basmalah Pictures, Images and Photos


انفلوانزا الذنوب (Infulenza Dosa)


ن
اللهم بلغنا رمضان
Allahumma sampaikan kami Ramadhan


* * * * * *

Seorang pemimpin yang hebat seperti Rasulullah S.A.W menjadi pemimpin yang hebat bukannnya lahir-lahir terus mampu memimpin masyarakat jahiliyyah.Atau seorang doktor memerlukan suatu tempoh yang panjang untuk mahir dari bidangnya.Bermula dari pendidikan awal sekolah rendah ,menengah dan terus ke bidang perubatan di institut pengajian tinggi.Begitu juga dengan apa jua kerjaya manusia.Itu sunnatullah.Tak akan benih padi yang ditanam hari ini mampu menjadi padi yang ranum setelah sehari berada di tanah bendang.


Begitu juga dengan pembentukan musleem ideal.Dalam membentuk individu yang ideal, ALLAH kurniakan suatu tempoh tarbiyyah yang meletakkan sepenuh tumpuan umat yang jaga dan sedar dari lamunan jahiliyyah.Kini umat pilihan nabi Muhammad mampu bermunajat melebihi 1000 bulan hanya dengan satu malam beribadah.Ramadhan yang bakal menjelang kurang daripada 80 jam daripada sekarang,apakah kita akan menjadikanya ramadhan yang tipikal yang kebiasaannya persiapan satu syawal mendahului persiapaan saru Ramadhan.



Satu tempoh latihan atau tarbiyyah yang ALLAH limpahkan kepada hamba-hambaNYA yang menyedari tempoh yang sangat penting untuk membentuk diri kembali.Kalaulah dalam setahun punyai 12 bulan,sanggupkah kita membazirkan 12 bulan dalam setahun dalam 20,40,50 tahun pada setiap tahun hidupnya kita di atas bumi ALLAH dengan amal ahli neraka?

Jadikanlah satu bulan Ramadhan tempoh paling manis kita bersama ALLAH.Andai seseorang menarik tangan anda ke kedai emas yang bertanda 'hari ini anda boleh dapatkan emas secara PERCUMA di sini' dan meninggalkan anda di muka pintu, semuanya terletak pada anda untuk mengambilnya atau tidak.ALLAH telah membuat satu lencongan yang baik untuk kita beribadah di bulan Ramadhan,tinggal lagi pada diri sendiri yang mahu atau enggan.



Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang (17:37)
0 Responses