
Hari ini Faiz pulang ke rumah awal kerana tiada kelas lagi.Penuh dengan semangat untuk membersihkan diri dan terus melunaskan kerja-kerjanya.Hari ini Faiz perlu masak, membasuh baju, menghabiskan mutab'ah amal , assignment, ulang kaji pelajaran , menyiapkan bahan untuk usrahnya dan menelefon ibu bapanya.
Sampai di muka pintu,diseluknya saku seluar kiri dan kanan.
"Haaaisshh! mana pergi kunci rumah ni ?!!"
TERTANGGUH
* * * * * * * *
Fahamlah kita kenapa Rasullullah S.A.W memulakan dakwahnya dengan membina kefahaman ISLAM kepada para sahabat sebelum apa-apa syari'at-syari'at diturunkan.
Pada banyak ayat Quran yang menyatakan tentang orang beriman diikuti dengan beramal soleh.
"wahai orang-orang beriman dan beramal soleh.."
Ataupun, didahului dengan beriman atau yakin dan diikuti dengan solat,zakat,berbuat baik..
Dan segala amalan kebaikan untuk menjadi Hamba ALLAH.
Ini KUNCInya, KEYAKINAN yang lahir daripada KEFAHAMAN.
Sebelum seseorang mampu melakukan segala tuntutan dan meninggalkan larangan,keyakinan (IMAN) akan memandu dalam menentukan rencana hidup.Sebab itu kita pernah tahu sahabat-sahabat nabi sanggup memecahkan tembikar-tembikar arak setelah faham.
Zaman ini kita akan dapat lihat pemimpin dapat meninggalkan rasuah,
pelajar sanggup meninggalkan meniru ketika peperiksaan,
isteri sanggup taat pada suami,
anak-anak mampu mentaati ibu bapa,
suami mampu memikul tanggungjawab rumah tangga,
pasangan belum berkahwin tegas meninggalkan pasangannya,
penjual mampu jujur dalam jual beli,
dan muslim amanah pada tanggungjawab sebagai khalifah.
Kita akan rasa keajiban pada banyak perkara yang mampu kita lakukan.
Setelah hak pada minda (FIKRAH) dan rohani (IMAN) diisi.
Semuanya akan terjadi setelah TEORI diubah kepada PERBUATAN (AMAL).