basmalah Pictures, Images and Photos


Ummah Pada Amal


3 mac 1924 kejatuhan khilafah utthmaniyyah.Apa kepentingan khilafah untuk Ummah?Seperti post sebelum saya nyata,untuk jalankan syariat ISLAM setelah kita faham tugas khalifah.

Fokus kami (click) bukan pada mengkaji dan sedih atas kejatuhan khilafah semata-mata tetapi tingkatkan semangat melalui
KEFAHAMAN yang utuh dan bukannya semangat atas dasar yang kurang penting dari segi prioritynya dalam amal menuju redha ALLAH


Nak kita tegakkan kembali Khilafah sedangkan masih belum bersatu negara-negara Islam.Nak dibangunkan kembali Daulah-daulah Islam sedangkan masyarakat masih tidur.Nak kita satukan masyarakat ini sedangkan masih kosong jiwa-jiwanya.Ini bukan masanya dan bukan methodnya (mengumpul sejuta angka kosong) untuk tegakkan khilafah.Macam mana nak kita jadikan ISLAM sebagai 'world order' atau kuasa vetto sedangkan 3'zzah pada islam tu belum lagi kita rasakan pada diri sendiri.

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya. Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah :

1. Peribadi Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Memimpin Alam

Kami yaqin dengan jalan ini dan marhalah-merhalah tarbiyyah ini yang pernah junjungan kita lalui.Sabar dan terus THABAT.


Bila duduk dan berfikir sekejap,kita akan sedar bahawa betul jalan yang selalunya gembira dan senang lenang lagi menyeronokkkan itu adalah jalan menuju murka ALLAH adalah jalan ke neraka.Sebaliknya untuk mendapat kenikmatan yang kekal abadi memerlukan kita bersusah di dunia dan kesedihan serta air mata.


"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik" (An-Nahl:97)

Hari ini kita tahu tentang sejarah turunnya kekuatan umat ISLAM.Tetapi sekarang ini jugakah kita aturkan langkah untuk ke medan mujahadah dan islah(perbaiki) diri untuk mencapai redhaNYA yang merupakan juga bancuhan yang perlu teguh untuk membina kembali khilafah.