Kakiku melangkah seraya....

Menyingkap hari-hariku di Malaysia,terkenang sebuah kata-kata harapan yang diluahkan daripada bibir-bibir insan yang kusayangi.Mengapa bumi yang kni kupijak menjadi bumi tempat untukku menntut ilmu?Alhamdulillah terfikir sejanak betapa sayangnya ALLAH robbul jalil padaku kerana meletakkan aku di sini,agar aku dapat banyak mendalami ilmu-ilmu milik-NYA yang sama sekali tidak akan dapat dilpelajari dengan sempurna oleh makhluk-makhluk-NYA.Tapi,apa terdaya,hanya beruasaha mendalaminya unutk mengejar cinta dan redha-NYA.
Alahmdulillah,telah seminggu aku menjalani kelas kuliah bagi semesta ini.Bermulalah hidup sebagai pelajar peubatan.Seharian akan menghadapi pellbagai cabran dan dugaan yang sentiasa mentarbiyah diriku,insya ALLAH.Jadual kuliah kini tidaklah sesibuk zaman-zaman seperti senior-seniorku dulu.Kini,lebih banyak ruang masa kosong dalam seminggu.Siapa kata pelajar perubtan tiada'life'?.Tetapi tak ketahuan lagi,mungkin ini baru minggu pertama.Hidup kami pelajar perubatan diatur olleh pihak universiti.Adakah kami robot..??Harap-harapnya tidaklah yakni,tidaklah kehidupan hanya diulang dan terus ulang tanpa ada sesuatu yang dilakukan lebig dari itu.Pagi ke kliah, dan petangnya baru kembali ke rumah dan malam melakukan rivisi.Hari ni begitu, esok begitu ,lusa juga begitu,tidakkah robot namanya??
Mari aku bawa ke suatu aspek lain.Kamu ingin mendapatkan kemanisan dalam beribadah,cukupkah hanya mengulang-ulang satu ibadah saja??Mugkin mulanya akan tiada lagi perasaan itu,tapi bila sudah lama,mungkin kurang 'fleeing'nya.Bukannya nak bercakap tentang aspek yang besar dan jauh dari diri sendiri,hanya tentang pembangunan keinsanan muslim sudah cukup.Misalnya,hari pertama dalam perjalanan nak ke universiti cuba perhatikan keadaan orang sekliling.Apa yang mereka lakukan?Perhatikan betul-betul.Nanti mungkin sampai suatu masa anda akan dapat perhatikan bahawa muslimin di mesir ini penghayatn ISLAMnya sangat memberansangkan.
Terkadang terfikir tentang bagaimana mereka boleh mendapat penghayatan ISLAMnya begitu dan mampu mengaplakasiakn dalam kehidupan seharian.Pemerhatian yang dibuat bukanlah hanya memerhati,malah perlu lebih dari itu yakni, berfikir sedikit dan cuba pantulkan terhadap diri kita.Ambil contoh mudah, anda mahu ke universiti dengan menaiki TRAMCO(van).Pehatikan ungkapan apa yang diluahkan oelh penumpang-penumpang apabila mereka ingin turun di suatu destinasi."'ala gambi yasto INSYA ALLAH".Perhatikan mereka meletakkan perkataan insya ALLAH yakni,mereka tak pasti jika mereka akan sampai atau tidak di destinasi yang dituju, semuanya akan berlaku jika DIIZINKAN ALLAH!Memang nampak ungakapan mudah begitu, tetapi cuna kita hayati, sangat indah ungkapan itu kerana kita meletakkan suatu pengharapan kepada ALLAH.
Pernah suatu ketika di dalam TRAM(kereta api atas jalanraya) aku bertanyakan kepada seorang pak cik dimanakah CLEOPATRA.Dan jawapannya sangat mendidik jiwaku iaitu stesen seterusnya insya ALLAH.Wah barulah nampak kegunaan insya ALLAH yang dianjurkan oleh ISLAM.Bukan hanya janji melayu yang hanya hendak melepaskan diri.Mungkin boleh diubah sikap ini.
Kembali kepada kehidupan yang sbenarnya yang patut diamalkan oelh pelajar perubatab supaya tidak tergolong dalam golongan robot.Selain daripaa memerhati keadaan sekeliling, mari kita cuba hidup dengan keterampilan ISLAM yakni, tutur kata dan setiap bicara diputarkan diskusinya ada sangkut paut dengan ISLAM.Contohnya,kita bertanya khabar kepada rakan-rakan dan cuba menasihati rakan-rakan dengan cara engikut arus perdana.Selain itu mungkin boleh juga kita basahi bibir dengan zikruLLAH sentiasa agar ROH ISLAM dalam jiwa kita itu terdidik dan mampu mencerminkan suatu keterampilan ISLAM dan menambah amalan kita yang selalunya cacat dek gangguan syaitan.


Post a Comment