Kita RASA
RAHMAT RAMADHAN
"mama,boboy nak ayam percik dengan nasi ayam kat bazar nanati ye",pinta boboy pada ibunya dalam perjalanan ke bazar ramdhan di kompleks PKNS Bangi.Ibunya berpaling lantas senyum.Tanda setuju barangkali.
" ramainya orang.Macam mana ni?"
"kita beli yang tempat tak ramai oang la",boboy memberi pendapat.
Tibanya bulan ramadhan,pesta ibadah bermula selama sebulan.Pastinya mengasyikan bila surau-surau dan masjid menjadi tumpuan Muslim . Kedatangan bulan ini juga tampak mengembirakan para peniaga kerana dapat mengaut untung dengan berlipat ganda.Maklumlah,juadah-juadah yang tak ada pada bulan-bulan lain diperkenalkan pada bulan puasa ini saja.
Bagi kanak-kanak pula akan berasa dihargai apabila permintaan mereka untuk mendapat juadah berbuka puasa dapat dipenuhi.Tahu sajalah ibu bapa rasa ingin merangsang dan mendidik mereka supaya berpuasa.
Tak kurang juga lihat cuaca yang agak redup sepertu merahmati bulan ini.Sejak pulang ke Malaysia,cuaca agak panas.Tapi sebaik saja masuk ramadhan nampak agak redup dan selesa.Rahmat ALLAH kepada hambanya.Kita akan rasa jika bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan.Insya ALLAH.
RIADAH RAMADHAN
Mulanya pada awal ramadhan kita bersemngat untuk komited pada ibadah pada bulan ini.Seronok dan rasa terdidik bila meilhat saf2 di masjid dan suarau mula terisi setiap waktu dengan solat fardhu .Jika di MESIR, pada setiap solat fardhu ketika di bulan ramdhan semestinya penuh sehingga terpaksa membentangkan tikat-tikar di luar masjid bagi menampung jemaah yang ramai. Rasa seperti ISLAM memang punyai sinar untuk dijulang tinggi.
Tak lupa juga pada tilawah quran yang meningkat. Di Mesir, dalam kereta apinya (METRO : menghubungkan tempat-tempat di bandar KAHERAH) memang mudah dilihat budaya membaca Quran di mana saja terutama pada bulan ramadhan.Gembira dan rasa teruja pun ada pada hari-hari awal ketika di Mesirt tahun lepas (2008).Bagi yang murah hati, mereka sangat gembira setibanya ramdhan kerana dapat bersedakah di majlis-majlis berbuka puasa.Bukanlah maksudnya di majlis-majlis saja,tapi kelazimannya di Malaysia begitu.Lambakan Muslim2 yang ingin bersedekah untuk juadah berbuka,anak yatim dan golongan kurang berkemampuan kelihatan ketara di bulan puasa ini.Bagi saya, lebih seronok di Mesir kerana meja-meja di luar-luar masjid disusun bagaikan ada majlis walimah.Mereka melipatgandakan sedekah mereka.Sangat cemburu dengan budaya mereka.
ERA BERUBAH
Saat ramadhan hendak melabuhkan tirainya kita masih lagi berusaha mencari sebanyak mungkin pahala dan mengejar janji-janji ALLAH pada hamba-NYA.Tak seperti di awal ramadhan yang mana kita akan rasa meriah dan beriya-iya hendak membeli juadah di bazar-bazar ramdhan.Kalau pada awalnya kita pusing sekali saja di saut bazar , kita sudah punyai berbungkus-bungkus makanan untuk juadah berbukanya.tapi di penghujung-penghujung ramadhan rasa minat dan seronoknya agak hambar.Pusing di bazar ramdhan dua tiga kali baru kita peroleh satu bungkus makanan. Bukanlah bermakna kita mesti ke bazar ramadhan atau membazir di bazar ramdhan .Cuma saya ingin bawakan satu senarioa untuk dpfahami.
Ketika sahur pula,di hujung-hujung ramdhan ini , agak kurang bersemangat untuk menjamah makanan berbanding ketika di awal-awalnya ramadhan.Dan mungkin perubahan sikap yang pemarah mula merudum panas barannya dan kesabaran makin meningkat.
Alhamdulillah kalau kita rasa begitu kerana berkemungkinan besar kita telah berjaya mendidik diri kita dari tunduk kepada hawa nafsu.Layaklah untuk kita segulung PhD Ramadhan.Agak melampau pangkatnya kerana bertaraf doktar falsafah.Namun memang layak lebih tinggi dari itu kerana ketaqwaan yang di pandang di sisi ALLAH.
Mungkin sengaja ALLAH menarik kita untuk lupa sebentar pada makanan,dan mengajar cenderung kepada ibadah.Baru saja beberapa hari ALLAH meletakkan makan itu sebagai hanya 'minyak' dalam badan kita, kita sudah seolah-olah tak berselera untuk makan (agak melampau juga perumpaannnya).Memanglah makanan itu keperluan asas kepada manusia tetapi hanya perlu sekadar membkalkan tenaga bukan membekalkan lebihan pada susuk tubuh kita.Kita hanya perlukan makanan untuk membekalkan tenaga .Lihat pada bulan puasa ini, kita hanya perlu makan 2 kali sehari, tak pula kita mati.Sebenarnya rahsia ALLAH upada bulan ramadhan ini adalah ingin mengajak manusia meningkatkan ketaqwaan dan ingat bahawa tujuan hidup kita.Tak lupa juga ingin mengingatkan kita yanga maknan itu hanya keperluan bukan matlamat kita.
Lihat di pertengahn dan hujung-hujung ramadhan kita agak 'lesu' nafsunya untuk makan.Ada kemungkinan besar kita cenderung untuk mengerjakan ibadah lagi-lagi tawaran lailatul qadar yang istimewa untuk umat Nabi MUHAMMAD S.A.W.Berlumba-lumba kita meningkatkan amal soleh.
Di Malaysia, yang pertengahn itu nampak kurang minatnya pada makanan tapi di penghujung nampak mungkin segelintir memperkasakan makanan dan reputasi ibadahnya kian menurun dek kerana persiapan syawal.Sudah naik minat dan rasa rendah dirinya pada ALLAH pada awal dan pertengahn, tapi di hujung-hujung agak merosot.Bukan nak dipersalahkan Syawal tu malah ALLAH sendiri meraikan kemenangan Hamba-NYA di bulan ini, tapi realiti yang patutu diperbetul agar kita dapat mendidik generasi Malaysia yang mendatang bahawapuasa dulu baru raya.kejar amal soleh dan ketaqwaan baru raikan hari raya.
*p/s : Tak sabar ingin mengabiskan Quran dengan segera

Post a Comment