basmalah Pictures, Images and Photos


Budaya Mudah Berpuas Hati



Pencapaian masyarakat perlu ditingkatkan bukan hanya berbangga hingga ke akhir zaman



"Saya hormat dan kagum dengan mereka.Mereka mampu jadi seperti orang Jepun.Kita TAK akan menjadi."

Sampai ke tahap ini luahan pensyarah saya pada sesi kuliah pagi tadi.Beliau memuji orang Malaysia yang mempunyai budaya saing yang sihat dan mempunyai tingkah laku yang boleh dikira sopan dan agak disenangi orang ramai.Pada hakikatnya kita tahu budaya kita dan kita teliti apa yang kita kurang bila melihat gelagat orang2 Mesir dalam kehidupan seharian.Kami agak tergemam .


SEDAR POTENSI

Sejak muda lagi kita dah diberi pendedahan dengan cara pertingkatkan usaha dalam sesuatu kerja yang kita lakukan.Dengan lambakan pepeiksaan di zaman persekolahan kita dididik untuk sedar dengan potensi diri untuk mencapai sesuatu tujuan yang gemilang iaitu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.Kita akan sedar yang kita punyai potensi untuk berjaya dalam sesuatu perkara yang kita inginkan.Tak kisahlah kalau pada masa ni majoriti orang meletakkan pencapaian dalam peperiksaan adalah segala-galanya.Seolah-olah membawa erti gagal atau kurang cemerlang dalam peperiksaan adalah penghujung hayat seperti sebahagian rakyat Jepun.


CAPAI MATLAMAT

Kadang-kadang kita beranggapan jika sesudah berjaya mencapai sesuatu hajat atau apa yang diimpikan adalah sesuatu pencapaian yang sudah mampu memberi kepuasan kepada keseluruhan hayat di dunia.Contohnya, pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PMR atau SPM.Jika sudah mendapat kejayaan 9A atau 11A.Ada segelintir daripada pelajar-pelajar ini kurang cemerlang prestasinya apabila memasuki ke peringkat yang lebih tinggi.Mungkin ada dalam anggapan mereka yang kejayaan di peringkat sebelumnya mampu dikekalkan.Tak kisahlah kalau ada di kalangan pelajar-pelajar kurang cemerlang atau prestasi merudum kerana usaha yang kurang dan mempunyai gaya pemikiran begini.

Dan pada apa yang kita selalu kerjakan kadang-kadang rasa terlalu berpuas hati menyiram di benak jiwa kita dan kurang berminat ingin melonjak lebih jauh disebabkan kita berada di kedudukan yang selesa.

"Mereka ingat dengan terbinanya piramid dah mampu mengekalkan kecemerlangan mereka," luah pensyarah saya lagi.

Apa yang saya faham seperti beliau ingin menyatakan yang 'penat' membina piramid yang dirasai orang Mesir purba dirasai orang Mesir moden.Dan seolah-olah penyapaian mereka membina piramid sudah mampu menunjukkan kepada dunia yang kecemerlangan mereka akan kekal tak luput zaman dan tak perlu ditingkatkan lagi usaha mereka.

Kita perlu lihat budaya orang Jepun dalam hal ni.Semangat puak samurai masih tersemat dalam diri orang Jepun hari ini.Mereka tak mudah berpuas hati dengan apa yang mereka rekakan dalam teknologi begitu juga segala aspek dalam kehidupan mereka.Kita lihat pada pencapaian syrikat2 kereta mereka.Makin hari makin bertambah baik kualitinya dan makin memuaskan para pelanggan.Dan budaya mereka yang selalu meningkatkan produktiviti kerja seharian mereka.Dengan kekuatan semangat pada diri mereka , boleh kita katakan Jepun sebuah negara maju yang telah maju sedekad dari Malaysia.


MATLAMAT HAKIKI

Muslim hari ini seharusnya perlu ada kekuatan semangat seperti orang Jepun.Bukan bermakna keagungan kepimpinan ISLAM dan umat terdahulu yang mampu menguasai 2/3 dunia, 'membolehkan' kita duduk di atas kerusi malas di tepi tingkap sambil berangan-angan tanpa ada usaha dan hanya berbangga kepada keupayaan dan pencapaian umat terdahulu.

Kita sepatutnya meletakkan matlmat terbesar adalah mendapat REDHA ALLAH yang terkandung dalamnya keinginan meraih syurga ALLAH dalam apa jua yang kita kerjakan.Bayangkan hari ini kita belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan menganggap ALLAH sedang memerhati kita.Tentu sekali Muslim yang hatinya ada kesan siraman iman akan terasa ingin berusaha sedaya upaya dalam pelajarannya untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya dan mendapat ganjaran dariapda ALLAH (REDHA ALLAH) yang lebih utama.Meskipun ALLAH mengujinya dengan sedikit kekecewaan dalam pelajaran atau apa yang diusahakannya,muslim itu tak akan rugi untuk 'sahamnya' di akhirat kerana tersemai niat ikhlas untuk ALLAH dia menuntut ilmu.Dan kalaulah dia berasa pedih dalam ujian ALLAH dalam apa yang diusahakannya,dia masih meraih ganjaran ALLAH di atas kesabaran yang dipupuk. Kalaupun muslim itu kecewa dalam pencapiannya , dia masih mampu muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada ALLAH.Dan inilah wasilah ALLAH mengingatkan kita suapaya dekat kepada-NYA.
0 Responses