basmalah Pictures, Images and Photos


Perihatin Pendidikan Awal

السلام علبكم وحمة الله وبركاته




Esok akan bermula semesta baru untuk tahun baru bagi sesi 2010-2011.Masuk sebagai tahun 3 di sebuah universiti di wilayah Iskandariyah.Harapnya selepas ni akan lebih bersungguh-sungguh dan momentumnya kekal macam kawan-kawan lain.Allahumma amin.Ini bukan tulisan diari diri sendiri tapi satu perkongsian.

Kalaulah sebelum ni kita pernah baca tentang cara orang yahudi mendidik anak dan penekanan pendidikan sejak di peringkat awal,menarik bukan?Kita tinjau-tinjau sedikit penekanan pendidikan BANGSA kita,bangsa Melayu.Ah jangan sempitkan fikiran dengan sebut melayu dan terus kepada isu perkauman.Kata mudahnya,majoriti Melayu di Malaysia adalah muslim.Sejauh mana muslim di Malaysia sangat mementingkan pendidikan awal bagi anak.Maksudnya bukan pada hanya menghantar ke sekolah atau teori tetapi amalinya(praktikal)

Ya betul anak adalah permata ayah bonda.Masing-masing saling mengasihi.Itupun kalau penerapan kasih sayang itu ada.Kita ingin melihat satu generasi yang kuat dan pintar.Atau sebuah generasi yang mampu memahami ISLAM dengan satu bentuk cara hidup.Contohnya mudah,satu generasi yang dapat menguasai pelbagai bidang.Dialah ahli Fiqh dan dia jugalah ahli Astronomy.Dia seorang pakar ilmu perubatan dan diajugalah ahli tawasuf.Tak dapat nak bayangkan betapa gembiranya si ibu dan bapa mendapat anak-anak begini.

Tapi sebelum nak mendidik anak, mana nak datang ilmu yang banyak dan faham pada ilmu tersebut kalaulah ibu bapa si anak itu masa mudanya banyak terbuang dengan ..... (anda sendiri tahu apa yang nak disambung).


1 Response
  1. bila nak ada anak macam ni aiman?