Bezanya Kita

makin jauh kenikmatan qiamulail.Jangan jadi orang yang rugi
Ramadan semakin meninggalkan kita.Itu sunnatullah,masa makin bertambah penghujungnya makin dekat.Begitu juga kematian.Tak ada orang atas globe bumi ni,semakin tahun semakin jauh dengan kematian.Kalau ada,itu bukan makhluk.
Makin melangkah meninggalkan ramdhan,syu'ur (perasaan) gembira beribadah bulan ini makin ditutupi sambutan syawal.Ini hari-hari penghujung ramadhan.
Kalaulah dulunya sahabat yang dijanjikan syurga terus beribadah mengabdikan diri walaupun telah dijanjikan syurga.Kenapalah umat yang usianya pendek dan waktunya terlalu hampir dengan hari qiamat dan tak dijanjikan syurga oleh Rasulullah S.A.W,tak beramal sepertimana para sahabat?Hatta di bulan ramadhan.Tak berminat untuk ke syurgakah kita.(ps:matlamat kita adalah redha ALAH.Syurga adalah pemangkin motivasi).
Ini bezanya kita dan mereka.Pencapaian SPIRITUAL.Tapi berbeza juga kita dengan mereka dari sudut kesempurnaan AL-QURAN.Kita sudah selesai 100% penurunannya tapi mereka belum.
Banyak perbezaan yang sering kita cakapkan pada setiap individu;Orang ni mindanya pandai.Dia peroleh tajaan dan sambung dalam bidang kejuruteraan,perakaunan,perubatan bla bla bla.Ada juga perbezaan fizikal yang dibeza-bezakan.Rupa yang indah itu suatu kurniaan.Syukurlah.
Sungguhpun kita beza-bezakan itu, ALLAH kurniakan kita HATI yang sama untuk beribadah.Betapa MAHA ADILnya ALLAH.Kalaulah pencapaian minda itu menjadi ukuran di AL-MAHSYAR kelak,maka rugilah bagi para pekerja yang mencari rezeki dari bidang kemahiran.Jika pula ALLAH mengangkat darjat fizikal seseorang untuk menjadi nilai ukuran,maka rugilah setiap orang-orang yang ALLAH uji mereka dengan kemalangan jalanraya.Nilai keadilannya di sini.Sesiapa yang beribadah dengan kadar terbaik,maka pencapaian spiritualnya tinggi.Nilai iman dan taqwanya tinggi.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;(Ali imran :14-15)


anas likes this post
moga penghujung ramadhan kita peroleh rahmat dan keampunan di awal syawal
Kita ada nilai hanya kerana Islam. Apa beza ayam katuk yg bersih dan fresh dan lebih murah itu berbanding dengan ayam sembelih? Agama yg kita pegang itu. Apa beza seorang muslimah yg kita cintai itu yg kerap kita sapa dgn seorang isteri? Aqad yg di syariatkan Agama kita. Tanpa Agama kita ibarat haiwan bro !! Semua sama saja.