basmalah Pictures, Images and Photos


Isian semula HATI

Adapun sel kering yang rekaan manusia perlu di'charge' semula,apatah lagi hati manusia yang sentiasa terbumbang-ambing iman dan ketaqwaannya.



Menjadikan suatu paksi dalaam hati untuk menghambakan diri dan menyerahkan segala jiwa dan raga kepada-NYA.Sejauh mana setiap amalan dilektakkan pada keutamaan pencarian redha ALLAH swt bukannya amalan dicemari oleh sang nafsu buas RIAK,TAKABBUR, dan 'UJUB!! Bagaimanakah mampu hati-hati manusia ini akan betul-betul menghayati erti sebuah kehidupan??Yang mana kehidupan cemerlang itu metelakkan ALLAH sebagai faktor penolak segala-galanya dan ikhtiar itu jalan untuk mencapai kehidupan ideal dalam menghayati segala nilai-nilai ISLAM.


Alahamduliallah,sudah tamatnya bulan syawal dan kini kita berada di bulan dzulkaedah.Sejauh mana tarbiyyah pada ramadhan lalu dapat dikekalkan dan dijelmakan untuk kekal di dalam benak hati muslimin.Dalam pencarian redha ILAHI,mudah-mudahan hati dapat istiqamah dalam setiap rentak beramal kepada ALLAH dengan amalan yang suci tanpa diecemari sedikitpun sifat-sifat yang mampu mencacatkan amalan.

Dalam kehidupan seharian cuba kita renung kembali,amalan yang manakah yang kita yaqin akan diterima ALLAH.Kita solat sehari semalam,tapi sejauh mana penghayatannya?Bagi memberi sentuhan kepada hati-hati muslim ini,amalan soleh yang kita lakukan seharian ini,adakah akan diterima? Sememangnya banyak amalan soleh yang kita kerjakan seharian,tetapi adakah amalan tersebut akan dihitung sebagai amalan soleh terus oleh ALLAH dan mendapat ganjaran? Sungguh hati ini amat resah dan gelisah kerana amalan solehpun akan ditapis kualitinya yakni tahap kesucian amalan itu. Ikhlaskah kita dalam beramal? Jika timbul sedikitpun riak ataupun sifat thum'ah,adakah itu dikira amalan soleh?Gentar hati ini semakin bergelora apabila memikirkan berapa banyak amalan solehku?cukupkah untuk melepaskan aku dari azab neraka.

Bukan tidak ingin mengejar syurga,tetapi jika amalan baik yang dikerjakan telah dicemari perasaan-perasaan yang merosakkan amalan itu,sungguh malu dan takut untuk berbicara mengenai syurga yang kurasa sungguh tidak layak bagiku untuk memasukinya.Lihat sjalah pada kehidupan duniaku, spenuh dengan kelalian.YA ALLAH TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU DAN BERILAH KESEMPATAN BAGIKU UNTUK PERBAIKI AMALANKU...AMEEN~

Analisa,analisa...
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita
0 Responses