Hilang hak KAmi..~!!!!

Hak ketuanandan kedaulatan Malaysia terhadap pulau itu jatuh ketangan Singapura selepas International Court of Justice(ICJ) memutuskan hak pulau tersebut jatuh ke tangan Singapura selepas hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh menamatkan pertikaian terhadap pulau itu.

Singapura mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.
Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.
Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.
Terkadang terfikir sejenak bagaimana Malaysia boleh hilang hak ketuanan sedangkan kedudukan pulau itu lebih jauh dengan Singapura berbanding MAlaysia.Bagi saya ini adalah satu bentuk kifirah daripada ALLAH kepada rakyat Malaysia yang seirng berkelahi tentang perebutan kuasa dan harta yang mungkin sudah sampai ke tahap yang dikhuatiri.Perbalahan ini bukan melibatkan antara yang orang yang memperjuangkan agama ALLAH tetapi yang hak dan yang batil.Mungkin ini kifarah ALLAH kepada kita kerana hanya ingin memperjuangkan dunia semata-mata bukan ingin memperjuangkan agama ALLAH dan membangunkan pembangunan INSANIAH yang merupakan pembangunan yang utama.Hal ini kerana ALLAH telah menegaskan dalam firman ALLAH yang pertama kepada Rasullah S.A.W di dalam surah Al-'Alaq.



Post a Comment