basmalah Pictures, Images and Photos


wAhai HaTi

mengapa kau sering melukakan aku
dengan segala noda syaitan la'natullah
kau terima..kau rela
kau kejam terhadap ku wahai hati


dahulu kau pernah berhempas pulas
dalam meraih cinta kepada ALLAH
pernah menangis dan mengmis kasih dariNYA
tetapi sekarang ...mana hilang semua itu??


terasa kerdil diri ini
dan amatlah malu dan hina
jika dihadapkan ke muka pengadilan ALLAH
kerana aku punyai hati yang kotor dan busuk

mengapa kau sering mengikut kehendak nafsuku
yang kau tahu itu adalah musuhku
tika sulit kau menagih simpati daripada ALLAH
tika kau senang mengapa syukur tak menyirami dirimu?


kini kupunyai suatu matlamat
dan kuharap kau membantuku wahai hati
lupakan segala kegundahamu terhadap dunia
kerana AKU MAHUKAN ALLAH
0 Responses