basmalah Pictures, Images and Photos


Isti’jal



Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah).

Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya…

Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sabar dan nabi akhiri dengan kalamnya ولكنكم تستعجلون maksudnya, tetapi kamu semua tergesa-gesa!

Tanda-tanda isti’jal

1. Menggabungkan individu dalam kafilah dakwah sebelum tauthiq, kenal pasti bakat, kemampuan dan persediaannya. Amal menegakkan Islam tidak boleh dibuat secara borong. Perlu kepada penelitian dan memastikan hanya anasir soleh yang boleh ditarbiah sahaja dibawa bersama. Juga kena ambil kira kekuatan untuk mendidik anasir yang telah dipilih tadi. Jangan sampai kita terpedaya dengan bilangan pengikut yang ramai, tapi mereka tidak boleh menghayati perjuangan Islam yang sebenarnya.

2. Meningkatkan daie ke peringkat lebih tinggi sebelum sampai masanya. Dengan alasan supaya orang tadi cepat meningkat, lebih faham dan produktif untuk dakwah dan jamaah. Sebenarnya ini satu kezaliman, kerana meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan dalam keadaan dia belum bersedia lagi.

3. Melakukan tingkahlaku yang memudharat dan tidak bermanfaat kepada dakwah. Perkara ini biasa berlaku kepada orang yang tiada disiplin amal jamaie atau memang tidak boleh didisiplinkan. Lebih malang lagi apabila tindakan yang dibuatnya mendatangkan mudharat kepada dakwah dan memundurkannya puluhan tahun ke belakang.

Kesan-kesan isti’jal

1. Membawa kepada futur. Futur bermaksud kembali lemah selepas aktif! Boleh jadi seseorang itu asalnya amat aktif dalam amal dan dakwah tetapi sekarang dah malas dan melengah-lengahkan amal, tak aktif lagi. Juga boleh jadi lebih teruk dari itu, langsung berhenti dari amal dan dakwah. Lihatlah keliling kita, sahabt seperjuangan semasa di kolej atau universiti dulu, sama-sama aktif. Tapi bila dah berkahwin dan bekerjaya, tidak sehebat atau selantang dulu, bahkan ada yang senyap tak buat apa-apa, tidak kurang juga yang aktif tapi hanyut bersama pihak yang ditentang dulu!

2. Membantutkan amal, atau memundurkannya puluhan tahun ke belakang. Bayangkan kalau semua orang mengambil langkah drastik dan agresif atas nama amar makruf, nahi mungkar. Kemudian semua yang agresif tadi disumbatkan dalam penjara, siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka? Ini merujuk kepada tidak mengambil kira akibat dari amal yang dilakukan. Sebab itu selain dari perlu mengenali mungkar, perlu juga tahu uslub untuk mengubahnya. Faktor masa perlu diambil kira. Sebab itu pada zaman Makkah, nabi tidak mewujudkan sebarang konfrontasi dengan Arab Jahiliah. Selepas berhijrah dan mendapat sokongan Ansar dan Muhajirin, barulah berlaku.

Sebab-sebab isti’jal

1. Dorongan hawa nafsu dan semangat yang tidak dikawal. Iman kita naik dan turun. Masa iman naik, seseorang itu akan bersemangat untuk beramal dan mencegah kemungkaran. Tapi jika tidak dikawal dan terburu-buru, pastinya musibah yang menimpa. Contoh terdekat ialah membakar gereja dalam isu kalimah Allah. Ada orang akan terbakar semangatnya…

2. Kurang merujuk kepada sirah nabawiyah, sunnah Allah dan perjalanan dakwah para dua’t.Sunnah Allah terhadap alam; Allah sendiri menegaskan bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari. Bukan dengan sekelip mata, biarpun Allah mampu dengan kun fayakun. Sunnah Allah dalam pensyariatan; arak diharamkan secara berperingkat. Bukan sekaligus. Para qudama’ (veteran) dalam amal dakwah pun mengambil masa yang lama, keluar masuk penjara, tapi tetap thabat sampai akhir hayat kerana memahami bahaya isti’jal. Maka pengalaman orang lain dan jamaah lain perlu diambil kira supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Semangat golongan muda perlu diimbangi dengan hikmah para qudama’.

3. Tidak tahan dengan cabaran dan beban dakwah, juga mahukan hasil yang cepat. Perlu ingat, kita tidak dipertanggungjawabkan kepada hasil atau natijah. Tapi kita akan disoal terhadap apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Kita mesti berusaha, kemudian serahkan kepada Allah. Mengapa nabi tidak berdoa sahaja ketika diminta oleh Khabbab? Sedangkan doa baginda mustajab. Jawapannya, nabi nak ajar kita bahawa kemenangan agama ini perlu dengan tangan manusia sendiri, bukan dengan Kun Fayakun!

Pesanan Hasan Al-Banna

Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…

Wallahu a’lam

*Asalkan niat untuk menyeru kepada kebaikan, saya mengambil penulisan ini daripada seorang ikhwah dari Malaysia

Peringatan Buat Kita

Tak banyak yang kita kejar dalam hidup kita dapat.Tapi sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup apabila kita ditawarkan suatu kemanisan di negeri abadi yang pada hakikatnya susah untuk kita kekal atas jalan istiqomah.Alangkah beruntungnya kita kerana ALLAH bukan suruh hamba-NYA semata-mata,tetapi ALLAH datangkan kita pembimbing.Dan dalam penciptaan manusia itu adanya jiwa.Betapa besarnya kasih sayang ALLAH,ALLAH fardhukan kita solat 5 kali sehari untuk mendidik jiwa.Bayangkan tiada solat difardhukan, mana sumber kekuatan jiwa nak kita dakap?

حماسة

Yang menggerakkan antara dua;
kalau tak kerana faham,mungkin kerana semangat,
pada pemuda adanya semangat berbanding si tua
halakan usaha amal berkiblat faham
kerana semangat pasti pudar bila usia memagar
itu keterbatasan,
fahaman terus berkekalan.

كَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu" (TQS. Al Hadiid 23)

nur kefahaman menerangi

25 dzul hijjah 1431
atas Rakoda,
Shatby,Iskandariah
Mesir

Juhud

Jalan ini perlu keseriusan
bukan jalan menjanjikan nama,pangkat,harta
bukan jalan menyediakan ''متاع'' kesenangan dunia
kerana ini adalah jalan DAKWAH !!!
itu hakikatnya

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ
مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

  • Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat
  • (QS. 2:214)
  • .

  • 20 dzul hijjah 1431
    atas Rakoda,
    shatby,iskandariah
    Mesir.




    Memahami Bahasa Manusia


    Memerhati keadaan sekeliling pada erti mendalam isi hati manusia adalah satu perkara mudah.Andai bergerak berinteraksi dengan mana-mana individu dalam usaha menyeru ke arah satu matlamat,bukan lagi perkara yang boleh dianggap mudah.Di lisan mungkin ya tetapi pada medan sebenar,hanya yang berusaha mendekati manusia saja yang tahu.

    Selalu kita dengar mengenai Sirah Rasulullah S.A.W dalam usaha berdakwah,baginda sangat teliti dan dengan kemuliaan akhlak yang tinggi memudahkan dakwahnya sampai meresap pada hati-hati yang dicampakkan ALLAH hidayah dalamnya.

    Di samping mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang jalan ini,kita masih tidak boleh lari daripada memahami ‘bahasa manusia’ kerana dakwah kita bukan pada makhluk yang tak punyai perasaan.Ya,kita meletakkan mardotillah sebagai matlamat hidup dan perjuangan kita, tetapi dalam usaha kita pada sebuah masyarakat tidakkah kita memdalami sabda junjungan besar Rasulullah S.A.W

    ” Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak /budi pekerti.”

    (riwayat Tibroni)

    Mahukah kita menjadi fitnah kepada ISLAM itu sendiri kerana buruknya akhlak yang mewakili umat ini dan membelakangi sunnah dalam tingkah laku kita? Dan adakah Nabi S.A.W mengakui jalan dakwah baginda mengetepikan akhlak mulia dan kasih sayang?

    Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(QS. Ali Imran:159)

    Nabi S.A.W menggariskan hala tuju dakwahnya dengan budi pekerti.Asasnya itu adalah sebagai tuntutan HAK kepada setiap makhluk yang perlu kita tunaikan.Hak kepada rakan,jiran,pengguna jalan raya,ibu bapa,pemimpin dan sesama muslim. Semua ini punyai hak daripada kita yang perlu ditunaikan.

    Selaku umat yang diperintahkan di dalam Al-Quran dengan seruan menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, kita perlu peka dan sedar akan peranan besar yang akan kita tunaikan ini.Kita mahu sebuah generasi yang mampu mewarisi kemuliaan dakwah dan kedaulatan ISLAM subur dengan nilai INSAN RABBANI yang jelas dengan matlamatnya dan tak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling yang mempengaruhinya.

    Selepas kita memahami betapa indahnya budi pekerti yang mulia,kita akan sedari bahawa dalam menyebar dan memahamkan masyarakat dengan sebuah fikrah yang subur dengan ketaqwaan ini memerlukan ikatan KASIH SAYANG antara jiwa-jiwa manusia itu sendiri.Masakan sebuah Negara ISLAM hatta khilafah ISLAM itu berdiri tetapi umat di bawahnya bercakaran dan berkelahi akibat kurang mengimani nilai sebuah AKHLAK MULIA.

    Adakah kemenangan ISLAM itu akan dikurniakan ALLAH jika masih ada lumpur-lumpur kotoran dalam sikap-sikap seperti penghuni neraka?


    Bersemangat


    Kadang-kadang kita rasa futur kerana kurangnya kebersamaan dalam satu biah yang membina.Bersama-samalah kita mewujudkan biah yang diidam-idamkan

    Orang kata hidup umpama roda

    Bukan nak kata iman saja ada naik turun

    Semangatpun kita kena peka

    Elemen fizikal,mental,ruhani dan emosi dalam diri

    Ada mainkan peranan dalam hidup;

    Damainya hidup dalam satu suasana dan persekitaran yang membina

    Moga-moga kita terpelihara dan tak ketinggalan.




    Perihatin Pendidikan Awal

    السلام علبكم وحمة الله وبركاته




    Esok akan bermula semesta baru untuk tahun baru bagi sesi 2010-2011.Masuk sebagai tahun 3 di sebuah universiti di wilayah Iskandariyah.Harapnya selepas ni akan lebih bersungguh-sungguh dan momentumnya kekal macam kawan-kawan lain.Allahumma amin.Ini bukan tulisan diari diri sendiri tapi satu perkongsian.

    Kalaulah sebelum ni kita pernah baca tentang cara orang yahudi mendidik anak dan penekanan pendidikan sejak di peringkat awal,menarik bukan?Kita tinjau-tinjau sedikit penekanan pendidikan BANGSA kita,bangsa Melayu.Ah jangan sempitkan fikiran dengan sebut melayu dan terus kepada isu perkauman.Kata mudahnya,majoriti Melayu di Malaysia adalah muslim.Sejauh mana muslim di Malaysia sangat mementingkan pendidikan awal bagi anak.Maksudnya bukan pada hanya menghantar ke sekolah atau teori tetapi amalinya(praktikal)

    Ya betul anak adalah permata ayah bonda.Masing-masing saling mengasihi.Itupun kalau penerapan kasih sayang itu ada.Kita ingin melihat satu generasi yang kuat dan pintar.Atau sebuah generasi yang mampu memahami ISLAM dengan satu bentuk cara hidup.Contohnya mudah,satu generasi yang dapat menguasai pelbagai bidang.Dialah ahli Fiqh dan dia jugalah ahli Astronomy.Dia seorang pakar ilmu perubatan dan diajugalah ahli tawasuf.Tak dapat nak bayangkan betapa gembiranya si ibu dan bapa mendapat anak-anak begini.

    Tapi sebelum nak mendidik anak, mana nak datang ilmu yang banyak dan faham pada ilmu tersebut kalaulah ibu bapa si anak itu masa mudanya banyak terbuang dengan ..... (anda sendiri tahu apa yang nak disambung).