basmalah Pictures, Images and Photos


Gelora tanah AirKU.....





Pewakilan2 UMNO kini semakin mengalami keadaan yang sangat terdesak berikutan isu penarikan diri mantan perdana menteri Malaysia ke 4.Pelbagai spakulasi yang dibuat dan dicorakkan daripada golongan pemimpin-pemimpin tempatan yang terdiri dari pewakilan UMNO sendiri, pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT,media massa dan sehinggalah golongan orang awam.

soalnya mengapa dari dulu lagi tun tak terus menarik diri dari UMNO?
Kekacauan yang diukir oleh mantan PM ini ketika pemerintahan Abdullah tidak terhenti ketika isu jambatan Malaysia-Singapura dan pelbagai isu lagi termasuk isu politi bahkan kini beliau dengan beraninya menarik diri daripada UMNO.Apakah agenda yang dirangkanya?

Tindakan yang dilakukan Tun sebarnya banyak menimbulkan tandatanya kepada kebanyakan pihak.Tetapi menikut para bloggers,sememangnya Tun mempunyai agenda tersendiri.Beliau dipercayai melepaskkan UMNO ketika ini kerana kedudukan anaknya sudah agak stabil.Anak-beranak Mahathir makin susah nak berniaga selepas PRU12. Khairy Jamaluddin yang sudah menjadi MP Rembau mengukuhkan cengkamannya ke atas kabinet dan media. Memang susah Mahathir nak bernafas.


Tetapi Mahathir tak layan sangat menantu PM ni. Dia biarkan Mukhriz perkukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dulu. Dia bantu Mukhriz bina tapak sokongan untuk meluncur ke jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dia pergi berceramah ke seluruh negara untuk mengukuhkan sokongan dan populariti Mukhriz. Sebelum dia keluar Umno, Mukhriz mesti dikuatkan terlebih dahulu.

Apabila Khairy Jamaluddin terdesak dan tidak dapat menangkis kemaraan Mukhriz, dia guna media. Mahathir tak boleh hidup tanpa media. Dia biasa beretorik dan berhipokrit di media. Dia tahu bagaimana orang media bekerja dan bijak memanipulasikannya. Penyudahnya dia mula tulis blog. Ini saja caranya untuk memastikan mesej dan pandangannya kepada umum tidak ditapis dan di'modify' oleh Khairy Jamaluddin.

DAN akhirnya kini Tun menarik diri dari UMNO.Pegolakan politik Malaysia(bangsa Melayu) ketika ini amatlah mencemaskan.Hal ini kerana kekacauan dan ketidakstabilan politik Malaysia ketika nini mampu memberi ruang kepada orang asing dan musuh-musuh Melayu membolosi cengkaman Melayu terhadap negara ini.Sama-samalah kita berdoa agar pergolakan ini akan tamat secepatmungkin dan mula berbicara mengenai isu2 yang lebih mustahak dan terus memacu negara ke arah negara yang maju dari segi pembangunan INSANIAHnya dan Ekonomi

0 Responses