dan pandangannya kepada umum tidak ditapis dan di'modify' oleh Khairy Jamaluddin.

DAN akhirnya kini Tun menarik diri dari UMNO.Pegolakan politik Malaysia(bangsa Melayu) ketika ini amatlah mencemaskan.Hal ini kerana kekacauan dan ketidakstabilan politik Malaysia ketika nini mampu memberi ruang kepada orang asing dan musuh-musuh Melayu membolosi cengkaman Melayu terhadap negara ini.Sama-samalah kita berdoa agar pergolakan ini akan tamat secepatmungkin dan mula berbicara mengenai isu2 yang lebih mustahak dan terus memacu negara ke arah negara yang maju dari segi pembangunan INSANIAHnya dan Ekonomi

DuniA VS Musafir....!!!!

sedikit coretan Ku lakukan hari ini dprd isi khutbah jumaat hari ni



apa persamaan dunia dgn musafir??
apa yg perlu direnungkan antara musafir dgn muslim biasa??

hidup seorang muslim sama shaja dgn para musafir
kerana apa??
kita perlu samaknnya..
supaya hidup di dunia lebih bermakna dan barakah

1.para musafir hanya membawa apa yg PERLU ketika hendak bermusafir.Jadi setiap muslim juga harus begitu.dari sudut apa ya??
dari sudut mengambil dunia.Kita sepatutnya mengambil dunia hanya yg perlu sahaja bukannya yg MAHU.kerana yg kita MAHU itu adalah nafsu.ada apa dgn dunia??!!
ambillah sekadar yg perlu sahaja.

2.Dalam perjalanan para musafir perlu ada rehat.kalau di Malaysia,RnR.untuk apa?
Dalam setiap perjalana tentu sesekali perlu rehat utk mengurangkan penat dan isi semuala apa yg perlu.Begitu juga dgn setiap muslim,dalam arus perjalanan dunia perlu ada rehat..bagaimana?dengan adanya pengisian rohani.Singgalah di taman2 syurga di dunia ini.Penhgisian ini perlu din=buat agak setiap anggota yg perlukan di'service' patut mendapat service.Anggota paling penting dapat service adalah HATI..!!



Moga sedikit ILMU ini kita dapat kongsi bersama karana peringatan sesama kita
agar tiada yg terbabas dari landasan.insya ALLAH..AMEEN~..dan moga mendapat manfaat bersma...BERSAMA-SMA MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH..!!
ALLAHU AKBAR!!!!

oh...Kesiangan..



oitZzz...!!today i like 2 post on other stuff as ussual coz today's morning ma sis n I toOk a triP 2 KL..4 wat??..i've ma own business!!..ske ati la..huhu~
but tat's no da pOinT i wanna teLL u alL.dA most important point tat i wanna stresS herE is da TRIP!!!! no on da problem during ma way 2 KL la but during da trip..
actually i weNt 2 KL using da public facility..!!gov supporter ma..!!naik KTM tw..

I got into da train on 7.09 a.m and took a trip 2 BANK negara
..da 1st point is ma sis and I don't get sit..!!waaa...penat berdiri..
bkn tuh la nk tuleh kt sini...
I got into da train...with da crowded situtation in da train,I juZ toOk a observe towards mA surronding...wahhh!! rmai gile org...all of them on their way 2 office
maklumlah nk msk office kol 8..jd plun kejar train awl la...
then, I focused on ma observation towards da people...
some of them were reading news paper,some were SMS-ing
anad MOST of thEM....most of them....most of them...!!
wahh!!..I felt very disappointed with all of them....y???
do r they hurt me??...hahah no la...
but most of da passengers toOk da time 2 fulfill da 'date' n good 'deaL' with thier
own dream..!!!they were sleeping...tidurfeel ashame off la ngn foreigner yg bkn muslim tuh..inilah wajah2 malaysia di kala pg hari..
bknla la salah tdo time tuh..tp cam x bersedia utk g kerje la..
then REZEKI leh lari...cam mn mau keja??!!~~
mcm mn MALAYSIA mau maju..pg2 lg dah tnjuk 'gaya2' x nak maju
kata negara membangun...
sama2 lah kita koreksi diri..btolkan mana yg rse 'kurang' btol..bkn x btol..
cme kurang la...
k ar...moga MALAYSIA maju jaya..!!!
MALAYSIA BOLEH..!!!!(kalu rakyat x tDO cam..mcm...org2 penting ngra kita nih..!!)
MALAYSIA BOLEH..!!
MALAYSIA BOLEH..!!
MALAYSIA BOLEH..!!
MALAYSIA BOLEH..!!

SeLamAT haRI GURU!!!


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yand ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat

Usman Awang
1979

Manisnya hidup dalam perjuangan.kasih sayang kuhadiahkan buatmu guru-guruku untuk disimpan sebagai ingatan ,jadikan bekalan perjalanan hidup.Syukur ku dihadiahkan: hadiah IMAN kaish sayang dan cinta seorang guru.Syukur ku di[ertemukan, inilahhadiahku pekadamu sebagai kesetiaan seorang anak didik~SeLamay hARi GurU~buat semua guru2 ku yg pernah mencurahkan bakti agar aku menjadi INSAN yg insya ALLAH dapay menenggakkan kalimah ALLAH..buat guru2 ku
1.PASTI istiqamah(1995)
2.Tadika Ixora (1996)
3.SK bandar baru bangi jalan 2(1997-2002)
4.SMK Bandar BAru Bngi Jalan 2(2003)
5.SMAP Kajang(2003-2007)
6.Darul Quran(2008)

JASA MU ku KENANG hingga akhir HAYAT ku~INSYA ALLAH...

PALESTINE....bumi suci..

5/15/08



Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.


Pada hari Khamis 15/5/2008 ini, genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.





Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, lalu pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB, badan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Dengan ini PBB sengaja dilumpuhkan oleh Veto Amerika bila berdepan dengan isu Israel menjajah Palestin.


Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam yang sememangnya mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.





Pengasas Penjajahan Iraq Abad 21, Presiden Bush dan isteri tiba di Israel semalam 13/5/2008 untuk meraikan Ulangtahun ke 60 penubuhan negara “Israel”. Turut menyambut beliau di Ben Gurion Airport, Tel Aviv ialah Perdana Menteri “Israel” Ehud Olmert dan isteri. Yang mengisytiharkan penubuhan “Israel” pada 15/5/1948 ialah Presiden Ben Gurion. Mereka meraikan dan merancang lagi. Apakah langkah-langkah pemimpin-pemimpin negara umat Islam pula? Hari AN-NAKBAH (Malapetaka Tertubuhnya Israel) hari 15/5/2008 ini, agaknya apa yang sedang pemimpin umat Islam sedang buat ? Adakah jadual mereka hari ini sesibuk Presiden Bush di Timur Tengah.


Gaza, dengan keluasan 6km x 25km, hari ini bertukar dari sebuah bandar menjadi kem tahanan (Concentration Camp) terbesar Abad 21. Bekalan bahanapi dan makanan tidak dibenarkan masuk melalui sempadan 2 negara jiran, Israel (pemimpin beragama Yahudi) dan Mesir (pemimpin beragama Islam !!).

Dengan ini setelah 60 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga turut perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung di pagi Aidil Adha yang diterima Saddam Hussein masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam. Beliau pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan melancarkan peluru berpandu Scudnya ke beberapa bandar di “Israel” pada tahun 1990.



Isteri dan 4 anaknya mati dibom ketika sedang bersarapan.

Penyelesaian isu Penjajahan Keatas Palestin secara sangat ringkas adalah seperti berikut :

1. Masyarakat Islam kembali menghayati Islam sepenuhnya, memenuhi masjid dan surau bersolat jemaah 5 waktu sehari, membenteras kelucahan dan maksiat yang mengotori persekitaran berupa majallah, rancangan TV, akhbar, mengutamakan balasan di Akhirat dari pulangan kebendaan segera di dunia. Sebab utama Yahudi Zionis dan Barat menguasai dunia adalah kerana umat Islam jauh dari hidup menghayati Islam yang hakiki.

2. Umat Islam kembali menghayati Islam yang syumul (menyeluruh) mencakupi kesatuan dan kepimpinan umat seluruh dunia, bukan terbatas kepada sempadan bangsa, geografi dan bahasa ke arah menegakkan kembali Khilafah Islam yang telah dilenyapkan Barat pada tahun 1924. Sebab utama umat Islam lemah di persada antarabangsa ialah kerana negara-negara mereka berpecah, tiap satu hanya lebih berfikir dalam ruang lingkup sempadan geografi yang dicipta Penjajah Barat sebelum merdeka. Kesannya agenda memertabatkan kembali Khilafah Islam Antarabangsa belum menjadi agenda dan buah mulut mana-mana dikalangan pemimpin mereka.

3. Masyarakat Islam yang saleh memilih pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang saleh, berkelayakan dan prihatin menyebarkan Islam ke pelusuk rantau dan dunia.
Negara-negara Islam dan Khilafah Islam yang bakal tegak nanti akan memimpin kekuatan umat ke arah pembebasan tanah bumi Islam yang dijajah dan seterusnya menyebarluaskan Dakwah Islam ke seluruh penjuru-penjuru dunia.

4. Dengan kepimpinan dunia dibawah Islam dan umat Islam yang saleh dan terdidik, seluruh umat di dunia, bahkan seluruh makhluk akan bahagia sejahtera di bawah naungan Islam, satu-satunya sistem Allah yang diredhaiNya.
Langkah-langkah penyelesaian isu Palestin, adalah tidak lari dari Amal 7 yang kami muatkan di dalam Blog ini. Kesemuanya berkisar kepada mendidik dan mewujudkan diri dan generasi Islam yang hakiki kearah menanggung beban Dakwah Islam yang berat dan panjang. “Jika ada di sana seorang yang saleh, kamu akan dapati pada dirinya faktor-faktor kejayaan Islam” [Hasan Al-Banna].

Moga umat Islam akan segera sedar dari lamunan mereka. Dihari umat terjaga dan bangkit, pastinya penderitaan umat Palestin selepas peristiwa An-Nakbah sehingga ke hari ini akan segera berakhir. Ameen.

LAMPIRAN

Sebaik Yahudi mengambilalih Palestin dari British tahu 1948, pembunuhan dan pengusiran mengakibatkan pelarian yang paling ramai di dunia. Kem-kem pelarian di negara-negara jiran pada 1948 adalah seperti di bawah. Setelah 60 tahun, pada hari ini, dengan lahirnya zuriat dan generasi, bilangan mereka adalah lebih ramai. Kem-kem pada asalnya diperbuat dari kain kanvas dan kulit binatang ternakan kini berupa menjadi bangunan konkrit tetapi dalam keadaan yang sangat dhaif. Saya pernah menziarahi hanya 1 kem di Jordan (el-Wehdaat) dan 3 kem di Lubnan (Shabra, Shatila dan Burj el-Barajneh).