Ini Brand Kita
Bersatu popularkan genre Islam
KESEDARAN dan usaha bagi menitip elemen-elemen tentang ajaran Islam sudah lama ada dalam filem-filem Melayu sejak era tahun 1940-an sehinggalah kini.
Biarpun bukan 100 peratus berstatus filem Islam, tetapi unsur-unsur pengajaran yang ada di dalamnya selaras dengan ajaran Islam serta mudah pula dititip oleh para penonton.
Bukan setakat negara ini, malah negara-negara lain seperti Iran, Indonesia dan negara-negara Timur Tengah juga telah lama mempunyai kesedaran ke arah itu.
Namun, kesedaran sahaja belum memadai jika tiada usaha berterusan dan serius bagi memartabatkan elemen-elemen Islam yang lebih tulin di sebalik sesebuah filem.
Pengarah dan pengkritik filem tempatan, Mansor Puteh berpendapat, sudah sampai masanya negara-negara Islam yang aktif menerbitkan filem bersatu mempopularkan genre sedemikian.
Katanya, suatu badan filem khas yang boleh menggabungkan kerjasama antara negara-negara Islam harus diwujudkan agar pemasaran filem Islam mudah dijalankan.
"Sudah sampai masanya kita (negara-negara Islam) bersatu mewujudkan sebuah badan khas yang boleh digunakan untuk kepentingan industri filem masing-masing pada masa depan.
"Contohnya dengan bekerjasama menerbitkan filem Islam, menayangkan di negara masing-masing dan mengedarkannya sehinggalah di peringkat antarabangsa," ujarnya.
Sarjana Perfileman dari Universiti Columbia, New York, Amerika Syarikat ini mencetuskan ideanya pada forum Minggu Filem Roh Ramadan Aswara 2010 di Aswara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Forum anjuran Aswara itu bertujuan menampilkan hasil kerja para pelajar perfileman terutamanya filem-filem yang berunsurkan keislaman sempena tibanya bulan Ramadan baru-baru ini.
Saranan Mansor itu ada benarnya kerana melalui kerjasama itu ia bukan sahaja mencetuskan lebih banyak persefahaman dan modal tetapi juga mutu dalam penerbitan sesebuah filem.
Ini kerana, sejak kebelakangan ini ramai pembikin filem yang tidak mendapat bimbingan dan berkarya mengikut kefahaman sendiri sehingga ia tidak memberi manfaat kepada para penonton.
Adalah mendukacitakan apabila ada filem-filem Melayu yang mempopularkan budaya Barat yang bebas dan liar sehingga secara tidak langsung menjayakan lagi agenda musuh-musuh Islam.
Ia juga seolah-olah memudahkan lagi dakyah dan propaganda Barat dalam usaha mereka mempromosikan budaya, sekali gus menguasai ekonomi melalui bidang perfileman di negara ini.
"Saya juga mencadangkan agar diadakan suatu rangkaian pawagam halal yang boleh menyokong usaha ini. Apalah guna ada filem Islam tetapi tidak ada tempat yang sesuai untuk ditayangkan?
"Perkara seperti itu boleh difikirkan kerana ia ada kaitannya dengan jenama halal yang banyak diaplikasikan dalam pelbagai produk seperti makanan dan minuman," katanya.
Galakan atas penerbitan filem-filem Islam sepatutnya sudah lama dijalankan memandangkan kebanyakan penonton filem-filem Melayu adalah beragama Islam.
Sayangnya, ramai pembikin filem yang tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya tanpa disedari ghairah menampilkan adegan-adegan yang bertentangan dengan Islam.
"Ada filem yang nampak seperti Islam sedangkan hakikatnya anti Islam. Misalnya, mempopularkan budaya lumba haram di filem yang secara tidak langsung bertentangan dengan Islam," ujarnya.
Ini ada sebuah lagu daripa Hamza Namira berkisar tentang persahabatan.Jauh manapun matlamat kita nak lihat ISLAM menjadi sumber rujukan dan panjang manapun perjuangan kita,kalau rasa sedih,lemah,kecewa,suntuk,sempit dalam masa berjuang dan terpaksa korban banyak perkara kesukaan kita.Itulah pentingnya kita berjemaah.Atau berkumpulan dalam berjuang.
Videoclipnya berlatarkan pantai Alexandria,Mesir.


syabproduction... XD
Aiwah ..
syabproduction -crew
hayati lagu hamza namira tuh...penuh maknanya