basmalah Pictures, Images and Photos


Kekasih ALLAH

Lebih 1000 tahun jungjungan besar Muhammad S.A.W meninggalkan kita dengan sempurnanya wasilah yang disampaikan.Alhamdulillah suasana(bi'ah) kita mengizinkan kita untuk ingat pada kelahiran Rasulullah S.A.W.

Demi umat ini,Rasulullah S.A.W sanggup mengorbankan apa saja untuk membuktikan tanda kasih sayangnya kepada kita.Nah..kita?

Rahmat baginda ke seluruh 3alam dan menyelamatkan umat .Nabi membawa satu gagasan kepada umat manusia yang melampaui tembok bangsa,tembok qabilah,tembok kekayaan dan segala tembok yang menjadi pemisah atau batas kepada kelompok manusia sesuai untuk mengikut apa-apa arus perdana.

Rasulullah s.a.w pernah diajak mencela Kuffar tetapi Baginda menolak dan berkata, "aku diutuskan bukan untuk memaki atau mencela. Tetapi aku adalah Rahmat kepada sekalian alam" . Justeru dalam kekecewaanmu dengan manusia yg jahil lagi lalai, kurangkan mengutuk banyakkan memujuk. Bina jambatan, jangan bina tembok!


Bukan pada berapa banyak ucapan atau segala macam pandangan manusia yang memuliakan Rasulullah S.A.W atau tersebarnya dakwah ISLAM.Tetapi pada
QUDWAH yang ditunjukan.

Letakan pada kotak minda kita bahawa penilain ALLAH adalah pada setiap amalan kita pada setiap hari samada bersama atau tidak dengan sunnah Nabi S.A.W dan bukan HANYA pada 12 rabi3ul awal sahaja.
Perbaharui keyakinan kita mulai sekarang.Bersama membina dan menjadi generasi yang hidup jiwanya.

اللهم صلي على محمد وعلى ال محمد

Perbanyakan selawat ke atas baginda.jadilah insan yang pemurah dengan selawat ke atas Nabi kita bagi memupuk tanda cinta kita.