basmalah Pictures, Images and Photos


Bangsaku

Ini hari-hari penghujung ramadhan.Dan kita sudah meraikan merdeka ke 53 beberapa hari lepas.Tulisan ringkas dan disertakan sajak berkait dengan bangsa ini bukan untuk menaikkan semangat perkauman atau nasionalism atau lebih parah dari tu.Sifirnya mudah, majority Muslim di Malaysia adalah bangsa Melayu.Disebut Melayu mesti disertakan agamanya ISLAM.Yang Melayu tetapi bukan muslim tak dinamakan Melayu jika di Malaysia.

Ketepikan dahulu prasangka kaum,politik dan pegaduhan kerana banyak perkara cabang yang timbul dalam perjuangan tersebut serta mampu melarikan fokus Muslim untuk menjadikan ISLAM adalah 'world order'.Tapi,nanti dulu.Tengok balik pada sikap dan kekuatan serta kemampuan setiap Muslim atau di Malaysia Melayu.

Sekarang tukarkan 'mind set' anda daripada Melayu totok kepada Melayu yang sudah sedia faham adalah MUSLIM.Tujukan pada muslim dan diri kita.


“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.


- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Sajak berkerat-kerat

Ramadhan itu bulan puasa,
jangan dibiarkan rohani lapar dan dahaga.

Siangnya itu terang,
jangan gelapkannya dengan dosa.

Malamnya panjang,
jangan pendekkannya dengan tidur.

Hati itu kontang,
suburinya dengan amal kebajikan.


Macam mana kita bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam hidup,sepatutnya macam tu juga kesungguhan memburu lailatul qadr.

Hari ini kita meletakkan kesungguhan.Mana tahu nilai kesungguhan mencari redha ALLAH itu besar di sisi-NYA biarpun kecil di mata manusia.


KERJA TUHAN ,SIAPA TAHU?

اهلا يا رمضان

كل سنة وانتم بخير
Moga termanis dan bahagia dalam hidup kita berada di bulan ramadhan.

Bersama mengislah diri.Sehingga berjumpa lagi.



p/s : Saya bersama sahabat-sahabat perubatan Alex akan berada di kota haramain bermula 9/8 sehingga 23/8

انفلوانزا الذنوب (Infulenza Dosa)


ن
اللهم بلغنا رمضان
Allahumma sampaikan kami Ramadhan


* * * * * *

Seorang pemimpin yang hebat seperti Rasulullah S.A.W menjadi pemimpin yang hebat bukannnya lahir-lahir terus mampu memimpin masyarakat jahiliyyah.Atau seorang doktor memerlukan suatu tempoh yang panjang untuk mahir dari bidangnya.Bermula dari pendidikan awal sekolah rendah ,menengah dan terus ke bidang perubatan di institut pengajian tinggi.Begitu juga dengan apa jua kerjaya manusia.Itu sunnatullah.Tak akan benih padi yang ditanam hari ini mampu menjadi padi yang ranum setelah sehari berada di tanah bendang.


Begitu juga dengan pembentukan musleem ideal.Dalam membentuk individu yang ideal, ALLAH kurniakan suatu tempoh tarbiyyah yang meletakkan sepenuh tumpuan umat yang jaga dan sedar dari lamunan jahiliyyah.Kini umat pilihan nabi Muhammad mampu bermunajat melebihi 1000 bulan hanya dengan satu malam beribadah.Ramadhan yang bakal menjelang kurang daripada 80 jam daripada sekarang,apakah kita akan menjadikanya ramadhan yang tipikal yang kebiasaannya persiapan satu syawal mendahului persiapaan saru Ramadhan.



Satu tempoh latihan atau tarbiyyah yang ALLAH limpahkan kepada hamba-hambaNYA yang menyedari tempoh yang sangat penting untuk membentuk diri kembali.Kalaulah dalam setahun punyai 12 bulan,sanggupkah kita membazirkan 12 bulan dalam setahun dalam 20,40,50 tahun pada setiap tahun hidupnya kita di atas bumi ALLAH dengan amal ahli neraka?

Jadikanlah satu bulan Ramadhan tempoh paling manis kita bersama ALLAH.Andai seseorang menarik tangan anda ke kedai emas yang bertanda 'hari ini anda boleh dapatkan emas secara PERCUMA di sini' dan meninggalkan anda di muka pintu, semuanya terletak pada anda untuk mengambilnya atau tidak.ALLAH telah membuat satu lencongan yang baik untuk kita beribadah di bulan Ramadhan,tinggal lagi pada diri sendiri yang mahu atau enggan.



Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang (17:37)

Mampu dan Sanggup


Hari ini Faiz pulang ke rumah awal kerana tiada kelas lagi.Penuh dengan semangat untuk membersihkan diri dan terus melunaskan kerja-kerjanya.Hari ini Faiz perlu masak, membasuh baju, menghabiskan mutab'ah amal , assignment, ulang kaji pelajaran , menyiapkan bahan untuk usrahnya dan menelefon ibu bapanya.

Sampai di muka pintu,diseluknya saku seluar kiri dan kanan.

"Haaaisshh! mana pergi kunci rumah ni ?!!"

TERTANGGUH


* * * * * * * *


Fahamlah kita kenapa Rasullullah S.A.W memulakan dakwahnya dengan membina kefahaman ISLAM kepada para sahabat sebelum apa-apa syari'at-syari'at diturunkan.

Pada banyak ayat Quran yang menyatakan tentang orang beriman diikuti dengan beramal soleh.

"wahai orang-orang beriman dan beramal soleh.."

Ataupun, didahului dengan beriman atau yakin dan diikuti dengan solat,zakat,berbuat baik..
Dan segala amalan kebaikan untuk menjadi Hamba ALLAH.

Ini KUNCInya, KEYAKINAN yang lahir daripada KEFAHAMAN.

Sebelum seseorang mampu melakukan segala tuntutan dan meninggalkan larangan,keyakinan (IMAN) akan memandu dalam menentukan rencana hidup.Sebab itu kita pernah tahu sahabat-sahabat nabi sanggup memecahkan tembikar-tembikar arak setelah faham.

Zaman ini kita akan dapat lihat pemimpin dapat meninggalkan rasuah,
pelajar sanggup meninggalkan meniru ketika peperiksaan,
isteri sanggup taat pada suami,
anak-anak mampu mentaati ibu bapa,
suami mampu memikul tanggungjawab rumah tangga,
pasangan belum berkahwin tegas meninggalkan pasangannya,
penjual mampu jujur dalam jual beli,
dan muslim amanah pada tanggungjawab sebagai khalifah.

Kita akan rasa keajiban pada banyak perkara yang mampu kita lakukan.
Setelah hak pada minda (FIKRAH) dan rohani (IMAN) diisi.

Semuanya akan terjadi setelah TEORI diubah kepada PERBUATAN (AMAL).


Tak Rugi


Jika akan wujud lagi seorang yang sepertinya, saya cuba cari ia, dan sentuhkan ia dgn nilaian tarbiyah yang begitu syumul. Jika ia di kalangan saya, maka, KAMU! percayalah..yang saya sedang mencari kamu" - Thaaqhib Mohammed



" ALLAHU AKBAR ! (2x)"


"ASSOLATU KHAIRUMINANNAUM"

Si Kerenteng bangun dan bergegas ke tandas untuk mandi.



"aargghh!!, sejuk nya air ni.Kenapalah tak di
'on' semalam heater ni?!"


Memang kalau di musim denging air panas menjadi keperluan.



Usai bersuci dan membersihkan badan,segera ke masjid.mengejar takbiratul ula.(takbiratul ihram yang pertama)


Matahari mula memancar sedikit demi sedikit.Sarapan masih belum ada.Ahli rumahnya yang patut menyiapkan sarapan kurang alert.



Pergi ke kuliah dengan keadaan lapar dan agak terlewat.Terpaksa menaiki teksi untuk lebih cepat.


Berlari bagai ber
sai'e di safar dan marwah. Alhamdulillah sampai sedikit lewat tetapi prof. masih belum ada.


Kerinting terus menunggu dengan membuka buku sambil bertanya khabar pada rakan-rakannya.



Hampir setengah jam menunggu,penyelia datang menyampaikan bahawa kulaih di tangguh pada jam 4 petang kerana prof punyai kerja lebih besar untuk diselesaikan.



Kerinting pulang dengan hati berkecamuk dan perut yang lapar dan badan yang sejuk .



Sampai saja di jalan utama dia terus dihon oleh pemandu2 Mesir.


Geramnya menjadi-jadi dan membuak-buak.Mahu saja ditumbuk sesiapa saja.Asalkan tumbuk!



Datang pula kawannnya berniat untuk memberi sedikit nasihat .Habis kawannya dimarahi. Tiba saja di rumah
bawwabnya (pengawal bangunan) terus meminta wang bulanan.


Tiada sabar lagi baginya.


* * * * * * * * * *


Ramai orang akan menyediakan bekalan yang mencukupi untuk bermusafir hingga ke Johor Bharu jika tempat diamnya di Bandar Baru Bangi.Sebab yakin bahawa perlunya bekalan.Dan kerana yakinlah, perlu juga persiapan bekalan ke akhirat.


Tiada bangunan pencakar langit gah berdiri tanpa pasak tiangnya tidak kukuh.Sunatullahnya,tiada gunung tinggi bertiangkan sebatang lidi. Kerana untuk melahirkan individu yang kuat aspek jiwa dan mentalnya, pasak kukuh kekuatan perlu ditanam dengan ujian-ujain membina dan menggerakkan dari satu tapak ke satu tapak lebih maju.



Kadang-kadang rasa geram,marah dan benci bila ada 'musibah' yang datang pada kita.Pada hakikatnya rahmah untuk kita perbetulkan dan penambahbaikan.




Tak rugi kita disakiti hari ini kalau kita akan menjadi doktor yang disayangi pesakit,akauntant yang disuka rakan pejabat,anak yang direstui ibu bapa,jiran yang disenangi jiran,rakan yang dihormati rakan,guru yang disayangi pelajar,isteri yang dikasihi suami begitu juga sebaliknya,ibu atau bapa yang dirindui anak-anak dan yang mutlak,abdu (hamba) yang diredhai TUHANnya.

Itupun kalau kita sedar masanya kita diuji.
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi aLLAH orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar.(ali imran:142)

Solahuddin Punyai Strategi



Hari ini Bulat ke kuliah seperti hari-hari biasa.Dengan berbekal semangat dan keazaman dia terus melangkah.Alhamdulillah mutaba3ah amalnya bagi hari ini lampir langsai.


Buku,pen,highlighter,dompet dan telefon bimbitnya turut bersama.


Hari ini hari Khamis, pembentangan bagi (problem-based learning) akan berlangsung hari ini.Dalam perjalan ke kampus, van yang dinaikinya rosak di 1/3 perjalanan.


Dia tak punyai wang lagi untuk pengangkutan.Untuk makluman awal,dia mengambil telefon dari koceknye dan terus menekan 'keypad' .

Malangnya,telefonnya tak langsung punyai tenaga bateri.Dia sebuk menyiapkan kerjanya hingga terlupa untuk mengecas.


* * * * * * *

Tersentak kita kebelakangan ini dengan pengumuman Yahudi laknatullah untuk merobohkan al-aqsa bagi membina haikal sulaiman.Tak cukup umat Islam diuji dengan cacaian yang tak putus-putus,diperangi dan dizalimi, kiblat pertama kita pula dinodai.


Sejarah menunjukkan tanah Palestine adalah tanah berdarah-diperolah dengan darah umat Islam.Dan al-aqsa pula bukanlah milik si Yahudi laknatullah,tapi milik setiap jiwa yang meyakini syahadah hatta penjual ful(kacang) di Mesir pun punyai 'gran' pemilikannya.




Modalnya,syahadah dan Keimanan.




Apa patut kita kejar dan kerjakan untuk al-aqsa?




Alhamdulillah, beberapa dekad kebelakangan ini,setelah banyak ujian melandaKITA umat Islam dan akhirnya kita sedar.Banyak kelas-kelas,usrah-usrah,daurah-daurah dan pelbagai bentuk program untuk usaha mengejutkan muslim-muslim yang tidur lena dengan bantal dan tilam jenama fikrah barat.



Akhirnya ramai yang kini punyai kesedaran.



Tapi ramai juga yang lagi asyik lenanya.



Sudah kefahaman,ilmu dan fikrah ada pada kita, apa yang sudah mampu kita sumbangkan untuk ummah ini.Biarlah banyak manapun ilmu telah kita pelajari dan kita fahami,kalau tak mampu memberi pulangan dan bakti untuk kekuatan ummah, ia meruapakan satu kerugian.



"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan segala amanah terhadap ahli (yang berhak menerimanya)." (an-Nisa': 58)




Banyak mana fungsi sesebuah telefon bimbit jika tak mampu membari pulangan perkhidmatan kepada manusia,sia-sialah fungsi 3.5 G,kamera 10 MP dan mp3 nya kerana tiada bateri.Samalah seperti muslim yang banyak ilmu serta faham,jika tak dicas dengan cas amal pada dirinya,pulangan dakwah mana yang diharapkan.Dan mana kekuatan membebaskan al-aqsa yang diidamkan?


بلغوا عني ولو اية

Generasi Salahuddin yang membebaskan al-aqsa tak kan lahir dengan banyaknya ibubapa menamakan anaknya dengan nama salahuddin tapi solatnya atau ibadah dan akhalaqnya sama seperti era jahiliyyah.



Syarikat telefon bimbit 'NORKIAH' sudah sertakan pengecas untuk mengecas telefon bagi kegunaan yang pelbagai.Untuk memudahkan manusia berkomunikasi.Terpulang pada diri kita sama ada untuk mengecas dan menggunakan telefon tersbut seoptimum mungkin atau tidak.



Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahwa Dia akan memberikan kedaulatan kepada mereka di belahan bumi ini, sebagaimana Dia telah memberikan kedaulatan kepada umat sebelumnya. Bahwa Dia akan memperkuat kedudukan agama mereka yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan bahwa Dia akan merubah suasana ketakutan mereka menjadi suasana yang penuh rasa aman tenteram; di mana mereka selalu dapat beribadah kepada-Ku tanpa mempersekutukan Aku dengan sesuatupun. Barangsiapa yang tetap kafir sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang durhaka.(An-nur:55)




Semangat untuk membebaskan al-aqsa sahaja tak cukup.BERGERAK!!